Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Suku Kedua (Q2) 2018

Penjualan saham-saham oleh jerung antarabangsa yang berlaku sejak kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 yang lalu, telah mengakibatkan Bursa Malaysia jatuh ke paras 1-Year-Low.

Banyak saham-saham yang membuat terjunan tiruk, terutamanya saham-saham yang berkaitan dengan Barisan Nasional. Pengumuman hutang kerajaan sebanyak RM1 trilion, pembatalan dan penangguhan beberapa projek mega turut memberi kesan yang negatif kepada pasaran saham.

Ramai yang rugi besar disebabkan perkara ini. Takziah buat pemegang saham MyEG dan George Kent yang telah membuat gap down sebanyak 30% seawal minit pertama pasaran saham dibuka. Dua hari berturut-turut ianya berlaku, dah rugi 60% dalam masa dua hari. Nak Cut Loss pun tak sempat.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Suku Kedua (Q2) 2018 untuk dijadikan pengajaran:

 

Sumber: Screener iSaham

1. George Kent

Sumber: Bursa Marketplace

2. My E.G. Services

Sumber: Bursa Marketplace

3. Excel Force MSC

Sumber: Bursa Marketplace

4. Edaran Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. Iskandar Waterfront City (IWCITY)

Sumber: Bursa Marketplace

6. Kretam Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. HSS Engineers (HSSEB)

Sumber: Bursa Marketplace

8. Barakah Offshore Petroleum

Sumber: Bursa Marketplace

9. Ahmad Zaki Resources (AZRB)

Sumber: Bursa Marketplace

10. NWP Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau Takutkan Ombak, Usah Buat Rumah Di Tepi Laut

Disebabkan market sekarang tak berapa nak cantik, elok juga kita banyakkan berehat dan muhasabah diri. Cuba kaji balik syarikat-syarikat yang mempunyai Fundamental yang kukuh. Bila pasaran saham dah kembali pulih, bolehlah shopping saham-saham yang sedang memberi diskaun.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Suku Kedua (Q2) 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Quarter) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.