7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Saham MyEG

Mesti pernah dengar syarikat yang bernama MyE.G kan? Alah, setahun sekali mesti ramai guna platform online untuk renew cukai jalan atau road tax. Selain daripada itu, boleh juga guna MyE.G untuk bayar saman Polis Diraja Malaysia dan perkhidmatan ganti MyKad menerusi Jabatan Pendaftaran Negara.

Tapi tahu ke tak bahawasanya kita boleh jadi sebahagian daripada pemilik syarikat MyE.G dengan membeli saham mereka di Bursa Malaysia?

Jom kita tengok 7 perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum bertindak membeli saham MyE.G ini.

1. Siapa MyE.G?

Sumber: Bursa Marketplace

Nama Panjang MyE.G ialah My E.G. Services Berhad. Mereka merupakan pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (“MSC”) Aplikasi Elektronik Kerajaan (“E-Kerajaan”) Malaysia. MYE.G membina, menjalankan, dan memiliki saluran electronik untuk membekalkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia.

Maklumat lanjut berkenaan MyE.G:

Pejabat Korporat

Level 43A, MYEG Tower,
No 8, Jalan Damansara,Empire City, PJU 8,
47820 Petaling Jaya, Selangor.

 

Emel: [email protected]
Facebook: https://www.facebook.com/clubmyeg
YouTube: https://www.youtube.com/myegclub
Twitter: https://twitter.com/myegclub

2. Siapa Ahli Lembaga Pengarah MyEG?

Sumber: MyEG Annual Report 2017

Jom tengok siapa berada di sebalik tampuk pemerintahan MyE.G ini seperti di atas.

3. Siapa Pemilik MyEG?

Sumber: Bursa Marketplace

Siapa agaknya syarikat Asia Internet Holdings Sdn Bhd yang memegang lebih daripada 30% pegangan saham dalam MyEG? Kalau nak tahu owner syarikat tersebut adalah Pengerusi Eksekutif MyEG itu sendiri iaitu Dato’ Dr Norraesah Binti Haji Mohamad.

Sumber: YouTube

Beliau juga merupakan pengerusi World Islamic Businesswomen Network of the World Islamic Economic Forum (“WIEF”).

Pemegang saham kedua terbesar MyEG pula adalah Wong Thean Soon atau lebih dikenali sebagai TS Wong. Beliau pula adalah Co-Founder dan sekarang merupakan Pengarah Urusan bagi MyEG.

Sumber: YouTube

Kalau dulu beliau seorang usahawan, kini beliau bergelar jutawan, eh silap bilionair pula dengan pegangan saham beliau dalam MyE.G.

Kita kira mudah je, TS Wong ada 279 juta saham MyE.G. Pada 28 Mac 2018, harga seunit saham MyE.G adalah RM2.83.

279 juta saham x RM2.83 = RM789,570,000

4. Bagaimana Prestasi MyEG?

Sumber: MyEG Annual Report 2017

Nampak tak pertumbuhan MyE.G daripada setahun ke setahun? Perolehan (revenue) syarikat meningkat saban tahun, keuntungan (profit) juga turut meningkat. Begitu juga dengan nilai aset syarikat yang juga meningkat.

5. Apakah Kelebihan MyEG?

Perasan tak MyE.G memegang monopoli terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan? Ada tak syarikat lain yang boleh kita gunakan untuk renew road tax secara online? Atau nak bayar saman polis? Takde kan? Kalau ada pun, mungkin tak dikenali ramai.

Kalau dalam dunia saham, syarikat yang memegang monopoli adalah industry leader dalam sektor mereka.

Tapi bukan setakat monopoli saja, servis juga perlu tip-top agar semakin ramai yakin dan percaya dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

6. Bagaimana Pula Potensi MyEG?

Dah nama pun monopoli, ada tak peluang monopoli MyE.G ini dipecahkan? Adakah akan muncul pesaing baru buat MyE.G?

Rasanya tidak dalam masa yang terdekat, jadi MyE.G bakal mencatat perolehan dan keuntungan yang semakin meningkat.

7. Bagaimana Dengan Prestasi Saham MyEG?

Ni yang paling best nak cerita ni, sebab saham MyE.G baru saja breakout (harga tertinggi dalam masa setahun – 52 minggu).

Sumber: Bursa Marketplace

Kita tengok saja prestasi saham MyE.G bagi tempoh setahun seperti berikut:

Harga Saham 28 Mac 2017: RM1.90

Harga Saham 28 Mac 2018: RM2.83

Kenaikan: RM0.93 atau 48.9%        

Amacam? Tiada yang mustahil di pasaran saham ni. Untung rugi itu biasa. Pelabur boleh dapat pulangan sebanyak itu untuk tempoh setahun juga biasa.

Agak-agak tahun 2018 ni saham MyE.G berpotensi untuk naik lagi tak?

Fundamental Kuat & Baru Breakout

Setiap tahun perolehan dan keuntungan syarikat MyE.G meningkat. Saham pula baru breakout, iaitu mencapai paras tertinggi bukan untuk setahun yang lalu, tapi sejak tersenarainya MyE.G di Bursa Malaysia.

Sumber: Google Finance

Masa baru disenaraikan pada tahun 2007, harga saham 10 sen je seunit. Orang tak pandang pun kan? Kalaulah kita beli masa tu, sekarang dah kaya-raya kot. Itu kalau….

Akhir kata, kami bukan nak suruh beli saham MyE.G ni. Suruh tengok je. Tapi kalau nak beli juga saham MyE.G, kena ada akaun CDS dulu. Dah buka ke belum? Kalau belum kena baca dulu Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10.60 sahaja.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA