6 Cara Seorang Pelajar Boleh Menyimpan

Sebagai seorang pelajar, anda juga sebenarnya boleh menyimpan duit. Tidak bermakna wang bulanan yang diberikan, wang saraan hidup dan biasiswa yang diterima dijadikan sebagai duit untuk berbelanja tanpa had.

Anda boleh menyimpan wang tersebut untuk kegunaan masa susah atau ketika anda benar-benar memerlukan.

Tapi bagaimanakah caranya?

Cara 1: Pastikan Anda Menyimpan

Ini bermakna, apabila wang bulanan, biasiswa atau wang saraan hidup dikreditkan dalam akaun anda, pastikan anda menyimpan minimum RM50 setiap bulan. Kalau setahun, dah RM600 yang berjaya dikumpul.

Kemudian anda hanya boleh keluarkan duit sekiranya ada keperluan yang mendesak sahaja.

Cara 2: Masak Di Rumah

Mungkin anda tidak mempunyai masa untuk masak kerana anda seorang pelajar. Tapi kalau hari-hari nak makan di kedai, kosnya jadi tinggi pula.

Jadi anda boleh masak masakan yang mudah dan ekonomi misalnya telur, sardin mahupun makanan yang tersedia masak iaitu makanan dalam tin. Makanan tersebut boleh dimakan untuk 2 hari dan anda boleh jimat wang perbelanjaan anda.

Cara 3: Jangan Terikut Budaya Kota

Anda dapat melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi yang terletak di bandaraya ataupun yang berhampiran dengan bandar. Tetapi, jangan pula terikut-ikut dengan budaya kota yang hidup bebas dan berbelanja ikut sesuka hati.

Elakkan daripada terjebak dengan gaya pemakaian yang mahal dan berjenama, makan di tempat yang mahal dan sebagainya. Oleh itu, pilihlah kawan dengan betul dan jangan mudah terpengaruh.

Cara 4: Gunakan Pengangkutan Awam

Anda tidak perlu memakai kereta yang mahal atau mengunakan kereta kalau sekadar ke tempat belajar. Anda boleh menjimatkan wang perjalanan anda dengan mengunakan kenderaan awam.

Banyak kelebihan yang disediakan kepada pelajar seperti pas kenderaan awam bulanan yang murah dan sebagainya. Sambil berjimat, badan pun sihat kerana banyak berjalan.

Cara 5: Membeli Ketika Perlu

Kurangkan membeli barang keperluan ketika masih ada. Anda juga harus elak membeli barang keperluan ketika di awal bulan untuk mengelakkan pembaziran.

Gunakan semua barang anda sehingga habis dan barulah anda membeli yang baru. Dapat juga mengurangkan godaan kerana kurang berjalan-jalan di pasaraya dan pusat membeli-belah.

Cara 6: Cari Pendapatan Sampingan

Zaman sekarang anda boleh mencari pendapatan sampingan dengan mudah seperti menjadi penulis sambilan, dropship, promoter atau agen sesuatu barangan. Pekerjaan sebegini mudah untuk anda yang masih belajar kerana anda hanya perlu berkomunikasi dengan pelanggan di alam maya sahaja.

Daripada membuang masa tak tentu hala, dapat juga cari sedikit pendapatan untuk menampung kehidupan. Bila dah ada duit lebihan, gunakannya untuk tingkatkan lagi simpanan.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.