Dr. Muhammed Abdul Khalid Dilantik Penasihat Ekonomi Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Dr Muhammed Abdul Khalid sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri. Nama Dr. Muhammed yang berasal dari Penang ini mula menjadi bualan  ramai selepas pandangan beliau dalam sebuah rancangan wawancara yang disiarkan di TV3, menjadi viral pada Oktober 2017 lalu.  

Beliau merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi DM Analytics Malaysia dan sebelum ini  merupakan  Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (Khazanah Research Institute) dari Mac 2014 sehingga November 2016. Beliau juga pernah menjawat jawatan Analisis Kanan di Institute of Strategic and International Studies (ISIS) dari tahun 2011 hingga 2012. 

Dr Muhammed merupakan graduan dalam bidang kewangan di University of Southern California. Beliau  kemudian meneruskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Malaysa dalam budang Ekonomi. Tidak cukup dengan itu, beliau turut memperoleh Ijazah Sarjana dan Kedoktoran di Paris Institute of Political Studies dalam bidang Perhubungan Awam.   

Berpengalaman luas dalam bidang ekonomi, Dr Muhammed menjalankan tesis kajian mengenai  ketidak seimbangan  ekonomi antara kaum. Dua tesis beliau ‘Household wealth in Malaysia: Composition and inequality among ethnic groups’ telah diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi Malaysia pada tahun 2011 dan ‘Discrimination of high degrees: race and graduate hiring in Malaysia’ telah diterbitkan dalam Journal of Asia Pasific Economic pada 2016. 

Malah beliau turut mengarang sebuah buku bertajuk ‘The Colours of Inequality: Ethnicity Class, Income and Wealth in Malaysia’. Buku ini berkisarkan tentang sejarah ekonomi-politik mengenai jurang kekayaan di Malaysia, terutamanya di antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera, dan hala tuju jurang ini yang amat menggerunkan pada masa hadapan. Walaupun negara kita dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan jurang pendapatan sejak DEB diperkenalkan, namun kebelakangan ini jurang pendapatan kembali melebar. 

Data dan fakta yang dinyatakan dalam buku ini menunjukkan bahawa jurang kekayaan (asset) adalah lebih teruk daripada jurang pendapatan (income), baik dari segi kaum, mahupun di antara yang kaya dan yang miskin. Yang mengejutkan, jurang pendapatan di antara bandar dan kampung ketika ini amatlah teruk sekali, malah lebih  teruk daripada tahun 1957.

Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Dr Muhammed akan memulakan tugasnya bermula 27 Ogos 2018.  Diharap pelantikan beliau sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri dapat menyumbang input positif dalam merangka dasar pembangunan ekonomi negara.  

Sumber Rujukan: Daily Rakyat

Komen

komen

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Send this to a friend