Waran Dalam Pelaburan Saham : Boleh Buat Duit Ke?

Ramai pelabur nak beli waran tetapi tak tahu apa itu waran dan tak tahu bagaimana nak beli waran. Jika anda tidak tahu apa itu waran dan anda belum lagi membeli waran, anda sedang membuat tindakan yang betul. Jangan beli saham atau waran sekiranya anda tidak pasti mengenainya.

Jom berkenalan dengan waran.

Apa Itu Waran?

Waran merupakan salah satu instrumen pelaburan. Untuk memudahkan pemahaman anda, waran merupakan pemanis kepada saham induk. 

Pernah tak bila tengok senarai kaunter saham, tiba-tiba nampak nama pelik ada huruf -WA, -WB hujung sekali?

Contoh:

  • ABC BERHAD
  • ABC-WA
  • ABC-WB

Terus rasa, “Eh ni saham lain ke? Kenapa murah sangat?” 🤯

Ha… inilah waran.

Ada juga sesetengah pelabur yang menggelarkan saham induk sebagai mak dan waran sebagai anak. Oleh sebab itulah, pergerakan harga saham induk dan waran adalah selalunya seiring. Sekiranya saham induk naik, waran pun naik dan begitu jugalah sebaliknya.

Contoh saham induk (saham mak)
Contoh waran (anak)

Waran memberikan anda hak untuk menukarnya kepada saham induk sebelum tarikh luput waran tersebut. 

Ini bermakna sekiranya anda membeli waran, anda bukan pemilik syarikat dan anda tiada hak mengundi pada Mesyuarat Agung Tahunan. Pemegang waran juga tidak berhak menerima dividen dan bonus.

Kenapa Pelabur Minat Dengan Waran?

Waran diminati oleh pelabur kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding saham induk. Pelabur yang bijak mengambil peluang boleh menjana keuntungan yang lebih besar pada waran.

Ada juga pelabur yang membuat keuntungan melalui penukaran waran kepada saham induk. Sekiranya penukaran waran kepada saham induk adalah berbaloi, maka pelabur akan berjaya membuat keuntungan melalui conversion tersebut. 

Anda boleh mengkaji exercise price, conversion ratio dan price premium untuk mengkaji sama ada conversion tersebut berbaloi ataupun tidak. 

Beli Waran Di Trading Platform

Sekiranya anda mempunyai ilmu mengenai waran dan ingin membelinya, pembelian waran sama sahaja dengan pembelian saham induk di trading platform. Prosesnya adalah sama. Setelah waran tersebut matched, waran tersebut boleh dilihat di portfolio anda.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Miliki Panduan Lengkap Cara Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam Combo webinar + video + ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

Previous ArticleNext Article

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA