FashionValet Merancang Tersenarai Di Bursa Malaysia, Tapi Syarikat Asyik Declare Rugi?

FashionValet (FV), salah satu daripada platform e-dagang fesyen Asia Tenggara yang terkemuka akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Kreatif, Vivy Yusof berkata rancangan untuk penyenaraian itu sudah ada dalam perancangan tetapi mengambil tempoh beberapa tahun sebelum direalisasikan.

“Sekarang ini, keutamaan kami adalah untuk mengekalkan serta meningkatkan keuntungan,” katanya kepada Bernama.

Berikutan penutupan pelaburan Siri C dana kedaulatan Khazanah Nasional Bhd, Vivy berkata FV sedang merancang untuk mengembangkan lagi pasaran fizikal dan penembusan digital yang lebih luas.

FV baru-baru ini telah mengumpulkan satu jumlah yang tidak ditentukan daripada dana berkenaan, yang akan dipakai untuk menaik taraf infrastruktur dan teknologi, membuka lebih banyak cawangan fizikal serta mengembangkan kehadiran syarikat berkenaan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada 2010, portal fesyen dalam talian itu sekarang menaungi 500 pereka Asia Tenggara dan memiliki pelanggan di seluruh dunia.

Ia mempunyai kedai fizikal di Malaysia (Pavilion dan Bangsar Village II), Singapura dan Brunei. Secara digital, ia berkhidmat untuk pelanggan di lebih daripada 15 buah negara, termasuk rantau Asia Barat, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Jenama Vivy sendiri, dUCk akan diserap masuk di bawah FV untuk penyenaraian akan datang.

“dUCk adalah satu jenama yang khusus dalam tudung, alat tulis, aksesori rumah, gaya hidup dan kosmetik,” katanya lagi.

Peserta pasaran terbaharu, dUCk Cosmetics adalah jenama kosmetik halal yang ditawarkan dalam bentuk gincu, pengilat bibir dan pembayang mata yang berwarna-warni.

dUCk baru-baru ini membuka cawangan runcit ketiganya di Suria KLCC, bersebelahan dengan jenama antarabangsa mewah yang lain seperti Gucci, Dior dan Chanel.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata dua cawangan dUCk akan dibuka di Singapura dan Dubai.

“Kami perlu membuat lebih banyak pemasaran di sana bagi memperkenalkan jenama kami kerana ia belum cukup dikenali. Kami berharap untuk membuka cawangan di Singapura pada tahun depan dan mengenai Dubai, kami masih membuat kajian pasaran,” katanya.

Ketika bercakap mengenai jangkaan jualan bagi dUCk, Vivy berkata syarikat merancang untuk menggandakan apa yang mereka raih pada tahun lalu, terutama dengan pengenalan produk terbaharu yang belum ada lagi pada tahun sebelum ini.

“Bagi produk terbaharu kami iaitu kosmetik, kami telah bercakap dengan salah satu pengedar terbesar di dunia untuk dibawa ke peringkat seterusnya dan setakat ini, sambutan yang diterima amat positif. Pengumuman akan dibuat tidak lama lagi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Syarat Nak Tersenarai, Kena Declare Penyata Pendapatan (Income Statement)

Cuba tengok sendiri dokumen yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bernama Corporate Information. Syarikat Fashion Valet Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2002, dahulunya dikenali sebagai Proven Creative (M) Sdn Bhd.

Sekarang tengok pula dokumen bertajuk Financial Historical Comparison. Tengok betul-betul di bahagian Revenue, Profit/(loss) before tax dan Profit/(loss) after tax.

Apa yang anda nampak?

Syarikat Rugi Dan Semakin Rugi

Kalau pada tahun 2014, dengan pendapatan RM7.9 juta tapi rugi pula sebanyak RM1.3 juta.

Bagi tahun kewangan 2015 pula semakin parah. Pendapatan meningkat sehingga RM16.4 juta, tapi rugi RM5 juta.

Item Current liabilities pula nampak tinggi, ini mungkin sebab banyak beli stok secara kredit (hutang). Dalam erti kata lain pembekal mereka suka beri hutang. Kalau dalam aspek percukaian, transaksi belian yang tinggi ni biasanya pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) minat nak tengok sebab ia akan mengurangkan keuntungan syarikat.

Tak pasti pihak LHDNM berminat atau tidak nak siasat mengapa syarikat asyik lapor rugi.

Memandangkan data di SSM ini dikemaskini pada 4 April 2018, ini bermakna FashionValet belum lagi menghantar laporan kewangan tahunan bagi 2016.

