Peram Saham-Saham Ini 5 Tahun Lepas, Sekarang Pulangan Lebih 100%

“Bro, kalaulah aku ada power macam Dr Strange dan boleh putar balik masa ke 5 tahun yang lepas, pasti aku takkan lepaskan peluang untuk beli saham-saham yang beri pulangan lebih daripada 100% ni.”

Tapi 5 tahun lepas, masih ramai belum ambil tahu. Masih ramai ingat melabur saham ni haram. Akaun CDS pun tak tahu apa bendanya. Dulu memang susah nak belajar pasal semua ni.

Tetapi alhamdulillah sejak beberapa tahun ini banyak pihak bertungkus-lumus berusaha memandaikan masyarakat. Pihak berautoriti seperti Bursa Malaysia pun nampak semakin aktif dengan pelbagai program anjuran mereka. Antara seminar yang mendapat kerjasama dari Bursa Malaysia dan popular serta sentiasa ‘full house’ buat masa ini adalah Seminar Labur Saham anjuran Asri Ahmad Academy.

Alhamdulillah, kini masyarakat khususnya Bumiputera mula faham tentang peluang pelaburan yang sah dan patuh syariah ini. Jom kita tengok senarai saham-saham yang beri pulangan lebih daripada 100% kalau dibeli 5 tahun yang lalu:

1. Lay Hong – 652.3%

Sumber: Bursa Malaysia

2. Ajinomoto (Malaysia) – 472.1%

Sumber: Bursa Malaysia

3. GHL Systems – 414.7%

Sumber: Bursa Malaysia

4. HeveaBoard – 347.1%

Sumber: Bursa Malaysia

5. My E.G. Services – 277.4%

Sumber: Bursa Malaysia

6. Padini Holdings – 244.4%

Sumber: Bursa Malaysia

Jenama di bawah PADINI HOLDINGS termasuklah PADINI, PADINI Authentics, PDI, P & CO, Seed, Miki, Vincci, dan Brands Outlet. Tahun lepas kami ada terbitkan satu artikel tentang PADINI HOLDINGS – 8 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Saham Padini. Ramai tahu shopping di kedai PADINI malangnya ramai tidak memiliki saham syarikat ini. Ini contohhhhh, kami tak suruh beli.

7. QL Resources – 200.2%

Sumber: Bursa Malaysia

8. Time dotCom – 139.4%

Sumber: Bursa Malaysia

9. Petron Malaysia Refining & Marketing (PetronM) – 135.3%

Sumber: Bursa Malaysia

10. GD Express Carrier (GDEX) – 129.5%

Sumber: Bursa Malaysia

11. Nestle (Malaysia) – 117.4%

Sumber: Bursa Malaysia

12. Syarikat Takaful Malaysia Keluarga – 115.9%

Sumber: Bursa Malaysia

13. Fraser & Neave Holdings (F&N) – 108.5%

Sumber: Bursa Malaysia

Sekarang dah faham kenapa mereka yang berduit terutamanya rakan-rakan bangsa lain makin bertambah-tambah duit mereka? Salah satunya adalah mereka tak simpan duit tetapi dilaburkan di tempat yang betul. Orang kita ada duit tetapi lebur dalam skim cepat kaya!

Amacam? Boleh bertahan tak peram selama 5 tahun. Berbaloi tak pulangan atau ROI dekat atas ni? Ke dah tak tahan?

Jangan risau, masih belum terlambat untuk belajar.

Saham Yang Mempunyai Fundamental Yang Bagus Amat Sesuai Diperam

Kalau nak tahu, saham-saham yang boleh beri pulangan yang lumayan untuk jangka masa yang panjang seperti 5 tahun – perlu ada Fundamental yang kuat. Kalau tak percaya, cuba buat Fundamental Analysis terhadap semua saham-saham di atas. Mesti angka-angka Fundamental mereka sangat memberangsangkan.

Selain daripada itu, syarikat perlu memperolehi pendapatan yang meningkat saban tahun. Keuntungan juga turut meningkat saban tahun. Bila pendapatan dan keuntungan meningkat setiap tahun, minat pelabur juga akan meningkat sama. Ini baru peningkatan daripada segi harga saham, belum dikira keuntungan yang diperolehi dalam bentuk dividen lagi.

Untuk dapatkan senarai di atas, kita perlu gunakan Screener. Dan ada Screener yang bernama Beginner Stocks. Bukan setakat boleh tahu pulangan untuk 5 tahun, nak tahu pulangan untuk 10 tahun pun boleh. Ada saham yang boleh beri pulangan sampai 1200% untuk 10 tahun pun ada tau.


SEMINAR LABUR SAHAM

Apapun kami ucapkan tahniah kepada mereka yang sudah ada ilmu sebab mereka tahu mengkaji dahulu dari segi ilmu Fundamental dan juga Teknikal dimana mereka tahu waktu yang sesuai untuk membeli dan menjual saham.

Buat mereka yang belum terlibat dan belum ada ilmu saham yang betul teruskan membaca.

Nak belajar lagi? Tak faham apa yang kami cerita dekat atas ni? Kami syorkan untuk hadir Seminar Labur Saham anjuran Asri Ahmad Academy. Memang berbaloi. Percayalah ini bukan seminar acah-acah preview. Kami sendiri dah pergi banyak kali, berasap kepala! Siap boleh buka akaun saham (CDS) semasa seminar.

Dengar sendiri secara live dari speaker Tuan Hj Mohd Asri apa kena buat, apa jangan buat supaya dapat maksimumkan keuntungan dan minimumkan kerugian. Maklumlah ini bukan skim cepat kaya, jadi untung rugi itu pasti.

Program ini adalah eksklusif untuk anda yang “ZERO”, sentiasa SIBUK tetapi ingin tambah pendapatan pasif melalui pelaburan saham yang PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia. Program ini adalah dengan kerjasama bersama Bursa Malaysia, BursaMarketPlace, Bank Pelaburan (Bank mana? RAHSIA) & Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Haa nampak…? So confirm ini bukan calang-calang seminar. Daftar segera di www.asriahmadacademy.com

Kalau kita beri peluang dan masa untuk diri kita mendatangi ilmu, inshaAllah ilmu akan lebih mudah nak datang. Tapi kalau kita sombong, bukan ilmu saja yang tak nak dekat, malah rezeki pun menjauh. Walllahualam…

Dengar apa kata mereka yang sudah berguru dengan Tuan Hj Mohd Asri

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.