Saham Syarikat Yang Terjejas Akibat Pembatalan ECRL

Persoalan mengenai Projek Mega East Coast Rail Link (ECRL) akhirnya terjawab setelah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan pembatalan projek tersebut. Terdahulu,Tun Mahathir memulakan lawatan rasmi 5 hari ke China bermula 17 Ogos. Setelah pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Keqiang pada Isnin lepas beliau mengumumkan bahawa Kerajaan memutuskan untuk membatalkan pelaksanaan ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) buat masa ini.

ECRL merupakan pro­jek bernilai RM81 bilion sejauh 688 kilometer (km) yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu, Kelantan, dilancarkan pada tahun lepas dan dijadual siap pada 2024. Sementara itu, TSGP pula meliputi pemasangan saluran paip gas sepanjang 662 km dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau, melibatkan kos berjumlah RM4 bilion. Pelaksanaan kedua-dua projek berkenaan digantung sejak Julai lepas.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah menyampaikan keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia. Rundingan juga akan dilakukan pada peringkat pegawai untuk mencari jalan keluar daripada projek berkenaan pada kos paling rendah. Beliau menjelaskan, ini kerana kerajaan mungkin perlu membayar pampasan susulan keputusan itu yang disebabkan kebodohan rundingan kerajaan terdahulu.

Mengenai kemungkinan pembatalan projek berkenaan akan menjejaskan hubungan Malaysia-China, Dr Mahathir berkata, beliau telah menjelaskan kepada ketiga-tiga pemimpin negara itu mengapa kerajaan terpaksa menghentikannya dan mereka amat memahaminya. “Sebelum ini ada salah faham, tetapi sekarang mereka faham mengapa kita perlu melakukannya,” katanya.

Susulan berita pembatalan pembangunan ECRL, saham syarikat pembinaan yang berkaitan dengan projek berkenaan turut terkena tempias. Antara syarikat yang terjejas ialah:

IJM Corporation Berhad (IJM)

Saham IJM

Gabungan AQRS Berhad (GBGAQRS)

Saham GBGAQRS

WCT Holdings Berhad (WCT)

Saham WCT

WZ Satu Berhad (WZSATU)

Saham WZSATU

Fajar Baru Builder Group Berhad (FAJAR)

Saham FAJAR

HSS Engineers Berhad (HSSEB)

Saham HSSEB

T7 GLOBAL BERHAD (T7GLOBAL)

Saham T7GLOBAL

Kredit: Utusan Online, BH Online

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.