4 Cara Untuk ‘Clearkan’ Rekod CCRIS

Ramai di antara kita yang sedang buntu dan mencari jalan untuk membersihkan nama daripada CCRIS. Biasanya kita sedar yang kita mempunyai masalah kewangan pun, apabila pembiayaan yang dipohon tidak lulus.

Apa itu CCRIS?

Central Credit Reference Information (CCRIS) ialah satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang. Ia dikawal selia oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Di dalam laporan CCRIS terdapat maklumat berkenaan Pembiayaan Tertunggak (Outstanding Balance)

Semua orang mempunyai komitmen bulanan seperti pembiayaan kereta, kad kredit, pembiayaan pelajaran (PTPTN) dan lain-lain. Laporan CCRIS memaparkan jumlah keseluruhan dan baki pembiayaan yang tertunggak, termasuklah kelakuan pembayaran dan status undang-undang.

Berdasarkan laporan ini pihak bank akan mengira komitmen bulanan kita kemudian ditambah dengan komitmen yang baru. Sekiranya lebih daripada kemampuan pemohon, pihak bank akan minta tambah guarantor atau deposit untuk kurangkan komitmen.

Bagaimana rekod CCRIS ini boleh menjadi negatif? Secara asasnya ia disebabkan oleh
kelewatan anda membuat pembayaran semula kepada pihak bank. Dan jika tunggakan bayaran menjadi lebih daripada 3 bulan, akaun anda akan berada di bawah pemerhatian khas.

4 Cara Nak Bersihkan Rekod CCRIS

1. Gabungkan Hutang

Lakukan semakan pada senarai hutang-hutang yang anda miliki kemudian gabungkan hutang tersebut menjadi satu. Ini bagi memudahkan kita untuk membuat pemantauan bayaran semula pembiayaan terhadap hutang tersebut.

Contohnya kita ada 2 kad kredit, apa kata kita buat Balance Transfer dan potong satu kad kredit. Fokus untuk setelkan satu kad kredit tersebut.

2. Dahulukan Pembiayaan Yang Tertunggak

Utamakan pendapatan untuk menyelesaikan jumlah pembiayaan yang tertunggak. Jangan biarkan pembiayaan tersebut terus tertunggak tanpa membuat sebarang pembayaran.

Jika jumlah tunggakan adalah besar, nak taknak anda perlu menambah sumber pendapatan atau mengurangkan bagi. Salah satu cara terbaik dan mudah adalah menggunakan duit bonus yang diterima dengan melunaskan jumlah tunggakan hutang.

3. Buat Semula Jadual Pembayaran Balik Pembiayaan

Sekiranya gaji yang anda ada tidak mampu untuk menampung pembayaran semula pembiayaan, anda boleh berbincang semula bersama pihak bank untuk membuat penjadualan baru pembayaran balik pembiayaan.

Mungkin pihak bank tidak bersetuju dengan permintaan anda untuk membuat penjadualan baru, namun tidak salah jika anda bertanya. Tetapi daripada anda terus tidak membuat bayaran, lebih baik mereka terima sahaja berapa yang anda mampu bayar.

4. Berjumpa Dengan AKPK

Kalau dah hutang keliling pinggang dan daripada dibiarkan kita menjadi muflis serta disenaraihitam, adalah lebih baik sekiranya kita segera berjumpa dengan pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang boleh membantu anda cari jalan penyelesaian.

Ini kerana tujuan AKPK ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia adalah untuk membantu individu-individu yang bermasalah untuk menstruktur semula hutang-hutang yang terkumpul dengan bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang beri anda pinjam wang tadi.

Baru-baru ini juga kami telah menemuramah pihak AKPK bagi mengupas isu AKPK : Penyelamat Yang Ditakuti. Kita dapat lihat bagaimana AKPK berjaya membantu 16,161 peminjam melibatkan jumlah hutang RM643.2 juta sehingga Mac 2018. Perkhidmatan mereka juga percuma, jadi mengapa kita tidak berjumpa saja dengan mereka bagi mendapatkan khidmat kewangan?

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.