AKPK : Penyelamat Yang Ditakuti

Duit ketika dipinjam memang rasa tak terbeban malah meringankan. Ada yang digunakan untuk membeli kereta, rumah malah keperluan peribadi lain. Namun, ramai peminjam yang sengsara apabila tiba masa untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Malah ekoran belenggu hutang tersebut, 294,000 diisytiharkan muflis sehingga September tahun lalu. Menakutkan bukan?

Ada yang hanya berserah dan menunggu dijatuhkan sebagai status muflis kerana buntu memikirkan penyelesaian. Tapi sebenarnya, ia bukan penyelesaian terbaik kerana melibatkan nama dan kehidupan sosial individu. Mahu atau tidak, hutang wajib dibayar walau tidak dituntut.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) merupakan sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia untuk meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan masyarakat Malaysia serta membantu individu mencapai kawalan kewangan peribadi melalui pengurusan kredit yang berhemat.

Ditubuhkan pada April 2006, AKPK berjaya membantu 16,161 peminjam melibatkan jumlah hutang RM643.2 juta sehingga Mac 2018.

Jom ikuti perkongsian daripada Puan Junainah Ahmad Esa, Pengurus Cawangan AKPK, Kuala Terengganu.

Kenapa AKPK ditubuhkan?

Penubuhan AKPK untuk memastikan sektor isi rumah terus berdaya tahan dengan memberi ruang kepada individu yang mempunyai hutang atau yang ingin memohon pinjaman daripada institusi kewangan diberi bantuan dan khidmat nasihat dalam menguruskan kewangan serta pinjaman mereka. Di samping itu, AKPK juga dapat membantu menggalakkan sistem perbankan yang kukuh dan mantap dengan memudahkan usaha membayar balik hutang dan mengurangkan kejadian hutang tak berbayar kerana kelemahan pengurusan hutang isi rumah.

Apa Kaitan Dan perbezaan Di Antara AKPK Dan Jabatan Insolvensi?

AKPK membantu menguruskan kewangan dengan bijak termasuk memberi khidmat dalam menangani bebanan hutang. Bagi peminjam bermasalah, AKPK menstrukturkan semula pinjaman mereka bagi membolehkan mereka membayar hutang secara teratur dan seterusnya mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang oleh penyedia kredit termasuk perintah kebangkrapan. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) pula merupakan sebuah agensi kerajaan berperanan mentadbir hal ehwal kes-kes kebangkrapan serta hal-ehwal individu yang telah telah diisytiharkan sebagai bankrap.

Apa Program Atau Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh AKPK?

AKPK menawarkan tiga perkhidmatan utama:

  • Pendidikan Kewangan

AKPK menyediakan penyelesaian jangka panjang untuk masyarakat Malaysia melalui program pendidikan kewangan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat celik kewangan. Fokus utama modul pendidikan kewangan AKPK ialah asas pengurusan kewangan dan pengurusan kredit secara bijak.

  • Kaunseling Kewangan dan Nasihat

Kaunseling secara individu ini dilaksanakan oleh kaunselor AKPK. Kaunselor akan memberi khidmat nasihat mengenai bajet, pengurusan wang dan masalah pinjaman. AKPK juga membantu setiap pelanggan dalam menganalisa kedudukan kewangan mereka dan mengenalpasti pilihan yang ada dalam usaha membantu mereka kembali mengurus kewangan dengan betul. AKPK juga menawarkan nasihat bagi individu yang ingin mendapatkan panduan sebelum membuat sesuatu komitmen hutang yang besar.

  • Program Pengurusan Kredit (PPK)

Individu yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman atau pun yang merasa terbeban dengan bayaran bulanan yang tinggi boleh mendapatkan khidmat  AKPK bagi menstrukturkan semula pinjaman berkaitan di bawah program pengurusan kredit (PPK), AKPK, sekiranya layak.

Adakah Terdapat Bayaran Atau Caj Perkhidmatan Yang Dikenakan Kepada Individu Yang Mahu Mendapatkan Khidmat AKPK?

AKPK tidak mengenakan sebarang bayaran ke atas perkhidmatan yang disediakan kepada individu.

Adakah Cawangan AKPK Terletak Di Seluruh Negara?

