Panduan Pengurusan Kewangan Untuk Pasangan Yang Baru Berkahwin

Musim cuti sekolah ini, pastinya ramai yang akan memilih tarikh ini untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Jika dulu kita hidup bujang kewangan diuruskan secara berasingan, sekarang setelah mendirikan rumah tangga pengurusan kewangan mestilah dijalankan bersama.

Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian Tuan Amir Syahir ini.

Korang baru berkahwin mesti dah habis banyak duit kan. Lepas kahwin lagi banyak duit nak guna. Jadi, korang kena la ada perancangan untuk hidup selepas kahwin juga. Jangan kumpul duit untuk buat belanja kahwin je. Kena fikir juga perbelanjaan selepas kahwin.

Berikut ada 10 panduan pengurusan kewangan buat pasangan muda yang baru berkahwin:

1. Beli Rumah Yang Kecil Dahulu

Beli rumah yang selari dengan perkembangan keluarga kau terlebih dahulu. Biar kecil asalkan ada tempat untuk keluarga kau berteduh daripada kau duk menyewa sampai ke tua. Tak payah nak ikut orang. Orang beli rumah banglo, kau pun nak ikut juga. Padahal kau tak tahu berapa gaji dia sebulan.

2. Beli Kereta Biar Sepadan Dengan Gaji

Belilah kereta yang rendah harganya. Keluarga kau masih kecil, elok beli kereta kecil dulu. Myvi, Viva atau Saga misalnya. Asalkan sampai ke destinasi yang dituju dan selesa untuk isteri dan keluarga kau. Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan kau. Tak payah nak lawan dengan kawan-kawan yang lain.

3. Jangan Ada Banyak Kad Kredit

Kad kredit tak payah banyak-banyak. Kalau suami dah ada kad kredit, isteri tak perlulah ada kad kredit lagi. Cukuplah satu untuk sekeluarga. Kalau kau bayar separuh je tiap bulan, baik tak payah guna kad kredit.

4. Buat Bajet Kewangan Keluarga

Cuba buat bajet kewangan setiap bulan. Baru kau tahu ke mana aliran wang kau pergi. Bajet kewangan penting untuk kau mengatur kewangan keluarga kau. Dah buat mestilah ikut ye.

5. Belanja Mengikut Kemampuan Kewangan

Bila kau tengok kawan universiti kau beli kereta baru, kau rasa nak tukar kereta baru. Bila kau tengok kawan Fesbuk kau pergi travel oversea, kau menggelupur nak pergi sama. Jangan begitu. Seeloknya kau tangguh dulu kehendak dan utamakan keperluan. Kalau kau orang ada-ada takpe la. Ikut kau la nak buat apa pun.

6. Elakkan Pembiayaan Peribadi Dan Hutang Yang Tidak Perlu

Kalau boleh jangan buat langsung pembiayaan peribadi. Kadar keuntungan bank tinggi. Melainkan hutang yang mampu mengembangkan lagi nilai bersih aliran tunai keluarga kau.

7. Simpan Untuk Masa Hadapan

Simpanan setiap bulan yang minima mengikut kemampuan kewangan secara konsisten. Bina tabung untuk masa depan, contohnya tabung pendidikan anak-anak menggunakan tools ASB Financing ataupun Tabung Haji. Simpanan untuk membina aset, simpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

8. Jangan Beli Perabot Baru

Kalau perabot tu masih baru, tak rosak jangan mengada nak beli baru. Ini tiap raya nak tukar baru je. Perkakas elektrik selagi belum rosak pun guna dulu. Gua sampai sekarang tak beli televisyen lagi. Tidur pun guna tilam lipat. Rilek je dapat anak. Haha.

9. Cipta Tabung Berwarna

Cipta tabung berwarna biru (RM1), hijau (RM5), merah (RM10), oren (RM20). Ikutla mana yang kau suka. Membina tabung berwarna keluarga lagi seronok rasa nak menyimpan. Gua buat tabung hijau je.

10. Perbanyakkan Sedekah

Selalunya jika kau rajin bersedekah, kau akan murah rezeki. Rezeki yang datang tanpa kau duga. Kau sekeluarga tidak akan miskin jika melakukannya. Lagi banyak kau bagi kat orang, lagi banyak Tuhan bagi kat kau.

Yang baru berkahwin tu, tahniah gua ucapkan. Semoga bahagia selalu.

Bila baru kahwin, bersederhanalah dalam setiap perbelanjaan. Lebih baik simpan duit untuk perbelanjaan yang lebih penting. Jangan ikut hati sangat semasa berbelanja. Kalau suami kau jenis boros, nasihat la sikit. Begitu juga sebaliknya.

Akhir kata, berpada-padalah dalam berbelanja. Rancang kewangan keluarga kau dengan sebaik-baiknya. Bak kata pepatah, “belanja cermat, poket selamat”. Kah!

Sumber: Amir Syahir

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Hidup Sebenar Bermula Selepas Berkahwin

Kahwin tu baru merupakan langkah pertama untuk menjalani kehidupan sebenar, sehingga ke jannah. Jadi kalau first step pun dah salah, takut nanti merana pula sampai ke tua.

Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Ramai sebenarnya yang bergaduh pasal kewangan, lebih spesifik tak cukup duit. Tengok saja statistik perceraian di atas.

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang meningkat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit merosot kepada 4.4785/4970 berbanding dolar AS daripada 4.4550/4600 pada Jumaat lepas.  

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY mendapat momentum kepada 109.258 mata selepas Trump mengeluarkan perintah eksekutif untuk menaikkan tarif import kepada 25 peratus untuk import dari Kanada dan Mexico serta 10 peratus untuk import dari China.

“Langkah ini akan berkuat kuasa pada Selasa. Ini menandakan bermulanya perang perdagangan apabila negara-negara yang terjejas mula melaksanakan tindakan balas mereka,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Mohd Afzanizam berkata ini akan membawa kepada langkah menghindari risiko berikutan ia mewujudkan ketidakpastian yang lebih besar mengenai impaknya terhadap inflasi AS dan tindak balas Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Katanya Fed berkemungkinan akan lebih berhati-hati kerana trajektori inflasi yang dijangka kekal tinggi.

Oleh itu, katanya ringgit mungkin stabil pada paras semasa tetapi risiko penurunan kekal ketara berikutan perang perdagangan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama dan mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.5878/6067 daripada 4.6247/6299 pada Jumaat lepas dan naik berbanding pound kepada 5.5041/5268 daripada 5.5336/5398. Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8819/8942 daripada 2.8798/8832.

Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.2726/2868 daripada 3.2854/2896 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1535/2187 daripada 13.2274/2498 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 274.6/275.9 daripada 273.2/273.6 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.71 daripada 7.63/7.64.

— BERNAMA