AXA eMedic, Pelan Insurans Perubatan Dalam Talian Yang Pertama Di Malaysia

• AXA AFFIN memperkenalkan eMedic dengan kadar bayaran serendah RM37* sebulan untuk perlindungan sehingga RM100,000 setahun.
• Hanya 5 minit diperlukan untuk millennial berusia antara 16 hingga 39 tahun membeli AXA eMedic secara dalam talian, tanpa perlu membuat pemeriksaan kesihatan.
• Pelanggan boleh menikmati pelbagai perkhidmatan sokongan yang ditawarkan oleh barisan rakan kongsi seperti Digi, BookDoc, Naluri dan Policy Street yang bekerjasama dengan AXA AFFIN ke arah meningkatkan lagi tahap kesihatan mereka dan menyediakan penjagaan pemulihan apabila diperlukan.

Kos perubatan dijangka akan meningkat sebanyak 12.7%** dalam tempoh 5 tahun akan datang. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan millennial, menghadapi kesukaran melunaskan bil perubatan yang kian melambung sekiranya mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan atau pembedahan.

Menyedari hakikat berkenaan dan bagi memastikan golongan millennial mempunyai perlindungan yang secukupnya ketika mereka baru mengorak langkah untuk berdikari, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan Kad Perubatan dalam talian yang pertama di pasaran Malaysia. AXA eMedic dapat membantu golongan millennial yang terdiri dari kalangan profesional serta keluarga muda membuat persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan.

AXA eMedic Online Medical Insurance dijalinkan oleh perkongsian strategik – Rohit Chandrasekharan Nambiar (Chief Executive Officer, AXA AFFIN Life Insurance); Janet Chin Yoke Heng (Chief Bancassurance & Partnership Officer); Azran Osman-Rani (Chief Executive Officer, Naluri); Dato’ Chevy Beh Yen San (Founder & Chief Executive Officer, BookDoc); Albern Murty (Chief Executive Officer of Digi Telecommunications); Nadia Heng (TV Host)

AXA eMedic menawarkan Kad Perubatan dalam talian yang pantas, mudah dan berpatutan untuk rakyat Malaysia berusia dari umur 16 tahun ke 39 tahun serendah RM37*/sebulan untuk perlindungan sehingga RM100,000 setahun. Ini boleh diperbaharui sehingga usia 80 tahun. “Kami memahami bahawa dengan kemajuan teknologi, golongan millennial lebih menyukai sesuatu perkhidmatan yang segera dan mudah memandangkan mereka meluangkan masa sehingga 3.8 jam*** sehari menatap peranti mudah alih sama ada untuk tujuan sosial ataupun kerja. Mereka lebih suka melakukan transaksi harian secara dalam talian, tidak kira sama ada untuk memesan makanan, membeli-belah, hinggalah membeli barangan mewah. Kini mereka juga boleh membeli kad perubatan secara online dan pada masa sama membuat tuntutan online dengan bantuan AXA eMedic, ” kata Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance Bhd, Rohit Chandrasekharan Nambiar.

“Dengan bantuan rakan kongsi yang kami hormati, kami dapat menawarkan sebuah eko-sistem kesihatan yang unik kepada pelanggan kami. Produk berkenaan boleh dibeli secara langsung di laman sesawang kami mulai hari ini. Seramai 11 juta pelanggan Digi boleh membeli AXA eMedic menerusi aplikasi MyDigi. Tambahan pula, produk ini boleh didapati di PolicyStreet dari pertengahan April 2018 juga, ” tambah Rohit.

AXA AFFIN turut menjalinkan kerjasama dengan BookDoc dan Naluri untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan pelanggannya. Yantrik (yan3k.com) menyokong AXA AFFIN sebagai konsultan pelaksanaan.

“Semua pelanggan akan ditawarkan akses kepada BookDoc, sebuah platform ganjaran kesihatan yang memberikan insentif kepada mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan menyediakan akses kepada pelanggan untuk mencari serta membuat temujanji dengan doktor pakar. Untuk bimbingan profesional dan sokongan psikologi pemulihan, kami turut bekerjasama dengan Naluri, sebuah platform yang mempunyai rangkaian ahli psikologi profesional untuk membantu pelanggan kami mencapai gaya hidup sihat yang mereka inginkan. Seramai 1,000 pelanggan pertama akan ditawarkan 1 bulan percuma keahlian untuk Naluri dan 1 tahun percuma keahlian di BookDoc.

