6 Sebab kenapa orang menyampah dengan ejen Takaful

Kenapa Tak Suka Ejen Takaful?

Tajuk asalnya “6 SEBAB KENAPA ORANG BENCI AGEN INSURAN” tetapi kami olah sedikit. Sakit dan mati bukan satu pilihan yang boleh dielak. Lambat atau cepat ia pasti datang, bersedialah dari awal demi manfaat bersama.

Ejen Takaful sekarang banyak nama panggilan. Ejen insuran, ejen takaful, penasihat atau konsultan kewangan pun ada juga. Ejenejen mohon jangan sentap dan boleh belajar dari posting ini kenapa sesetengah orang menyampah dengan anda.

1. Asyik up status pasal mati, mati dan mati

Betul. Kita kena prepare. Tapi kalau hari-hari cerita musibah dekat status buat orang turned off, lalu jadilah kau musibat yang orang akan unfollow. Cuba jadi lain sikit menjual tu. Belajar story-telling marketing. Follow Al Irfan Jani & June Mohd Som.

2. Pushy

Menjual ini satu proses. Ada tertib dia. Ada sales funnel. Kena tau dia ni cold prospect ke hot prospect. Ada segmen dia. Ni main tala je semua prospek pukul rata. Build up rapport dulu. 5 6 tahun tak dengar cerita, tiba-tiba pm ajak jumpa. “Kalau bukan MLM mesti nak jual insuran. Takpun nak pinjam duit!”

3. Pakai ayat cliche – “Aku nak plan yang terbaik untuk kau dan keluarga kau”

Aku tak sure orang lain, tapi aku turned off bila dapat ayat macam ni. I knew you do it for your commissions, this is not really about me. Jadi tak perlu nak sweet talk bagai.

Lagi satu ayat “siapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri” – wow ni memang kalau ada mana-mana seller pakai sentimen ni memang aku lari jauh-jauh.

4. Gelojoh

Asyik nak close. Prospek kata nanti dia nak fikir dulu. Kau pulak pergi hantar quote kata-kata hikmah tiap-tiap hari sebelum Subuh, masa nyamuk pun tak bangun lagi. Konon nak gentle reminder bagi dia ingat. Tapi dia bagi adverse effect. Orang menyampah pastu dia blok kau.

5. Emo bila tak boleh close

Kau dah cerita panjang pastu kawan tu tak nak ambil. Move on ke next prospek. Tak perlu nak sarcastic perli macam-macam.

6. Putus kawan kalau tak jadi client dia

Kadang-kadang timing tak sesuai; mungkin masa tu keadaan kewangan prospek tak mengizinkan. Jaga je la existing relationship tu. Ni tak, lepas dia kata tak nak, message dia pun kau tak nak reply.

Mungkin lepas 6 bulan dia akan datang balik, tapi kalau gaya kau macam nak hambat duit dia je, memang chances dia nak datang balik 0%.

 

Ada satu agen insuran ni, nama dia Auni Farhana. Stranger yang approach aku out of no where. Tapi cara dia very subtle untuk build up trust. Lepas kenal few months, instead of dia ajak aku jumpa, aku yang ajak dia meet up. Bila dah jumpa, dekat sejam borak pasal benda lain baru masuk pasal insuran.

Ilmu apa dia pakai pun aku tak tau. Tapi aku dan wife sangat comfortable dengan approach dia.

The mantra is – selling by not selling.

Sumber asal : Ashraf Khamzah

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa Ejen Insurans & Takaful Banyak Sangat ‘Award’?

Pernah tak anda tengah sedap melayan TikTok atau Instagram Reels, tiba-tiba lalu video rakan anda yang bergelar ejen insurans atau takaful? Video bukan biasa-biasa ya. Siap ada suntingan transisi slow-motion, berjalan penuh gaya atas permaidani merah pakai tuxedo atau gaun labuh, pegang trofi berkilat sebesar lengan dan diiringi muzik latar belakang jenis yang menaikkan bulu roma.

Bagi orang luar, situasi ini kadangkala menimbulkan persoalan: “Eh, bulan lepas rasa dah menang award, bulan ni ada award lagi? Bukan ke syarikat atau agensi mereka sendiri yang buat anugerah tu?”

Jangan salah faham. Di sebalik budaya yang nampak seperti “puji diri sendiri” atau acah-acah selebriti ini, sebenarnya ada strategi psikologi perniagaan yang sangat mendalam. Jom kita bedah kenapa industri ini dipenuhi dengan anugerah yang luar biasa.

