10 Persediaan Memulakan Bisnes Sebelum Berhenti Makan Gaji

Terdapat pelbagai seminar keusahawanan yang dijalankan kini sama ada yang percuma atau berbayar untuk menarik lebih ramai kaum Bumiputera terlibat dengan perniagaan. Malah ada yang bersemangat dan nekad untuk terus berhenti kerja bagi memulakan bisnes. Tahukah anda lebih daripada 90% perniagaan gagal dalam tempoh satu tahun pertama?

Menjadi seorang usahawan berjaya bukan merupakan perkara yang mudah oleh itu, kami ingin kongsikan persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan bisnes sepeuh masa.

Perkongsian ini ditulis oleh Tuan Norizan Sharif, seorang pesara kerajaan yang kini sedang giat membangunkan perniagaan sendiri di luar negara.

1. Fikir habis-habis kenapa anda nak tinggalkan kerja yang ada gaji tetap untuk buat bisnes yang pendapatan tak menentu. Banyak bisnes bungkus. Anda bersedia?

2. Pastikan keluarga anda sokong niat nak buat bisnes. Apabila anda buat bisnes, merekalah tempat anda mengadu dan minta sokongan. Anda mungkin bersedia, tetapi suami dan isteri serta anak-anak mungkin tak bersedia. Selesaikan itu dulu sebelum berhenti.

3. Usah harapkan bos anda, staf anda, vendor dan orang yang pernah anda tolong dulu untuk bantu anda buat bisnes. Apabila anda melangkah keluar pejabat tanpa pangkat dan jawatan, orang sudah tidak peduli siapa anda lagi. Belajar untuk hidup sendiri tanpa mereka.

4. Banyak bisnes tak beri apa-apa pendapatan untuk beberapa bulan pertama. Bukan mudah nak dapat market traction. Walaupun bisnes tak masuk duit, anda tetap kena bayar sewa rumah dan kereta. Begitu juga dengan belanja anak-anak sekolah. Pastikan anda ada simpanan untuk enam bulan sehingga setahun. Kalau lagi banyak, lagi bagus.

5. Sebahagian besar bisnes lambat masuk duit terutama sekali “duit besar.” Pastikan anda ada strategi untuk buat pendapatan kecil sebelum dapat wang yang lebih banyak. Boleh saja sasarkan dapat RM1 juta selepas setahun, tetapi pastikan anda juga dapat RM1,000 sebulan sewaktu mula berbisnes. Apabila wang masuk (walaupun kecil), kita lebih bermotivasi untuk berbisnes.

6. Mula downsizing sewaktu bekerja. Kurangkan perbelanjaan. Ikat perut. Biasakan hidup susah sewaktu bekerja. Lupakan hotel lima bintang atau penerbangan kelas bisnes. Mula makan di gerai, bukan coffee house. Apabila buat bisnes nanti tak susah sangat nak buat penyesuaian sekiranya bisnes tidak berkembang laju seperti yang diharapkan.

7. Fokus kepada perkara-perkara asas yang membangunkan bisnes, bukan renda-renda bisnes. Usah travel sana, travel sini, meeting sana, meeting sini — sekiranya kesemua itu tidak membantu pertumbuhan bisnes. Sewaktu bekerja kita boleh meeting satu pagi atau pergi seminar sepanjang hari. Apabila buat bisnes, lihat semula adakah ia betul-betul membantu bisnes.

8. Mulakan bisnes sewaktu bekerja. Banyak kerja-kerja groundwork boleh dibuat awal. Buat business plan, validate idea dan produk sewaktu bekerja. Sebahagian aktiviti ini tidak mendatangkan apa-apa pendapatan. Usah tunggu berhenti kerja dulu baru nak buat kesemua itu.

9. Usah buat hutang untuk memulakan bisnes. Simpan wang modal sewaktu bekerja. Apabila cukup modal, baru berhenti. Bank atau institusi kewangan tak beri pinjaman perniagaan kepada bisnes baru. Kalau guna kad kredit atau pinjaman peribadi, kadar faedah yang dikenakan cukup tinggi. Usah jadi bodoh buat pinjaman sedangkan kita belum ada apa-apa pendapatan bisnes. Nak berkembang nanti, baru buat pinjaman.

10. Belajar berjalan sendiri. Apabila kita memilih untuk buat bisnes, kita sebenarnya memilih untuk berjalan seorang diri. Ada masa kita nampak dunia di depan cerah. Seringkali, kita nampak terowong gelap. Apa pun, teruskan berjalan. Ramai orang give up buat bisnes bukan pada peringkat awal, tetapi apabila mereka sudah hampir nak capai kejayaan!

Kredit: Norizan Bin Sharif

Alang-alang dah semangat nak mulakan perniagaan, boleh teruskan dengan membaca:

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.