4 Sebab Guarantee Letter Anda Ditolak Bila Nak Masuk Hospital

Kenapa syarikat Takaful tolak Guarantee Letter (GL) saya sedangkan saya bayar setiap bulan? Syarikat Takaful ni penipu

Adakah anda pernah alami situasi sebegini? Atau kenal saudara mara atau sahabat handai yang kena rejek? Lepas tu kena bayar daripada poket sendiri pula.

Bayar mahal tiap-tiap bulan pun kena rejek jugak. Mesti rasa bengang, marah, sedih dan bermacam-macam lagi perasaan. Rasa macam nak terminate je polisi Takaful.

Eh, jangan. Baca dulu 4 sebab utama Guarantee Letter anda ditolak oleh syarikat Takaful.

1. Penyakit Sedia Ada

Jangan rahsiakan penyakit yang anda ada apabila membuat pendaftaran dengan ejen Takaful anda. Sebaiknya dedahkan sahaja segala jenis penyakit yang anda hadapi, sakit apa, hospital apa, berapa lama dalam wad dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa, segala jenis penyakit yang anda ada sebelum mengambil pelan perlindungan Takaful, sama sekali tidak ditanggung kos perubatannya oleh syarikat Takaful.

Sebab itu sangatlah penting untuk mengambil pelan Takaful semasa muda dan ketika sihat.

Analogi yang mudah, adakah apabila kereta anda mengalami kemalangan dan rosak teruk; baru nak ambil perlindungan dan kerosakan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh syarikat Takaful?

2. Masuk Wad Secara Sukarela

Sebarang tuntutan dan juga segala jenis bil rawatan yang telah disahkan oleh doktor sahaja, yang akan diluluskan oleh pihak syarikat takaful. Selain daripada itu, GL anda juga dapat diluluskan sekiranya anda ditahan wad atas arahan doktor yang merawat.

Sebaliknya jika anda sendiri yang ingin sekarela tinggal dalam wad atas tujuan untuk berehat, GL anda tadi sama sekali tidak akan dilukuskan oleh syarikat Takaful.

Maknanya, kena kes kecemasan yang betul-betul perlukan anda dipantau dan dirawat dengan rapi sahaja.

3. Polisi Takaful Dah Lapsed (Luput)

Apabila anda gagal membayar caruman Takaful, maka polisi Takaful anda akan lapsed atau luput. Ini sering terjadi jika anda membayar secara manual, dan bukan secara auto-debit.

Cuba bayangkan jika anda tiba-tiba gagal membuat bayaran untuk beberapa bulan disebabkan ada masalah kewangan, tetapi masa itulah anda perlukan Takaful tersebut; ianya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Duit tengah sesak, lepas tu ditimpa musibah, nak masuk hospital tak dapat GL pula.

Sebab itu anda perlu utamakan pembayaran Takaful. Walau apa pun yang terjadi, pastikan perlindungan Takaful anda sentiasa berjalan. Cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan atau tingkatkan pendapatan untuk membantu kewangan anda.

Boleh baca Apa Boleh Buat Jika Polisi Takaful Dah Lapse (Luput), ada 5 pilihan di tangan anda.

4. Nak Masuk Wad Kurang Dari 120 Hari

Tempoh menunggu yang diperuntukkan adalah selama 120 hari bagi kebanyakan syarikat Takaful. Dan dalam tempoh menunggu ini sekiranya ada dimasukkan ke dalam hospital disebabkab sakit, syarikat Takaful mungkin tidak akan menanggung kos perubatan disebabkan sebarang penyakit.

Ini kerana tujuan tempoh menunggu adalah bagi memastikan keadaan kesihatan anda betul-betul di tahap optimum, dan bukan ambil Takaful sebab anda dah tahu anda akan dimasukkan ke hospital disebabkan sakit tadi.

Kecuali ianya kes kemalangan jalanraya, di mana ada syarikat Takaful yang boleh mengeluarkan GL kerana ianya kes kemalangan dan tidak sesuatu yang dirancang.

Dapatkan Penerangan Sepenuhnya Sebelum Sign-Up Pelan Takaful

Tak kisahlah samada ejen Takaful adalah ahli keluarga atau kawan rapat, pastikan anda mendapat penerangan yang sepenuhya. Setiap borang yang anda tandatangan, minta ejen Takaful terangkan isi kandungan yang penting. Tapi kalau anda ada masa, baca setiap perenggan dan kalau tak faham, tanyalah kepada ejen.

Ini kerana, jika anda menurunkan tandatangan pada dokumen Takaful – menandakan anda faham dan bersetuju dengan terma dan syarat.

Nanti kalau GL tak lulus atas sebab-sebab tertentu, tak guna nak marah-marah sebab anda dah pun bersetuju dengan klausa-klausa yang ditetapkan. Lebih penting lagi fahamkan apa itu Exclusion atau Pengecualian dalam pelan Takaful anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.