Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung November 2018

(Bacaan ini sesuai untuk mereka yang aktif berdagang di pasaran saham)

Ramai yang menangis apabila Tragedi Oktober melanda, dengan kebanyakan saham-saham menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Indeks FBMKLCI pula turun sebanyak 4.83% dalam tempoh sebulan.

Kejatuhan ini nampaknya berterusan dalam bulan November.

Sumber: Screener iSaham

Indeks FBMKLCI 1 November 2018: 1,706.90 Mata

Indeks FBMKLCI 8 November 2018 Paras Tertinggi Bulan November: 1,726.10 Mata

Indeks FBMKLCI 30 November 2018 Paras Terendah Bulan November: 1,677.50 Mata

Indeks FBMKLCI 30 November 2018: 1,679.90 Mata

Penurunan Sebulan: 27.0 Mata atau -1.58%

Pada awal bulan November, kelihatan seperti hendak membuat reversal – namun tidak cukup kuat. Kemudiannya FBMKLCI seperti membuat pergerakan sideways pula selepas itu.

Namun, masih banyak syarikat yang mampu memberikan pulangan yang tinggi. Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung November 2018 seperti berikut:

Sumber: Screener iSaham

1. Tiger Synergy

Sumber: Bursa Marketplace

2. Permaju Industries

Sumber: Bursa Marketplace

3. Dufu Technology Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

4. Revenue Group

Sumber: Bursa Marketplace

5. PJBumi Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. BTM Resources

Sumber: Bursa Marketplace

7. Resintech Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

8. Ancom Logistics

Sumber: Bursa Marketplace

9. Aturmaju Resources

Sumber: Bursa Marketplace

10. LFE Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Banyak Saham ‘Sikat’ Dalam Senarai

Walaupun pasaran saham kelihatan lemah, itu tidak bermakna kita tiada peluang untuk membuat keuntungan yang besar dalam pelaburan saham. Tapi nampak gayanya, bulan November meriah dengan saham-saham yang berbentuk ‘sikat’ yang tidak sihat sebenarnya.

Cuma Dufu dan Revenue saja saham berharga di atas RM1 dan mempunyai kekuatan daripada segi Fundamental. Sebab itulah penting untuk kita mempunyai Trading Plan dan Cut Loss apabila perlu.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kajian Segmen Pasaran SC Perkukuh Rangka Kerja Pasaran Awam

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula serta Kertas Respons, memperkenalkan penambahbaikan bersasar terhadap rangka kerja pasaran utama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan akses kepada penyenaraian awam bagi penerbit, di samping memperjelas peranan serta memperkukuh pembezaan antara setiap segmen pasaran seperti berikut:

  • Pasaran Utama  – Pasaran utama bagi syarikat lebih besar dan dikenali
  • Pasaran ACE        – Pasaran bagi syarikat kecil dan sederhana yang berfungsi sebagai laluan peralihan ke Pasaran Utama

Penambahbaikan ini adalah susulan proses rundingan awam yang telah selesai  pada Disember 2025 di bawah kajian segmentasi pasaran, dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Cadangan yang diterima pakai bagi Pasaran Utama akan berkuat kuasa pada 3 Jun 2026 melalui Garis Panduan Ekuiti yang disemak semula.

Pengerusi SC, Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan SC terhadap pengawalseliaan yang bersesuaian dengan tujuan (fit-for-purpose) — seimbang, memudah cara serta responsif terhadap  evolusi model perniagaan.

“Usaha ini menyokong inisiatif lebih luas SC dalam meningkatkan kecekapan kawal selia dan kecemerlangan tadbir urus seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030,” katanya.

Penambahbaikan utama termasuk:

  • Pasaran Utama: Keperluan keuntungan yang lebih tinggi, kualiti pelaporan kewangan yang diperkukuh, penambahan fleksibiliti dalam penilaian aliran tunai operasi serta peluasan kelayakan bagi penyenaraian berasaskan infrastruktur.
  • Pasaran ACE: Diperkukuh sebagai pasaran berasaskan penaja (sponsor-driven), dengan keperluan rekod prestasi minimum dua tahun selepas penyenaraian sebelum boleh dipindahkan ke Pasaran Utama, pemansuhan pengecualian terhadap penajaan dan moratorium, serta pengenalan keperluan peruntukan pegangan saham awam minimum.

Dato’ Faiz menambah, “Secara keseluruhannya, segmentasi yang lebih jelas ini memperkukuh pembezaan antara lapisan pasaran, meningkatkan kualiti penyenaraian serta menyediakan laluan peralihan yang lebih tersusun bagi syarikat untuk berkembang daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman berikut: