Analisa Teknikal – Hubungkait Harga & Volume (Siri 1)

Dalam pasaran saham, selain harga yang menjadi fokus, volume juga amat penting bagi memastikan saham yang kita beli ada ramai pembeli dan penjual. Dalam bahasa yang lebih mudah, saham tu ‘hidup’.

Apa itu Volume?

Volume is the number of shares or contracts traded in a security or an entire market during a given period of time. Itu dalam bahasa Jawa. Kalau kita terjemah ia didefinisikan sebagai jumlah saham yang diniagakan pada suatu masa.

Apabila pembeli dan penjual bersetuju membuat transaksi pada harga tertentu, ia dianggap sebagai satu transaksi.

Asasnya jika ramai pembeli, maka volume hijau terbentuk. Jika lebih ramai yang menjual, maka volume merah terbentuk. Faham tak ni?

Jom baca contoh yang disediakan oleh Facebook Page Traders United;

Hubung Kait Price & Volume Siri 1

Meh sini nak cerita sikit tentang perhubungan antara volume dan harga (price) saham.

1. VOLUME bermaksud jumlah saham yang diniagakan pada suatu masa. Volume mengesahkan kenaikan harga saham tersebut.

2. TANPA volume sebagai penyokong kenaikan harga, kenaikan tersebut boleh diragui.

3. Apabila price naik DISERTAI VOLUME yang besar = minat membeli (demand) tinggi. Bermaksud kenaikan harga ada harapan untuk bertahan lebih lama.

4. Apabila price naik TANPA VOLUME = tiada minat membeli (demand). Jadi agak mudah untuk harga tersebut turun semula.

RULE 1

  • Volume hijau menaik, harga menaik
  • Kaunter makin aktif
  • Harga akan terus naik

RULE 2

  • Volume hijau menurun, harga menaik
  • Harga akan sampai ke puncak tak lama lagi selepas menghabiskan momentum
  • Minat belian terhadap saham tersebut semakin berkurangan

RULE 3

  • Volume hijau menaik, harga menurun
  • Harga akan reverse tak lama lagi selepas menghabiskan momentum

RULE 4
  • Volume hijau menurun, harga menurun
  • Kaunter makin kurang aktif
  • Harga akan sampai lantai tak lama lagi selepas menghabiskan momentum

 

Pakat share banyak-banyak, nanti kita sambung siri kedua pula.
(Kredit: Super Traders Wan Farah & Izhar)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.