Beri Perhatian Kepada 7 Perkara Ini Agar Tuntutan Takaful Tidak Ditolak

Pelan Takaful bertujuan untuk membantu kita menghadapi perkara yang tidak dijangka. Ia juga dapat membantu meringankan beban kewangan diri sendiri dan keluarga, sekiranya berlaku sesuatu musibah seperti kematian atau masalah kesihatan.

Tetapi dalam membuat tuntutan Takaful, ada beberapa perkara yang sering kali kita terlepas pandang sehingga membuatkan tuntutan Takaful tersebut ditolak.

1. Pengesahan Penyakit

Sewaktu nak isi borang nak sertai program Takaful, kita perlu mengesahkan penyakit sedia ada yang dihidapi. Ianya juga dikenali sebagai ‘pre-existing condition’.

Jika kita pernah mempunyai sebarang penyakit, ada syarikat yang tidak akan cover penyakit tersebut, dan ada juga syarikat yang akan mengenakan caj tambahan.

Syarikat Takaful berhak untuk mendapatkan laporan perubatan kita. Mereka juga akan melakukan siasatan sebaik sahaja tuntutan dibuat.

Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah, kita perlulah berlaku jujur dalam memberikan maklumat.

2. Terma Dan Syarat Perlindungan

Disebabkan polisi perlindungan Takaful adalah berbeza di antara setiap syarikat Takaful, kita disarankan untuk memahami setiap terma serta syarat bagi pelan yang dipohon. Jika kita tidak faham tentang sesuatu, bertanyalah kepada ejen Takaful kita atau pegawai daripada syarikat Takaful itu sendiri.

Ini bagi mengelakkan permohonan tuntutan kita ditolak, sedangkan ianya telah ditulis di dalam terma yang kita sendiri tandatangani. Kita juga yang rugi nanti.

3. Alert Dengan Tarikh Luput

Pelan Takaful juga mempunyai tarikh luput yang perlu diberi perhatian. Sekiranya kita terlupa untuk membuat bayaran bulanan, secara automatik pelan perlidungan tersebut akan luput. Maka kita tidak lagi berada di bawah perlindungan Takaful.

Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, pastikan buat Standing Instruction atau caruman Takaful akan ditolak setiap bulan, sama ada menerusi akaun simpanan atau daripada kad kredit. Ini bagi memastikan pembayaran kita tidak tersangkut.

Pastikan juga kita mengemaskini maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat surat-menyurat serta emel; supaya senang untuk dihubungi sekiranya kalau ada apa-apa hal.

4. Tuntutan Tidak Melebihi Jumlah Perlindungan

Setiap pelan Takaful mempunyai had tuntutan tahunan dan seumur hidup. Jadi kita hanya boleh membuat tuntutan yang tidak melebihi had tersebut.

Sekiranya kita membuat tuntutan yang melebihi jumlah had tuntutan tersebut, tentulah permohonan anda itu akan ditolak.

Oleh iu, pastikan kita tahu jumlah had tuntutan tahunan ini dan tidak claim lebih daripada yang sepatutnya.

5. Elakkan Membuat Tuntutan Dalam Tempoh Menunggu

Bila dah sertai pelan Takaful, ada tempoh menunggu sebelum tuntutan boleh dibuat. Tempoh menunggu ini juga berbeza-beza mengikut polisi dan jenis tuntutan.

Biasanya ia mengambil masa di antara 1-6 bulan. Usah bertangguh untuk sertai Takaful secepat mungkin, bagi menjamin kestabilan kewangan sekiranya musibah menimpa.

Bukan dah sakit atau dah ditimpa kemalangan, baru nak ambil Takaful.

6. Tempoh Menghantar Tuntutan

Kita juga perlu alert supaya tidak terlepas tarikh menghantar tuntutan. Ini kerana ada sesetengah syarikat Takaful yang menetapkan tarikh masa untuk menghantar tuntutan.

Sekiranya terlepas tarikh tersebut, tuntutan kita nanti akan ditolak walaupun layak dan kesemua dokumen yang diperlukan sudah pun tersedia.

7. Maklumat Lengkap

Pastikan kita isi borang tuntutan dengan lengkap dan sertakan sekali semua dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan. Ambil masa untuk mengisi borang dan dapatkan dokumen yang diminta agar kita tidak tertinggal sesuatu yang penting.

Setelah segala dokumen serta borang tuntutan lengkap diisi, jangan lupa untuk membuat salinan. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga.

Manalah tahu sekiranya terdapat sebarang pertikaian, kita boleh menggunakan salinan dokumen tersebut sebagai bukti.

Yang akhir sekali, jangan lupa juga untuk memeriksa polisi Takaful tersebut agar ia sesuai dengan keadaan terkini kita. Misalnya dahulu masa ambil Takaful dulu masih bujang, tetapi kini sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak.

Sumber Rujukan: Compare Hero

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.