Untung Melabur Saham Kira Macam Mana?

Macam mana kira untung melabur saham?

“Apa yang untungnya kalau aku terlibat dalam pasaran saham Bursa Malaysia tu weh? Sama macam ASB ke?”

Meh sini kami nak cerita.

Biasa tunggu dividen ASB setiap tahun? Kita semua tahu ASB menawarkan 1 bentuk keuntungan saja, iaitu dalam bentuk dividen. Fahamkan bab dividen tu?

Sebagai pelabur, risiko yang menunggu ialah untung dan rugi. Ok, tapi tahukah anda melabur di pasaran saham Bursa Malaysia pula akan memberikan anda 2 bentuk keuntungan?

#1 Keuntungan Dividen

Sesebuah syarikat memberikan dividen sebagai cara berkongsi keuntungan operasi syarikat kepada para pemegang saham mereka.

Ada yang beri dividen setahun sekali atau 2 kali setahun atau 4 kali setahun (interim dividen). Bergantung kepada polisi syarikat.

Terdapat 2 jenis dividen – dalam bentuk tunai atau unit saham (bonus issue). Jika dalam bentuk tunai, dividen akan dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan atau akaun semasa yang didaftarkan semasa membuka akaun CDS. Manakala jika pelabur layak mendapat dividen dalam bentuk unit saham, saham tambahan itu tadi akan dimasukkan ke dalam akaun CDS pelabur.

Contoh syarikat yang pernah memberi bonus issue;

(1) MyEG plans 1-for-2 bonus issue, annual profit hits record
(2) Lay Hong proposes share split, bonus issue

Contoh pemberian dividen tunai:

Ex-date : 18 Disember 2016
Entitlement date : 20 Disember 2016
Entitle Description: Final single-tier dividend of 15.0 sen per ordinary share of the Financial Year ended 31 August 2016

Senario…

Jika Fattah memiliki 3,500 unit saham TENAGA pada waktu pengumuman dividen dibuat dan memegang saham tersebut sehingga lepas tarikh Ex-date, Fattah layak menerima dividen (3,500 unit x RM 0.15) = RM525.00.

Kalau Fattah baru nak beli saham tu pada 18 Disember 2016, dia tak layak dapat dividen kali ni, kena tunggu pemberian dividen seterusnya. Tapi kalau dia beli pada 17 Disember, Fattah layak dapat dividen. Fuh…best betul.

Dividen diberi berdasarkan prestasi sesebuah syarikat dan bukannya berdasarkan turun naik harga saham di pasaran.

Jadi, kalau harga saham jatuh pun kita masih boleh dapat keuntungan dari dividen sahamsaham yang kita miliki. Best tak?

#2 Keuntungan Modal (Capital Gain)

Prinsip asas buat untung adalah beli saham dengan harga rendah, jual harga tinggi ATAU beli harga tinggi, jual dengan harga lebih tinggi. Tiada kaitan jika syarikat itu sedang untung atau rugi, sebab kita jual beli pemilikan.

Bahasa mudah, hari ini beli saham A harga RM1, minggu depan harga dia naik jadi RM3, maka anda dah untung RM2.

Contoh lebih detail di sini:
Katakan Fattah Amin beli saham Tenaga Nasional Berhad dengan harga RM 8.00 sebanyak 3,500 unit (Minima pembelian 100 unit saja, Fattah beli banyak sebab dia ada simpanan).

Setelah melabur selama lebih 1 tahun, beliau ambil keputusan untuk jual semua saham tersebut yang ketika itu berharga RM 14.00.

Contoh pengiraan keuntungan adalah seperti berikut:

Kos beli : 3,500 x RM 8.00 = RM 28,000
Kos jual : 3,500 X RM 14.00 = RM 49,000

Pengiraan pulangan atas pelaburan (ROI)
= ((49,000 – 28,000)/28,000) x100) = 75%

*Pengiraan di atas tidak termasuk kos-kos  lain yang terlibat. Baca di sini untuk lebih faham.

Fattah telah berjaya mendapat keuntungan modal sebanyak 75% daripada pelaburan itu. Dalam bahasa mudah, jumlah asal modal yang hanya berjumlah RM 28,000 telah meningkat menjadi RM 49,000 dalam masa hanya 1 tahun.

Nak Jual Separuh Dulu Pun Boleh, Lagi Separuh Simpan

*Kita sambung cerita sampai ke tahun 2018, di mana Fattah beli saham TNB dengan harga RM8.00 sebanyak 3,500 unit.

Kos Beli: 3,500 x RM8.00 = RM28,000

Kos Jual Separuh Tahun 2017: 1,750 x RM14.00 = RM24,500

Simpan Separuh Nilai Semasa Jun 2018 = 1,750 x RM15,64 = RM27,370

Jumlah = RM24,500 + RM27,370 = RM51,870

ROI = ((51,870 – 28,000) / 28,000) x 100) = 85.25%

Maknanya, Fattah lebih untung berbanding jual kesemua pegangan beliau pada tahun 2017. Ini kerana Fattah yakin bahawa saham seperti TNB sedang membuat uptrend dan berpotensi tinggi untuk harga saham naik tahun demi tahun.

Corporate Exercise

Selain mendapat keuntungan melalui dividen dan kenaikan harga, kadang-kadang ada syarikat yang hadiahkan saham percuma kepada pemegang saham. Jadi saham korang akan makin bertambah. Baca lagi Apa Itu Bonus Issue, Share Split, Rights Issue & Share Consolidation?

Untung Saham Tidak Dikenakan Cukai Pendapatan

Tahukah anda keuntungan dari pelaburan saham setakat ini dilindungi daripada dikenakan cukai di Malaysia? Namun begitu, berzakatlah (zakat saham) dan infaqlah keuntungan tadi.

Paper Loss

Oh ya, alang-alang ni nak cerita sikit tentang paper loss.

Jika sekarang harga saham tu lebih rendah dari harga waktu kita beli, itu namanya paper loss. Kerugian sebenar (actual loss) belum berlaku selagi mana kita tak jual lagi saham tu.

Contohnya katakan masa kita beli saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) harganya RM 4.00. Kita beli masa tu 100 unit, jadi jumlah modal RM 400. Sekarang harga saham dah turun menjadi RM 2.00. Maka paper loss kita adalah RM 200.

Kalau kita jual semua saham Felda Global Ventures Holdings Berhad tu tadi maka barulah kita akan rugi betul (realized loss) – rugi RM 200.

Bagi mengurangkan kerugian yang besar, disinilah pentingnya ilmu pengurusan wang atau pengurusan risiko yang selalu mentor pelaburan saham duk sebut tu.

Boleh juga tonton video dari Tuan Hj Mohd Asri ini:

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.