Baru Dapat Dana Daripada Khazanah

Baru sahaja bulan Mac yang lalu, FashionValet mendapat funding daripada Khazanah Nasional di bawah Siri C. Dan menurut kepada Investopedia:

  • Siri A – Optimum: Funding untuk mengoptimumkan produk dan pengguna
  • Siri B – Bina: Funding untuk membawa perniagaan dan jenama ke tahap yang lebih tinggi
  • Siri C – Berkembang: Funding untuk menjadi lebih besar dan ke tahap global

Funding dapat, jualan mantap meningkat setiap tahun, tetapi syarikat rugi.

Kalau kita buat Fundamental Analysis terhadap FashionValet berdasarkan Income Statement di atas, ianya agak merisaukan.

Walau apa pun, all the best FashionValet! Semoga berjaya tersenarai di Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Strategi Pasaran: Program MY Value Up

Langkah memberangsangkan ke arah peningkatan kualiti pasaran

Program MY Value Up asalnya diperkenalkan semasa pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 pada bulan April lalu. Pengenalan program ini diikuti oleh penerbitan buku panduannya minggu ini, dengan matlamat menambah baik perungkaian nilai pemegang saham dalam jangka panjang. Dengan mengambil petunjuk daripada kisahkisah kejayaan serantau, rangka kerja ini mendesak anjakan paradigma ke arah peningkatan pulangan ekuiti (ROE) dan kebertanggungjawaban pemegang saham.

Penilaian strategik, tadbir urus yang lebih baik, peruntukan sumber dengan cekap dan komunikasi berkesan, akan bertindak sebagai pemangkin untuk mengecilkan diskaun penilaian jangka panjang yang membelenggu syarikat-syarikat yang memiliki asas kewangan kukuh. Langkah-langkah penambahbaikan ini patut menggalakkan keyakinan, meningkatkan sentimen dan mendorong kemasukan modal.

Manfaat terbesar untuk syarikat yang mempunyai ruang untuk merungkai nilai

Kami berpandangan bahawa rangka kerja ini amat bermanfaat untuk sesetengah entiti korporat yang berprestasi rendah atau kurang diberi perhatian. Khususnya, syarikat-syarikat yang memiliki modal berlebihan, kelompok aset yang tidak digunakan sepenuhnya, pulangan pemegang saham yang tidak memuaskan, atau keterlihatan pelabur yang rendah, berpeluang meraih faedah terbesar. Saham-saham ketinggalan ini mempunyai potensi operasi dan kewangan terbesar untuk merungkai nilai ekuiti menerusi peruntukan modal yang optimum dan rangka kerja pengagihan pemegang saham yang lebih baik.

Dari perspektif pasaran serantau, usaha-usaha yang sama memerlukan penggalak seperti kitaran perolehan yang menguntungkan dan reformasi jangka panjang yang lebih meluas untuk mencetus kenaikan nilai dalam seluruh pasaran. Di Malaysia yang banyak syarikat bermodal besar sudah mengekalkan pengurusan modal yang cermat dan hubungan pelabur yang mantap, kami berpendapat inisiatif Value Up ini akan memberikan manfaat kepada syarikat bermodal sederhana hingga kecil.

Hal ini akan mendorong langkah penjajaran semula ke arah amalan piawaian perniagaan dan operasi yang lebih baik. Oleh itu, impak rangka kerja ini mungkin berbeza mengikut syarikat masing-masing, dengan kecenderungan ke arah pendekatan pemilihan saham berpacukan alfa.

Pelaksanaan masih penentu utama kejayaan

Walaupun rangka kerja ini menggariskan hala tuju yang menyeluruh dalam peruntukan modal, tadbir urus, kecemerlangan operasi dan keterlibatan pemegang saham, penyertaan 88 syarikat teratas masih dibuat secara sukarela dan tiada galakan rasmi atau denda diperkenalkan. Oleh itu, kejayaan program ini akan banyak bergantung pada kesediaan pasukan pengurusan sesebuah syarikat untuk melaksanakan perubahan yang ketara, dan bukannya menganggap program ini sebagai syarat pendedahan.

Kami menjangka faedah-faedah program ini akan direalisasikan secara beransuransur, kerana para pelabur perlu melihat rekod prestasi Rancangan Value Up ini membawa penambahbaikan yang jelas dalam ROE, kecekapan modal, dan pulangan pemegang saham.

Strategi

Pada pendapat kami, program MY Value Up ini ialah usaha positif yang didorong oleh pihak pengawal selia yang dapat bertindak sebagai pemangkin untuk menggalakkan kenaikan nilai pasaran modal tempatan jangka panjang. Inisiatifinisiatif program yang diamalkan secara meluas dapat menyerlahkan kedudukan Bursa Malaysia berbanding pesaing-pesaing pasaran memuncul serantau dengan memperkukuhkan profil pelaburan dan daya tarikan pasaran secara keseluruhan.

Program MY Value Up

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.