Kenali 3 Tokoh Remaja Hebat Dalam Sejarah Islam

Di zaman kegemilangan Islam, ramai tokoh-tokoh yang hebat dalam bidang masing-masing. Ada yang hebat dalam peperangan, dalam berniaga, ilmuwan dalam bidang sains dan perubatan; dan banyak lagi.

Lagi hebat sekiranya orang tersebut merupakan seorang remaja, yang dari usia muda lagi telah menjadi terkenal dan masyhur.

Kalau diikutkan, ada ramai lagi yang tersenarai. Tapi 3 tokoh dan ikon remaja ini adalah di antara yang terbaik di kalangan mereka yang terbaik.

Walaupun masih muda, Rasulullah S.A.W sendiri mengangkat mereka dengan memberi mereka  memikul tanggungjawab yang besar. 3 tokoh remaja tersebut ialah:

1. Usamah bin Zayd – Panglima Perang

Beliau mendapat gelaran Hibb Rasulillah yang bermaksud Jantung Hati Rasulullah. Ini kerana Rasulullah amat menyayangi Usamah sebagaimana Baginda menyayangi Hasan dan Husein. Malah, Rasulullah pernah menjadikan Usamah sebagai anak angkat Baginda.

Usamah dilahirkan di Mekah pada 7 tahun sebelum Hijrah. Bapanya iaitu Zaid bin Haritsah merupakan individu terawal yang memeluk Islam. Ibunya Ummu Aiman pula, adalah wanita yang pernah menyusukan anak-anak Nabi.

Tugas yang pernah diberikan kepada Usamah adalah tugas yang berat. Usamah bin Zayd diberikan tanggungjawab sebagai panglima perang semasa Rasulullah tidak menyertai peperangan tersebut. Rasulullah meyakini kemampuan Usamah walaupun usianya pada masa itu baru mencecah 17 tahun.

Masjid Usamah bin Zayd di Wangsa Maju juga dinamakan bersempena beliau.

Sumber Gambar: Islam Grid

2. Mus’ab bin Umayr – Penghafal Al-Quran

Terkenal kerana keberaniannya, Mus’ab bin Umayr menjadi anntara yang terawal terlibat dalam episod perkembangan Islam. Mus’ab mendapat dua gelaran iaitu Safir al-Islam yang bermaksud Orang Baik dan Mus’ab Al-Qari yang bererti Penghafal Al-Quran.

Mus’ab lahir dalam keluarga yang kaya dengan harta yang melimpah-ruah. Dia juga dikatakan paling berwibawa, tampan, lembut, teguh pendirian, dan memakai wangian yang harum.

Walaupun begitu, kekayaan itu hilang apabila Mus’ab membuat keputusan untuk memasuki Islam dengan ditentang ibunya sendiri.

Mus’ab merupakan di antara individu yang terawal memeluk Islam. Malah, ramai yang masuk Islam melalui Mus’ab seperti Sa’ad bin Muaz. Rasulullah pernah menghantar Muaz untuk mengajar Islam kepada penduduk Madinah yang telah memeluk Islam.

Mus’ab juga menjadi orang pertama yang mendirikan solat Jumaat. Mus’ab menjadi pembawa bendera Nabi dalam perang Badar dan perang Uhud.

Di dalam perang Uhud, pihak musuh telah memotong tangan kanannya. Lalu, Mus’ab memegangnya dengan tangan kirinya pula. Dipotong pula tangan kirinya. Mus’ab tetap tidak menjatuhkan bendera. Malah meletakkannya di dadanya. Akhirnya, musuh telah memanah dada Mus’ab dan beliau telah gugur sebagai pahlawan syahid di medan perang.

Mus’ab syahid dengan memiliki sehelai kain. Ada riwayat menyebut bahawa surah Al-Ahzab, ayat 23 diturunkan mengenainya.

3. Mu’adz bin Jabal – Pakar Halal dan Haram

Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Orang yang paling memahami tentang perkara halal haram di antara umatku adalah Mu’adz bin Jabal.”

Mu’az bin Jabal juga digelar Abu Abdul Rahman. Beliau seorang yang cerdas, mempunyai kata-kata yang baik, berwibawa, tampan, dengan budi pekerti cemerlang. Mu’adz bin Jabal merupakan salah seorang di antara enam sahabat yang menghafal Al-Quran.

Ibn Mas’ud pernah berkata,

“Mu’adz adalah orang yang selalu khusyuk dalam beribadah kepada Allah dan beragama secara hanif. Kami biasa menyamakan Mu’az dengan Nabi Ibrahim.”

Mu’adz juga pernah menyertai beberapa peperangan termasuk Perang Badar. Rasulullah juga pernah memberikan beliau tanggungjawab sebagai hakim dan guru di Yaman. Semasa mengutusnya, Rasulullah membawakannya sepucuk surat untuk diberikan kepada penduduk di sana dengan menulis di dalamnya,

“Aku utus kepada kamu semua, orang terbaik dalam keluargaku.”
Sebelum ke Yaman, Rasulullah bertanya kepadanya;

“Berdasarkan apa kamu memutuskan perkara, wahai Mu’adz?”

“Dengan kitab Allah (al-Qur’an)” Jawab Mu’adz.

“Jika kamu tidak menemuinya dalam kitab Allah?”

“Aku putuskan berdasarkan Sunnah Rasulullah.”

“Jika tidak dijumpai di dalam Sunnah Rasulullah.”

“Aku akan berijtihad dengan menggunakan akal fikiranku.”

“Segala puji hanya bagi Allah yang telah memberikan petunjuk-Nya kepada utusan Rasul-Nya.” Balas Rasulullah.

Mesti ramai pernah pergi Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa kan?

Sumber Gambar: Islam Grid

Sumber Rujukan: Tazkirah.net

Golongan Pemuda Yang Hatinya Terikat Dengan Masjid Mendapat Naungan

Di antara kelebihan golongan pemuda yang hatinya sentiasa terikat di masjid, selalu berulang-alik ke masjid untuk beribadah, menghadiri kelas ilmu dan sebagainya – golongan inilah di antara 7 golongan yang mendapat naungan dan perlindungan Allah di padang Masyhar kelak.

Begitu banyak dugaan orang muda ini; kononnya tak happening kalau lepak di masjid, tak bersosial, tak keluar malam melepak, tak buat maksiat dan sebagainya. Zaman mudalah zaman untuk kita enjoy, nanti dah tua boleh bertaubat. Kalau tak sempat tua camana? Kalau tak sempat bertaubat camana?

Maka hebatlah golongan pemuda yang dari usia muda lagi telah menolak godaan syaitan!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.