1. Produk ‘Ghaib’ yang Sukar Dijual

Tidak seperti ejen hartanah yang menjual rumah, atau peniaga gajet yang menjual barang yang boleh disentuh, penasihat kewangan dalam industri insurans dan takaful berdepan dengan cabaran yang jauh lebih getir. Mereka sebenarnya sedang menjual satu produk yang bersifat intangible iaitu janji, ketenangan minda (peace of mind) dan perlindungan risiko masa hadapan.

  • Manusia secara psikologinya berat membelanjakan wang untuk sesuatu yang mereka harap tidak akan guna (seperti musibah atau kematian).
  • Disebabkan cabaran jualan (rejection rate) yang sangat tinggi, tahap tekanan dalam industri ini amat luar biasa. Anugerah yang kerap inilah yang menjadi ‘talian hayat’ untuk mengekalkan momentum dan membakar semangat mereka.

2. Budaya ‘Self-Reward’ untuk Menggantikan Gaji Tetap

Berbeza dengan pekerja makan gaji di sektor korporat biasa, majoriti ejen insurans dan takaful beroperasi atas dasar komisen penuh. Di sebalik gaya hidup mewah yang sering ditonjolkan, realitinya mereka tidak mempunyai jaringan keselamatan (safety net) seperti pekerja biasa:

Tiada Slip Gaji Tetap: Pendapatan mereka pada bulan itu adalah cerminan terus kepada usaha dan jualan mereka pada bulan tersebut. Jika tiada jualan, maka tiada lah pendapatan.

Tiada Bonus Tahunan Automatik: Pekerja makan gaji biasanya menanti bonus hujung tahun berdasarkan prestasi syarikat. Bagi ejen, ‘bonus’ mereka perlulah diusahakan sendiri melalui pencapaian KPI jualan tertentu yang telah ditetapkan.

Tiada Kenaikan Pangkat Tradisional: Dalam struktur pejabat biasa, anda bekerja keras untuk naik pangkat daripada Eksekutif ke Pengurus berdasarkan kekosongan jawatan. Dalam industri ini, kenaikan pangkat (contohnya menjadi Group Agency Manager) ditentukan sepenuhnya oleh berapa ramai ejen baru yang mereka bawa masuk dan berapa besar jumlah jualan kumpulan.

Memandangkan agensi mereka beroperasi seperti sebuah perniagaan sendiri, mereka mencipta sistem ganjaran dalaman untuk menghargai usaha setiap ejen, dari sekecil-kecil pencapaian bulanan sehinggalah anugerah global seperti MDRT (Million Dollar Round Table).

3. Pemasaran Media Sosial (Personal Branding)

Mungkin ada yang memandang sinis apabila melihat ejen memuat naik video berjalan di permaidani merah dengan suntingan video video ala selebriti, diiringi muzik latar yang penuh dramatik, serta berkongsi ucapan motivasi yang panjang lebar. Namun, dalam dunia perniagaan moden, ini bukan sekadar suka-suka tetapi adalah strategi penjenamaan diri (personal branding).

Dalam industri kewangan, prinsip asasnya mudah: “Orang tidak membeli produk, orang membeli siapa penjualnya.” Di sinilah mengapa elemen video gempak dan ucapan motivasi itu mainkan peranan besar.

Apabila seorang ejen menonjolkan diri mereka menerima anugerah, secara tidak langsung ia memberi isyarat kepada bakal pelanggan bahawa: “Aku ejen yang aktif, berprestasi tinggi, dan tak akan ‘hilang’ bila korang nak buat tuntutan (claim) nanti.” Video gempak itu adalah marketing tool untuk menarik pelanggan dan juga rekrut baru.


Budaya bersorak, memberi ucapan motivasi dan meraikan satu sama lain mungkin kelihatan agak ‘over-the-top’ bagi orang luar. Namun bagi warga industri kewangan, itulah bahan api yang memastikan mereka kekal bertahan dalam industri yang penuh dengan penolakan demi mencari rezeki.

Sama ada kita suka atau tidak dengan pendekatan pemasaran mereka, satu perkara yang pasti: strategi psikologi ini terbukti berkesan memacu industri ini untuk terus berkembang saban tahun.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anugerah seseorang ejen itu penting bagi anda sebelum mengambil polisi takaful?