Hartalega, Dialog & MAHB Diterima Masuk Dalam Top 30 KLCI

Tahniah kepada syarikat Hartalega Holdings Berhad, Dialog Group Berhad dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di atas kemasukan mereka ke dalam golongan elit 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia. Ianya akan berkuatkuasa pada Isnin 18 Jun 2018.

Manakala YTL Corporation Berhad, AMMB Holdings Berhad (AmBank) dan Astro Malaysia Holdings Berhad pula terkeluar daripada senarai FBMKLCI 30 ini.

Apa Itu FBMKLCI?

Sama seperti saham, FBMKLCI juga ada turun naiknya, tetapi kalau saham menggunakan harga untuk menilaikan saham tersebut – FBMKLCI pula menggunakan sistem mata (point). Senang cerita, FBMKLCI ni terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

Nota:
Market Capitalization = Nilai sesuatu saham
Market Capitalization = Harga Saham x Jumlah Volume Saham

Senarai Lama FBMKLCI

Senarai Top 50 Berdasarkan Market Cap

Jom kita tengok pula prestasi ketiga-tiga saham yang baru tersenarai dalam FBMKLCI sejak setahun kebelakangan ini:

Hartalega

Sumber: Bursa Marketplace

Market Cap 31 Mei 2018: RM20.21 Bilion

Harga Saham 31 Mei 2017: RM6.07

Harga Saham 15 Mac 2018 (Sebelum Bonus Issue): RM11.64

Kenaikan: RM5.57 atau 91.8%

Harga Saham 16 Mac 2018 (Selepas Bonus Issue): RM5.90

Harga Saham 31 Mei 2018: RM6.10

Kenaikan: RM0.20 atau 3.4%

Dialog

Sumber: Bursa Marketplace

Market Cap 31 Mei 2018: RM18.33 Bilion

Harga Saham 31 Mei 2017: RM1.92

Harga Saham 31 Mei 2018: RM3.25

Kenaikan: RM1.33 atau 69.3%

MAHB

Sumber: Bursa Marketplace

Market Cap 31 Mei 2018: RM13.82 Bilion

Harga Saham 31 Mei 2017: RM8.70

Harga Saham 31 Mei 2018: RM8.33

Penurunan: RM0.37 atau 4.3%

Apa Kesannya Kepada Hartalega, Dialog dan MAHB?

Bila dah tersenarai dalam FBMKLCI ni, sudah pastinya ia akan menarik minat pelabur-pelabur institusi atau jerung-jerung yang ada di Bursa Malaysia. Mereka ini sudah pastinya mahu melabur ke dalam syarikat yang kukuh, bernama besar dan leader dalam industri masing-masing

Bila dah semakin diminati ramai, makin banyaklah pembeli, dan secara semulajadinya harga saham akan meningkat naik.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.