Lambat Kahwin Berpunca Daripada Masalah Kewangan?

Baru-baru ini kami tertarik dengan topik berkenaan hasrat mereka yang bujang untuk berkahwin, tetapi banyak keadaan yang menghalangnya terutamanya yang berkaitan dengan kekangan kewangan. Rupa-rupanya, ia diambil daripada sebuah kajian yang dijalankan beberapa tahun yang lepas tetapi kini kembali hangat diperkatakan.

Jom kita dalami fakta-fakta yang disebut dalam laporan tersebut.

Kajian Keluarga dan Penduduk Malaysia Kelima 2014

Sumbernya adalah daripada Kajian Keluarga dan Penduduk Malaysia Kelima 2014 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Untuk fail PDF yang penuh, boleh muat turun di sini.

Siapa Yang Tak Nak Kahwin Kan?

Eh, ada rupanya yang taknak kahwin ni. Secara keseluruhannya, sebanyak 86.8 peratus penduduk bujang mempunyai hasrat untuk berkahwin. Hasrat untuk berkahwin adalah lebih tinggi di kalangan lelaki (90.7%) berbanding dengan perempuan (80.3%).

Sudah, kenapa lelaki yang beria-ia nak kahwin pulak? Perempuan kurang sikit.

Masalah Kewangan Punca Utama Tak Berkahwin

Analisis mengikut jantina yang dijalankan mendapati tiga sebab utama masih belum berkahwin bagi lelaki adalah

  • Masalah kewangan (56.0%)
  • Tiada calon sesuai (18.4%)
  • Ingin tumpukan kepada kemajuan kerjaya (9.4%)

Manakala tiga sebab utama masih belum berkahwin bagi perempuan pula adalah

  • Tiada calon sesuai (35.7%)
  • Masalah kewangan (26.0%)
  • Ingin menumpukan kepada kemajuan kerjaya (18.1%)

Kalau digabungkan kedua-dua keputusan bagi pihak lelaki dan perempuan, maka:

  • Masalah kewangan (41.0%)
  • Tiada calon sesuai (27.05%)
  • Ingin tumpukan kepada kemajuan kerjaya (13.75%)

Kos Kahwin Yang Mahal Merupakan Penyebab

Kahwin mesti nak buat yang grand-grand, maklumlah kahwin setahun sekali je kan? Kalau boleh nak buat kat hotel, makan nak yang sedap-sedap, perhiasan nak yang cantik-cantik, hadiah berkat bagi tetamu yang hadir nak yang mahal-mahal.

Tapi realitinya, mampukah kita untuk menanggung kos perkahwinan yang sebegitu rupa? Bukankah sederhana itu lebih baik?

Yang penting, tujuan kita buat majlis perkahwinan adalah untuk meraikan pasangan yang baru bernikah, nak bagi orang ramai tahu yang mereka sudah mendirikan rumahtangga, sambil dapat juga jumpa saudara-mara yang dah bertahun lamanya tak jumpa. Yalah, biasanya nak jumpa ramai-ramai ni time kenduri kahwin atau kematian sahaja.

Buatlah Perancangan Sebelum Nak Berkahwin

Biasanya kita dating dan bercinta bertahun-tahun baru plan nak kahwin kan? Bukan harini berkenalan, esok dah nak kahwin.

Oleh itu, buatlah perancangan yang sebaiknya. Bukan apa, kalau dah habis duit untuk majlis perkahwinan, lepas kahwin nanti dugaan yang lebih besar akan mendatang.

Jemput baca:

Belajar Melabur Untuk Tingkatkan Pendapatan

Bagi mereka yang sedang tercari-cari peluang untuk tambah pendapatan untuk berkahwin, ketahuilah cara untuk kembangkannya sebanyak 10% ke 30% dalam masa setahun atau tak sampai setahun, kami syorkan untuk hadir simposium ini.

Belajarlah dari pagi sampai ke malam.
Belajar sampai lebam.
Belajar dari orang yang betul.

Simposium ini dibarisi ahli-ahli panel yang hebat-hebat, sudah pasti ianya juga bakal pecah panggung. CEO Bursa Malaysia ada, pusat zakat ada, Pengarah DNEX Bhd ada, sifu-sifu Technical Analysis ada, ustaz-ustaz terkenal pun ada juga. Fuh, ustaz pun sempat melabur saham?

Korang tak minat saham Petron? Tak apa, boleh pilih 694 saham patuh syariah yang lain. Dah peram saham Nestle? Saham F&N? Saham Tenaga Nasional?

What, belum?

Tak perlu tunggu duit dalam bank ada RM100,000 baru nak mula, ada RM1,000 pun dah boleh mula melabur. Eh, RM100 pun boleh la bro.

Cepat rebut peluang untuk hadiri majlis ilmu yang cukup hebat ini. Daftar sekarang di sini!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Pelepasan RM1,000 ini meliputi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Tetapi ingat, RM1,000 itu ialah had terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat, jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.