40 Syarikat Paling Cepat Berkembang

Baru-baru ini, Focus Malaysia ada mengeluarkan senarai 40 syarikat yang paling cepat berkembang untuk tempoh setahun kebelakangan ini. Ianya diukur daripada segi pendapatan dan juga keuntungan syarikat.

Jom kita tengok senarai 40 syarikat tersebut, yang dibahagikan kepada dua kategori.

1. Top 30 Syarikat Paling Cepat Berkembang (kategori Market Cap 500 juta dan ke atas)

Banyak nama yang mungkin kita tak biasa dengar, tetapi mereka ini mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan. Jom kita tengok pergerakan harga saham mereka pula untuk setahun kebelakangan ini, dengan mengambil 10 syarikat teratas:

1. N2N Connect

Sumber: Bursa Marketplace

2. Sunsuria

Sumber: Bursa Marketplace

3. Pentamaster Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

4. LBS Bina Group

 

Sumber: Bursa Marketplace

5. MRCB-Quill REIT (Tak patuh Syariah)

Sumber: iSaham

6. CAB Cakaran Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

7. MyEG Services

Sumber: Bursa Marketplace

8. Econpile Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

9. OCK Group

Sumber: Bursa Marketplace

10. Kerjaya Prospek Group

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau anda perasan sesuatu, tiada satu trend tetap bagi semua sepuluh saham syarikat kan? Ada yang tengah uptrend, ada yang tengah buat sideways, yang tengah downtrend pun tidak kurangnya. Dan 9 daripada 10 syarikat yang tersenarai, adalah saham yang patuh Syariah.

2. Top 10 Syarikat Paling Cepat Berkembang (kategori Market Cap 500 juta dan ke bawah)

Jika dilihat betul-betul, ada 5 industri yang berbeza yang menunjukkan bahawa syarikat boleh berjaya tanpa mengenai industri. Bagaimana pula dengan harga saham syarikat-syarikat ini untuk tempoh setahun?

1. Comfort Gloves

 

Sumber: Bursa Marketplace

2. Sentoria Group (Tak patuh Syariah)

Sumber: Bursa Marketplace

3. WZ Satu

 

Sumber: Bursa Marketplace

4. AWC

Sumber: Bursa Marketplace

5. Willowglen MSC

Sumber: Bursa Marketplace

6. Poh Huat Resource Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Rexit (Tak patuh Syariah)

Sumber: Bursa Marketplace

8. Homeritz Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

9. Three-A Resources

Sumber: Bursa Marketplace

10. Mikro MSC

Sumber: Bursa Marketplace

Juga dapat kelihatan syarikat-syarikat yang tersenarai ni bukan semuanya uptrend, iaitu harga saham meningkat naik. Ada juga yang sideways, dan ada juga yang downtrend. 8 daripada 10 syarikat pula adalah yang patuh Syariah.

Mereka Mempunyai Fundamental Yang Kuat

Orang kata, nak tahu saham apa yang kita boleh beli, tengok kepada kekuatan Fundamental mereka. Dan ternyata, syarikat-syarikat yang tersenarai ini memang sangat kukuh. Buatlah Fundamental Analysis, angka-angka mereka pasti sangat baik.

Syarikat yang kuat fundamentalnya, adalah syarikat yang semakin banyak duit, untung makin besar, dan ini akan menyaksikan semakin ramai orang beli saham mereka, dan harga saham pun semakin meningkat naik.

Tapi bila masa terbaik untuk beli saham-saham ini? Untuk itu, kena buat Technical Analysis pula. Secara ringkasnya, Technical Analysis bermaksud mengkaji pergerakan saham dengan memberi keutamaan kepada harga saham dan jumlah dagangan (price & volume) dengan menggunakan carta, bagi menjangka pergerakan harga dan trend.

Nak lagi best, jangan lepaskan peluang untuk berjumpa sifu-sifu Technical Analysis bulan Oktober 2018 ini.

Untuk julung-julung kalinya, ini merupakan peluang terbaik bagi mereka yang ingin mendalami ilmu Technical Analysis. Dibarisi panel speaker yang bertaraf antarabangsa, pastinya anda dapat ilmu terbaru berkenaan Technical Analysis ini:

Ianya bakal berlangsung pada 26hb sehingga 28hb Oktober 2018 ini di Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web IFTA2018 sekarang.

Acara ini dianjurkan oleh Malaysian Association of Technical Analysts (MATA) yang merupakan persatuan yang mengumpulkan para ilmuan dan cendikiawan dalam bidang Technical Analysis di Malaysia. Boleh juga like FB Malaysia Chartists.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.