
Sebut sahaja anak muda, berbelanja pun ikut jiwa muda. Serba serbi nak mewah. Serba serbi nak menunjuk dan lebih daripada orang lain sedangkan tahap kewangan menunjukkan paras ketidakmampuan.
Walaupun tidak semua anak muda sebegitu, namun ianya perlu di pandang serius. Berikut adalah tips kewangan anak muda yang boleh diikuti. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kehidupan. Selamat mencuba tips yang diberikan ini.
1. Jangan beli kereta baru masa awal-awal kerja. Gunakan sahaja pengangkutan awam atau beli sahaja motor terpakai. Kalau nak pakai kereta juga, beli sahaja kereta terpakai asalkan bayaran kereta tidak melebihi separuh daripada gaji.

2. Tetapkan matlamat kewangan dengan jelas dan terang tang-tang supaya diri sentiasa ingat untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pasang dalam hati dan fikiran, walau apa berlaku sekalipun, matlamat harus dicapai meskipun lambat. Elakkan daripada memasang angan-angan tahi ayam sahaja.
3. Gunakan 3 tahun permulaan bekerja sebagai tahun untuk membina tahap kewangan yang kukuh dengan cara kawal perbelanjaan. Jangan terlampau ikut kata hati untuk berbelanja dan berhibur. Lebihkan kepada keperluan dan bukannya kehendak semata-mata.
4. Jika dahulu sebelum kerja, hobi setiap hari adalah melepak dan membuang masa, tukar kepada hobi baru setelah mendapat kerja. Walaupun dah ada kerja tetap, cuba cari kerja part time untuk mengisi kekosongan masa yang sebelum ini diisi oleh sesi lepak. Sebagai contoh, jadi pemandu Grab atau berniaga secara online.

5. Jauhi hutang seperti pinjaman kereta ataupun kad kredit. Ini paling bahaya, jika tidak dibendung akan bawa kemusnahan dalam kehidupan sepanjang hayat.
6. Cuba sikit-sikit untuk berani membuat simpanan dengan pebagai jenis tabungan. Kalau tak mampu simpan dengan jumlah yang banyak, mulakan dengan jumlah yang sikit. Lama-kelamaan, aktiviti tersebut akan menjadi kebiasaan kepada diri sendiri.
7. Setiap kali dapat gaji, terus asingkan duit gaji mengikut kepada pecahan yang telah ditetapkan. Lebih baik, tetapkan pecahan ini mengikut kepada peratusan. Misalnya, 10% darpada gaji adalah untuk simpanan.
8. Bijak memilih rakan sekerja dan rakan di luar tempat kerja. Rakan adalah pengaruh yang paling kuat dalam hidup. Silap pilih kawan, diri kita sendiri akan turut hancur.