AKPK mempunyai 11 buah cawangan di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu. Di samping itu, AKPK juga telah membuka pejabat kaunseling di 15 buah bandar di seluruh negara bagi memastikan masyarakat setempat beroleh manfaat dari perkhidmatan yang disediakan AKPK.

Pada Pandangan Pihak AKPK, Kenapa Ramai Yang Takut Untuk Datang Mendapatkan Khidmat AKPK?

Statistik AKPK menunjukkan ada peningkatan individu yang mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK dari tahun ke tahun. Contohnya, seramai 167,521 individu mendapatkan khidmat kaunseling kewangan AKPK pada 2017 berbanding 121,321 orang pada 2016.  Ada peningkatan sebanyak 38.1%. Angka ini dijangkakan terus meningkat bagi tahun 2018 di mana setakat suku tahun pertama 2018, AKPK telah memberi perkhidmatan kepada 49,065 inidividu. Ini menunjukkan bahawa mereka sedar tentang pentingnya mendapat nasihat awal dan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.

Namun, terdapat mereka yang masih ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat AKPK kerana beberapa faktor antaranya :

i. Tidak mengetahui bagaimana berurusan dengan AKPK

ii. Berasa malu untuk mendapatkan bantuan

iii. Tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka mempunyai masalah kewangan

iv. Tidak mendapat maklumat jelas tentang program penstrukturan semula pinjaman yang disediakan.

Berapa Peratus Atau Jumlah Individu Yang Berjaya Diselamatkan Daripada Berstatus Bankrap?

AKPK tidak mempunyai statistik ini. Walau bagaimanapun, AKPK telah berjaya menyelamatkan ramai individu dari terjerumus ke status bankrap melalui PPK di mana AKPK telah membuka jalan dengan memudahkan urusan pembayaran balik hutang mengikut kesesuaian aliran tunai peminjam, tertakluk kepada bayaran minima yang dibenarkan.

Apa Kesan Atau Impak Yang Akan Berlaku Setelah Seseorang Mendapatkan Khidmat AKPK?

Rata-rata individu yang telah mendapatkan khidmat AKPK mempunyai reaksi positif terhadap perkhidmatan yang diterima. Bagi mereka yang telah mengikuti program pendidikan kewangan AKPK, kebanyakan berpendapat bahawa program pendidikan kewangan yang dilaksanakan AKPK banyak memberi manfaat serta tip pengurusan kewangan praktikal yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian. Bagi individu yang dibelenggu hutang pula, PPK membantu mereka memulih semula keadaan kewangan serta membolehkan mereka mempunyai lebihan aliran tunai untuk simpanan dan sara hidup. Di samping itu, sebarang tindakan mahkamah yang sedang diambil oleh penyedia kredit akan dihentikan semasa peminjam berada dalam PPK. Peminjam juga akan berasa lebih tenang hidup tanpa gangguan pemungut hutang. Kos pinjaman juga dapat dijimatkan melalui pengurangan kadar faedah (tertakluk kepada kelulusan pihak penyedia kredit).

Sejauhmana Keberkesanan Program Atau Bantuan Yang Telah Dilakukan Oleh AKPK?

Semenjak penubuhannya, AKPK telah memberikan perkhidmantan kaunseling dan nasihat kepada lebih 732,234 individu (setakat Mac 2018) dan daripada jumlah ini, seramai 221,599 telah menyertai PPK. Semenjak penubuhannya pada tahun 2006, seramai 16,161 individu (dengan hutang terkumpul sebanyak RM643.2 juta) telah berjaya melangsaikan hutang mereka melalui PPK.

Ada syarat-syarat tertentu ke yang membolehkan seseorang mendapatkan khidmat AKPK?

Tiada sebarang syarat tertentu yang dikenakan bagi individu yang ingin mendapatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan daripada AKPK.

Bagaimana Pula Dengan Syarat Untuk Menstrukturkan Semula Pinjaman Melalui PPK?

Bagi individu yang ingin mendapatkan khidmat penstrukturan semula pinjaman melalui PPK, syarat kelayakan adalah seperti berikut:

i. Individu tersebut mempunyai lebihan pendapatan yang positif (setelah mengambil kira kos sara hidup)

ii. Bukan seorang bankrap

iii. Jumlah hutang tidak melebihi RM5 juta

iv. Kemudahan pinjaman diperolehi dari penyedia pinjaman yang tersenarai di dalam PPK. Berikut adalah senarai nama penyedia pinjaman yang tersenarai di dalam PPK:

  • Bank-bank Komersial/ Islam
  • Syarikat Insurans/ Pengendali Takaful
  • Bank-bank Pembangunan
  • Penyedia Kad Kredit/ Kad Caj
  • Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad
  • Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad
  • Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN)

 

Ramai Yang Bimbang Untuk Mendapatkan Khidmat AKPK. Apa Nasihat AKPK Kepada Mereka?