Diskusi panel berkenaan AXA eMedic dijayakan oleh Nadia Heng (TV Host); Alex Foo Chen Dah (Head of Strategy & Transformation, Digi Telecommunications); Azran Osman-Rani (Chief Executive Officer, Naluri); Dato’ Chevy Beh Yen San (Founder & Chief Executive Officer, BookDoc); Rohit Chandrasekharan Nambiar (Chief Executive Officer, AXA AFFIN Life Insurance)

Dengan beraneka pilihan komprehensif yang ditawarkan oleh kami menerusi pelbagai rakan kongsi, kami percaya bahawa kami bukan sahaja menjual kad perubatan, tetapi kami turut menawarkan pilihan gaya hidup sihat serta sokongan kewangan dan psikologi kepada millennial apabila mereka memerlukan perubatan kecemasan,” kata Rohit.

“Kami sangat teruja dengan pelancaran ini yang saya percaya adalah sejajar dengan tumpuan Bank Negara dalam memacu jualan digital dan meningkatkan tahap penembusan semasa,” tambah Rohit. 

Dengan pelancaran eMedic, AXA AFFIN Life kini menawarkan insurans nyawa, kesihatan serta perlindungan kanser secara dalam talian dengan hanya beberapa klik sahaja dan ini menjadikan AXA AFFIN sebagai perintis digital disrupsi di Malaysia.

Para pelanggan boleh mendapatkan sebut harga secara serta merta dan mendaftar untuk pelan dalam tempoh 5 minit sahaja melalui laman sesawang eMedic di www.AXAeMedic.com. AXA eMedic adalah pantas dan mudah, serta memberi kelulusan segera tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Bagi pelanggan yang sedang mengalami masalah kesihatan atau berusia lebih daripada 39 tahun, AXA AFFIN turut menawarkan pelbagai pilihan daripada rangkaian produk-produk sedia ada dan mereka akan dilayan oleh agen-agen profesional. Agen-agen berkenaan juga akan memberi khidmat kepada pelanggan eMedic sekiranya mereka menginginkan perlindungan yang lebih tinggi atau produk khusus yang memerlukan khidmat nasihat.

*Kadar bayaran tidak termasuk GST dengan terma & syarat
**The Edge: http://www.theedgemarkets.com/article/malaysias-medical-inflation-doubledigit-pace
***Live At PC: https://liveatpc.com/malaysian-millennials-spend-27-hours-a-week-on-their-phones/

MENGENAI AXA GROUP
AXA Group merupakan peneraju utama dunia dalam bidang insurans dan pengurusan aset, dengan 160,000 kakitangan yang memberikan khidmat kepada 105 juta pelanggan di 64 negara. Pada 2017, pendapatan IFRS berjumlah 98.5 bilion dan pendapatan asas IFRS mencecah Euro 6.0 bilion. AXA memiliki aset bernilai Euro 1,439 bilion di bawah pengurusannya sehingga 31 Disember 2017.

Saham biasa AXA disenarai dalam kompartmen A Euronext Paris di bawah simbol CS (ISN FR 0000120628 – Bloomberg: CS FP – Reuters: AXAF.PA). Saham Depositori Amerika milik AXA turut dinyatakan pada platform OTC QX di bawah simbol AXAHY. AXA Group termasuk dalam indeks SRI utama antarabangsa seperti Dow Jones Sustainability Index (DJSI) dan FTSE4Good. Ia merupakan ahli pengasas UN Environment Programme’s Finance Initiative (UNEP FI) Principles for Sustainable Insurance dan merupakan penandatangan UN Principles for Responsible Investment.

Siaran akhbar dan maklumat terperingkat ini dimaklumkan kepada umum oleh AXA mengikut artikel L. 451-1-2 French Monetary and Financial Code dan artikel 222-1 et seq. Autorité des marchés financiers’ General Regulation boleh didapati di laman sesawang AXA Group (axa.com).

MENGENAI AXA AFFIN LIFE INSURANCE BERHAD
Diperbadankan pada Februari 2006, AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AXA AFFIN Life) ialah syarikat usaha sama antara AFFIN Holdings Berhad dan AXA Group, peneraju perlindungan kewangan di seluruh dunia, yang beribu pejabat di Paris. Dengan memanfaatkan kekuatan AXA Group sebagai pakar perlindungan kewangan dan pengetahuan tempatan serta kepelbagaian rangkaian AFFIN Holdings, AXA AFFIN Life memberi tumpuan kepada usaha membantu individu menguruskan risiko dan mencapai matlamat kewangan mereka. AXA AFFIN Life akan berusaha untuk membina hubungan rapat dan berpanjangan dengan pelanggan, menawarkan penjagaan, sokongan dan nasihat kepada mereka dengan standard etika profesional yang tertinggi.Mulai Oktober 2017, AFFIN Bank kini adalah Syarikat Induk Bank untuk AXA AFFIN Life.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.