Saudi Aramco Tandatangani Perjanjian Bernilai $27.5 Bilion Dengan Pembekal-pembekal di Forum Penyetempatan IKTVA Tahunan

DHAHRAN, Arab Saudi, 27 November 2018/PRNewswire/ —

Acara tarik 1000 pembekal antarabangsa, domestik dan 4000 hadirin dari 40 negara bagi membantu membina rantaian bekalan bertaraf dunia dan sektor tenaga tempatan yang kompetitif di peringkat global disediakan untuk pertumbuhan negara  

Syarikat tandatangani perjanjian bernilai $27.5 bilion dalam 31 penandatanganan kolaborasi komersial

Saudi Aramco anjurkan Forum & Pameran IKTVA ke-4 minggu ini di Pusat Ekspo Dhahran di Dammam, berjaya menarik lebih 1,000 pembekal perkhidmatan dan peralatan sektor tenaga tempatan dan antarabangsa, pengeluar dan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana untuk meninjau peluang-peluang pelaburan yang tersedia dengan Saudi Aramco dalam sektor huluan, kimia, utiliti, bukan logam, IT dan keselamatan siber, serta segmen-segmen lain.

Acara utama tahunan itu menyokong program In Kingdom Total Value Add (IKTVA), strategi penyetempatan Saudi Aramco untuk membina rantaian bekalan bertaraf dunia dan mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai hab tenaga yang kompetitif di peringkat global selari dengan Wawasan 2030, program pempelbagaian ekonomi Kerajaan Arab Saudi.

Diadakan pada 26-27 November di bawah naungan YAM Putera Saud bin Nayef bin Abdulaziz Al Saud, gabenor Wilayah Timur, Forum ini menawarkan pembentangan, bengkel dan panel mengenai amalan terbaik dalam menavigasi aspek-aspek berkenaan seperti keperluan pengawalseliaan, pembiayaan, R&D dan pembangunan bakat.

Selain menandatangani MoU dan kolaborasi komersial, satu program penganugerahan telah diadakan bagi meraikan kisah-kisah kejayaan program berkenaan untuk tahun ini (syarikat-syarikat yang menerima anugerah disenaraikan di bawah).

Penyertaan IKTVA adalah wajib untuk setiap pembekal Saudi Aramco, memandangkan program ini menyasarkan untuk mencapai 70 peratus kandungan tempatan, mencipta ribuan peluang pekerjaan dan mengeksport 30 peratus barangan tenaga tempatan dan output perkhidmatan menjelang tahun 2021. Perkongsian dapat menyokong kandungan tempatan dengan menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, latihan dan pembangunan serta R&D. Menjelang tahun 2030, program ini menyasarkan untuk menubuhkan 30 pusat latihan dengan membantu mempersiapkan 360,000 siswazah yang berkemahiran tinggi untuk melakukan pekerjaan masa depan.

Sebagai balasan, syarikat-syarikat dengan kehadiran tempatan dapat memanfaatkan lebih SAR 1.7 trilion yang dibelanjakan oleh Saudi Aramco terhadap peluang-peluang penyetempatan sepanjang dekad akan datang.

“Forum IKTVA 2018 kami menandakan usaha yang sudah di pertengahan menuju matlamat kandungan-tempatan kami dan acara ini telah menekankan sifat saling menguntungkan program kami dengan banyak pembekal antarabangsa kami yang meningkatkan bahagian pasaran mereka atau memindahkan pengilangan mereka ke Kerajaan Arab Saudi,” kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H. Nasser. “Sepanjang acara selama dua hari itu, kami menandatangani perjanjian bernilai $27.5 bilion menerusi sejumlah 31 kolaborasi komersial. Syarikat-syarikat yang melabur di sini mempunyai kedudukan ideal untuk mendapat manfaat selanjutnya menerusi penandatanganan kami bulan lalu iaitu bernilai SAR 125 bilion dalam perniagaan di Inisiatif Pelaburan Masa Depan di Riyadh, yang kebanyakannya akan memberi impak langsung kepada IKTVA. Setakat ini, 51 peratus daripada setiap riyal yang diperuntukkan oleh Saudi Aramco untuk bahan dan perkhidmatan dibelanjakan di kawasan setempat.”

Forum & Pameran IKTVA tahunan ialah acara rantaian bekalan tenaga global yang terkemuka, mendorong nilai domestik tambahan dan memaksimumkan pertumbuhan jangka panjang yang mampan untuk ekonomi Kerajaan Arab Saudi yang berubah-ubah.

Acara ini berjaya menarik lebih 1,000 syarikat; kira-kira 4,000 peserta dari 40 negara; dan lebih 80 pempamer.

MoU dan kolaborasi komersial melibatkan syarikat-syarikat dan entiti-entiti berikut:

  • Offshore Oil Engineering Co. Ltd.
  • Sapura Fabrication Sdn
  • Consortium of Lamprell Energy and Boskalis Westminster
  • Consortium of Technip Italy and Malaysia Marine & Heavy Engineering
  • National Petroleum Construction Company
  • Baker Hughes, a GE Company
  • Schlumberger
  • Siemens
  • Saudi Arabia Industrial Development Fund
  • PowerChina
  • ABB
  • Leading National Academy, Technical & Vocational Training Corp, Dana Pembangunan Sumber Manusia serta Kementerian Buruh dan Pembangunan Sosial
  • Gulf Chemicals & Industries Oils Company
  • Yokogawa
  • Schneider Electric Company
  • Honeywell
  • Emerson
  • Saudi Mechanical Industries
  • Weir Arabian Metal/Weir Group
  • TechnipFMC
  • Ensco
  • Shelf Drilling Group
  • Noble
  • Larsen & Toubro
  • Gulf Heavy Industries
  • Al-Khonaini International Company
  • Hadi Hammam Al Hammam Holding Company
  • Leanardo Helicoptors & Lamar Holding Company
  • Airbus & Al-Qahtani Aviation
  • Leading National Academy (LNA) & National Power Academy (NPA)

Pemenang-pemenang Anugerah Kecemerlangan IKTVA 2018:

  • Prestasi IKTVA Keseluruhan Terbaik, Schlumberger Middle East
  • Peningkatan Prestasi IKTVA Lebih Baik Tahun-ke-Tahun, Tecnicas Reunidas
  • Latihan & Pembangunan Terbaik, Nasser S. Al-Hajri Corp.
  • Pembangunan PKS Terbaik, Baker Hughes General Electric
  • Skim Pemiliknegaraan Saudi Terbaik, Arabian Drilling Company
  • Eksport Terbaik, Saudi Arabian Amiantit Company.

Latar Belakang Saudi Aramco

Saudi Aramco ialah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terkemuka di dunia. Kami didorong oleh kepercayaan teras kami bahawa tenaga merupakan suatu peluang. Bermula dengan menghasilkan kira-kira satu daripada setiap lapan tong bagi bekalan minyak mentah dunia kepada pembangunan teknologi tenaga baharu, pasukan global kami berdedikasi untuk mencetuskan impak positif dalam segala-gala yang kami lakukan. Kami menumpu untuk menjadikan sumber kami lebih mampan dan lebih berguna, menggalakkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan kemakmuran di seluruh dunia. http://www.saudiaramco.com

Sumber: Saudi Aramco

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.