Masyarakat tidak harus bimbang untuk mendapatkan khidmat AKPK kerana  AKPK adalah ‘sahabat’ kepada masyarakat dalam memberi dan meningkatkan kesedaran kewangan di kalangan masyarakat. AKPK juga sentiasa bersama masyarakat apabila mereka dibebani masalah bayaran hutang yang tinggi. Oleh itu, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat AKPK di mana-mana cawangan terdekat AKPK di seluruh negara sekiranya berdepan masalah. Ambil tindakan segera sebelum ianya berada di luar kawalan. Kami percaya anda datang ke AKPK dengan harapan dan akan pulang dengan senyuman.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2616 7766 atau layari laman web www.akpk.org.my.

 

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

11 Comments

  1. Sekiranya saya telah membuat pinjaman dengan syarikat berlesen, apakah AKPK juga dapat membantu untuk menyelesaikan? Dan dimana tempat berurusan.. Saya dari johor

  2. Sekiranya saya telah membuat pinjaman dengan syarikat berlesen, apakah AKPK juga dapat membantu untuk menyelesaikan?

  3. Saya seorang ibu tunggal anak 2… saya ingin bertanya bolehkah tempoh pinjaman saya dari 10 tahun dipanjangkan bagi mengurangkan potongan gaji saya memandangkan baki gaji selepas potongan saya sangat tidak mencukupi untuk kami hingga gaji yang seterusnya dan bil letrik pula terpaksa bertunggak sehingga 3 ke 4 bulan… saya mohon bantuan dari pihak tuan/puan bagi menyelesaikan masalah saya… sekian dan terima kasih

  4. Sekiranya saya telah membuat pinjaman dengan syarikat berlesen, apakah AKPK juga dapat membantu untuk menyelesaikan?

    1. Sekiranya saya telah meminjam dengan pijaman belesen(money lender)dan hutang saya lama tertunggak dan nama saya disenarai hitam,dapatkah pihak tuan membantu saya menyelesaikan hutang tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wakaf: Cara ‘Pro’ Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)

Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.

Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.

1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?

Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.

  • Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
  • Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.

2. Simulasi

Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.

Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).

Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.

Tanpa Wakaf (RM)Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat60,00060,000
Sumbangan Wakaf0(6,000)
Baki Pendapatan Agregat60,00054,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup(15,000)(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)45,00039,000

Pengiraan Cukai

Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:

Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200

Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840

Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.

Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”

“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.

Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.

PerkaraSituasi A (Zakat Sahaja)Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan AgregatRM100,000RM100,000
Sumbangan WakafRM0(RM10,000)
Baki Pendapatan AgregatRM100,000RM90,000
Tolak Pelepasan Individu(RM15,000)(RM15,000)
Pendapatan Boleh DicukaiRM85,000RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)RM8,200RM6,100
Tolak Rebat Zakat(RM2,500)(RM2,500)
Cukai Perlu BayarRM5,700RM3,600

Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.

2. Cara Nak Berwakaf (Saluran Rasmi)

1. Portal Rasmi (Paling Senang)

Layari laman web Wakaf Wilayah Persekutuan (www.wakafwilayah.com.my).

  • Boleh pilih projek spesifik yang nak dibantu.
  • Bayar terus guna FPX (online banking).
  • Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.

2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ

Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.

  • Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
  • Dapat resit fizikal on-the-spot.

Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.

  • Selangor: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Johor: Saham Wakaf Johor (Yayasan Wakaf Johor)
  • Pulau Pinang: Wakaf Pulau Pinang
  • Perak: Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
  • Kedah: Wakaf Kedah
  • Negeri Sembilan: Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
  • Melaka: Wakaf Melaka
  • Pahang: Wakaf Pahang
  • Kelantan: Wakaf Tunai MAIK
  • Terengganu: Wakaf MAIDAM
  • Sabah: Wakaf Sabah (MUIS)
  • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak