Kejatuhan KLCI dan Turki Lira

Setelah hampir sebulan KLCI mengalami kenaikan, pasaran pada 13 Ogos 2018 menunjukkan indeks turun 22.41 mata kepada 1783.34 Sebanyak 213 kaunter menaik, 764 kaunter menurun dan 335 kaunter tidak berubah. Nampaknya Bursa Malaysia masih lagi sukar untuk bertahan pada paras 1800 mata.

Indeks Pasaran KLCI

Kejatuhan ini sebenarnya sudah dijangka dan dianggap pembetulan yang normal setelah kenaikan sebanyak 150 mata sejak 9 Julai 2018. Walaubagaimanapun, terdapat sentimen luaran yang mempengaruhi penurunan indeks KLCI iaitu kejatuhan matawang Lira Turki. Ekonomi Turki berada dalam keadaan kritikal sekarang. Dalam tempoh sebulan yang lepas, matawang Lira mengalami kejatuhan sebanyak 41%

Tukaran Matawang USD/Lira

Trump Punca Kejatuhan Matawang Lira

Menurut Ayman Rashdan Wong, Trump dilaporkan menjadi punca kepada kejatuhan matawang Lira setelah menggandakan tarif ke atas besi keluli dan aluminium keluaran Turki. Tarif atas keluli dari 25% naik jadi 50%, aluminium dari 10% jadi 20%. Disebabkan keluli antara eksport Turki ke Amerika Syarikat yang penting, maka pelabur semua cabut dari pasaran Turki. Permintaan terhadap Lira habis menyusut.

Hubungan antara Amerika Syarikat dan Turki semakin tegang setelah Presiden Recep Tayyip Erdoğan enggan melepaskan warganegara US, Pastor Andrew Bunson yang ditahan sejak kejadian kudeta 2016. Memandangkan Erdogan enggan tunduk dengan desakan Trump, Amerika Syarikat bertindak dengan mengenakan Trade War keatas Turki. Izzuddin Yussof menyatakan bahawa keadaan ini dilihat sebagai sangat berisiko kepada Turki yang memang sudah mengalami current account deficit, sehinggakan Lira jatuh dengan mendadak pada Jumaat lepas.

Jadi adakah Turki jatuh sebab current account deficit? Turki sebenarnya bukan sekadar mengalami current account deficit, tetapi twin deficit. Iaitu gabungan current account deficit dan fiscal deficit serentak. Tapi benda ni bukan baru. Turki dah mengalami twin deficit sejak 2001. Syarikat di Turki banyak membuat pinjaman dalam USD. Jadi dengan kejatuhan Lira yang berterusan, ianya meningkatkan lagi risiko hutang-hutang ini tidak mampu dibayar, sekaligus melumpuhkan ekonomi Turki.

Dua Pilihan Di Tangan Presiden Turki

Bagi menstabilkan nilai mata wang negara, Erdogan mempunyai dua pilihan iaitu sama ada menaikkan kadar faedah atau mengguna rizab pertukaran asing untuk membeli lebih banyak Lira dipasaran. Buat masa ini, Erdogan enggan mengguna pakai kedua-dua cara ini. Beliau dan menantunya, Berat Albayrak yang juga merupakan Menteri Kewangan Turki berkata mereka mempunyai pelan tersendiri untuk membaik pulih ekonomi Turki. Apakah pelan tersebut? Kita tunggu dan lihat sahaja.

Satu fakta menarik berkaitan Turki dibawah pemerintahan Erdogan ialah beliau tidak sukakan interest rate. Buktinya sejak Erdogan memegang tampuk pemerintahan dari tahun 2003 hingga kini, interest rate telah direndahkan dari 50% ke 8%. Sejak penurunan interest rate itu juga, kadar inflasi Turki menjadi jauh lebih rendah sehingga pernah mencapai bawah 10%. Keadaan ini amat jauh berbeza berbanding sebelum tahun 2003 apabila kadar inflasi mereka mencecah 40%-60%.

Pada masa yang sama Erdogan sedikit pun tak tunjuk gentar. Beliau kata ini semua konspirasi Zionis dan US untuk sabotaj Turki. Dalam satu pertemuan di Barat Daya bandar Rize, Erdogan berkata “onların dolarları varsa, bizim Allah’ımız var” (Jika mereka ada Dolar, kita ada Allah). Dahsyat, memang benarlah orang kata Erdogan singa Islam.

Kejatuhan Lira buat masa ini menyebabkan Eropah turut terkena tempias. Matawang Euro juga jatuh ke paras terendah dalam tempoh setahun. Para pelabur berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana risau krisis Turki akan merebak ke seluruh dunia. Tambahan pula 2018 sangat dekat dengan kitaran krisis kewangan 10 tahun (1985-86, 1997-98, 2008-2009).

Kredit: Jeffry Azizi Jaafar, Izzuddin Yussof, Ayman Rashdan Wong

Masih Ingat Lagi George Soros?

Berbalik kepada situasi di Malaysia, di mana kita juga pernah mengalami nasib yang hampir sama pada tahun 1997 sewaktu Krisis Kewangan Asia.

Prime Minister Mahathir Mohamad accused George Soros of ruining Malaysia’s economy with “massive currency speculation”. Soros claims to have been a buyer of the ringgit during its fall, having sold it short in 1997.

Pasaran saham pada ketika itu jatuh lebih daripada 50% dari 1,200 mata menjadi 600 mata, manakala Ringgit Malaysia juga hilang 50% nilainya – daripada RM2.50 berbanding 1 US Dolar menjadi RM4.57 berbanding 1 US Dolar. Sehinggalah ringgit ditetapkan pada kadar RM3.80 berbanding 1 US Dolar pada kemuncak kejatuhan.

Kredit: Wikipedia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.