Bursa Station vs ShareInvestor Station – Yang Mana Satu Untuk Saya?

Ada yang tengah shopping trading software terbaik untuk digunakan ketika nak jual beli saham? Masih keliru saham apa nak beli?

  • Ada 694 saham patuh syariah, mana satu nak beli ni?
  • Bila masa terbaik untuk beli saham?
  • Sering tersalah beli di puncak?
  • Masih harapkan buy call daripada berpuluh-puluh group yang anda join?

Mesti pernah dengar Bursa Station dan ShareInvestor Station ni kan? Dan kini anda pening kepala nak subscribe yang mana satu?

Apa kata kita tengok ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-duanya terlebih dahulu:

1. Bursa Station

Sumber: Bursa Station

2. ShareInvestor Station

Sumber: ShareInvestor Station

Bursa Station Dan ShareInvestor Station Dimiliki Owner Yang Sama

Kalau nak tahu, kedua-dua Bursa Station dan ShareInvestor Station adalah merupakan sebahagian daripada SPH Digital yang berpangkalan di Singapura. Patutlah dia punya ‘look and feel’ nampak macam sama, pemilik yang sama rupanya. Entah-entah developer yang sama juga yang membangunkan kedua-dua sistem ini.

SPH Digital juga memiliki jenama-jenama popular seperti berikut, ada yang online dan ada juga yang offline.

Eh, Berita Harian pun ada? The Straits Times? Jap, ini versi Singapura ya, tak sama dengan yang di Malaysia punya.

Perbezaan Bursa Station Dan ShareInvestor Station

Sekarang kita pergi pula kepada perbezaan di antara Bursa Station dengan ShareInvestor Station. Dengan menggunakan carta ciri-ciri seperti di atas, kita letakkannya sebelah menyebelah.

BursaStation ProfessionalShareInvestor Station
Market Data
Equities
Derivatives
Price Movements
Live PricesStreamingStreaming
Time & Sales
Trade Summary Matrix
Quote Movements
Intraday Market Ticker
Market Depth 5 Levels
Historical Price Data
Historical Price Download
Monitoring
Portfolio
Stock Alerts
Price Spread Calculator
Charts
Interactive Charts
News in Charts
Historical Charts
Volume Distribution Charts
Tick Charts
Dynamic TA (Technical Analysis) Charts Version 2OptionalOptional
Candlestick Patterns Recognition
TA (Technical Analysis) Formula Editor
Customisable Indicator Database
Enhanced Drawing Tools
Performance Comparison of Counters
Factsheet Charts
Trade Summary Charts
Fundamentals
Factsheets
Company Financials
Insider Trades
Streaming Fundamentals
Events Calendar
Dividend Analysis
Annual Reports
Stock Comparison
Consensus Estimates (Singapore)
Consensus Estimates (Malaysia)
Discussion Forum (Read and Post)
News
Live Bursa NewsStreamingStreaming
Dow Jones Newswires (Singapore)
Dow Jones Market Talk (South East Asia)
BT Breaking News
SGX Announcements / Bursa Link
Others
TA (Technical Analysis) Market Scanner
Dynamic Data Exchange (DDE)Optional
Initial Public Offering (IPO)
Customizable Layout and Templates
Mobile Platform
Native iPhone App
Native Android App

Kita boleh lihat bagaimana ShareInvestor mempunyai banyak kelebihan daripada:

  • Carta (Customisable Indicator Database, Enhanced Drawing Tools, Performance Comparison of Counters, Factsheet Charts dan Trade Summary Charts)
  • Fundamental (Events Calendar, Dividend Analysis, Annual Reports, Stock Comparison, Consensus Estimates (Singapore), Consensus Estimates (Malaysia) dan Discussion Forum (Read and Post)
  • News (Dow Jones Newswires (Singapore), Dow Jones Market Talk (South East Asia), BT Breaking News dan SGX Announcements / Bursa Link)
  • Mobile Platform (Native iPhone App dan Native Android App)
  • Pasaran Saham (Singapura dan Global)

Berbaloi jugalah untuk kita bayar lebih untuk ShareInvestor Station, dapat banyak kelebihan seperti yang dinyatakan di atas. Senang cerita, apa yang Bursa Station ada, ShareInvestor Station ada, ditambah lagi dengan kelebihan yang dinyatakan di atas.

Langgan software Bursa Station atau ShareInvestor di sini: Bursa Station / ShareInvestor

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA