Gelak Ketawa Penawar Paling Mujarab Di Dalam Talian

  • Pelawak terkenal Harith Iskander sertai Skuad Selebriti Shopee
  • Klik untuk gelak ketawa kerana The Joke Factory by Harith Iskander kini di Shopee

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2018 – Bak kata pepatah Inggeris lama, “Laughter is the Best Medicine” (Gelak Ketawa Penawar Paling Mujarab). Menyedari hakikat ini, Shopee membawakan lawak jenaka kepada pelanggan menerusi pelawak disanjungi ramai, Harith Iskander.

Memandangkan hidup kita begitu sibuk sekarang dengan mengejar sasaran mingguan, menghadiri pelbagai mesyuarat dan membersihkan rumah selepas penat bekerja sehari suntuk, ada di antara kita yang mungkin tidak sempat untuk berehat, malah tiada masa untuk ketawa. Kajian dan penyelidikan mendapati bahawa terdapat hubung kait antara ‘gelak ketawa’ dan ‘kesihatan’, kerana gelak ketawa ternyata baik untuk kesihatan.

Untuk menggalakkan rakyat Malaysia melapangkan fikiran dan menghiburkan hati, Harith akan menyertai Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti Shopee) dan membuka kedai rasmi The Joke Factory (TJF) di platform tersebut.

Beliau menyusuli Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Ummi Nazeera, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah yang juga mempunyai kedai rasmi di Shopee.

Di kedai rasmi TJF, pengguna Shopee mempunyai pelbagai pilihan persembahan harian yang boleh disaksikan mereka, dan membeli tiket untuk persembahan tersebut dengan mudah. Kedai tersebut juga akan menjual barangan dan pakej makanan untuk menawarkan pengalaman komedi yang menghiburkan rakyat Malaysia.

The Joke Factory di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur, diperkenalkan oleh Harith dan isterinya Dr. Jezamine Lim Iskander pada Ogos 2018. Sebagai Pentas Komedi Terulung di Malaysia, ‘kilang’ ini sedia menawarkan hiburan ala Malaysia bertaraf antarabangsa dan juga makan minum untuk menambat selera penonton.

Selain daripada pementasan dalam Bahasa Inggeris, terdapat juga barisan penghibur yang membawakan persembahan lawak jenaka dalam Bahasa Malaysia, Tamil, Kantonis dan Mandarin.

Di sinilah juga tempatnya kedai rasmi TJF by Harith Iskander di Shopee, dilancarkan dan disaksikan oleh tetamu jemputan dan wakil media. Mereka juga berpeluang menyaksikan persembahan oleh Harith sendiri, dan semua tidak kering gusi dan terhibur dengan lawak jenaka dan gelagatnya di atas pentas.

Harith telah meningkat naik daripada seorang pelawak tempatan menjadi juara lawak dunia yang mengharumkan nama Malaysia di persada komedi antarabangsa sebanyak dua kali. Beliau bukan sahaja memenangi gelaran “Funniest Person In The World” (Orang Paling Lawak Di Dunia) 2016 anjuran Laugh Factory, tetapi turut merupakan pelawak pertama di Asia Tenggara yang mempunyai rancangan komedi khas original bertajuk “I Told You So” di Netflix.

“Memang misi saya adalah untuk menyebarkan senyuman dan keceriaan dalam pelbagai cara kepada rakyat Malaysia. Saya dan isteri sentiasa mencari cara yang menarik untuk memastikan dunia hiburan tempatan kekal segar dan relevan. Kami teruja untuk menyertai Skuad Selebriti Shopee dengan barisan selebriti luar biasa yang menawarkan produk masing-masing di Shopee.

Platfrom Shopee membolehkan kami mencapai 16 juta pengguna, membawakan kami mendekati rakyat Malaysia sambil kami terus berusaha menyebarkan keseronakan dan berkongsi lawak jenaka yang menceriakan hidup dan menghiburkan hati mereka. Kami berharap untuk terus menjalin kerjasama jangka panjang yang menyeronokkan sambil kami berkembang maju bersama menawarkan yang terbaik kepada rakyat Malaysia,” ujar pelawak terkenal dan pengasas bersama TJF ini.

Skuad Selebriti Shopee dilancarkan pada bulan Mei 2018, untuk membolehkan peminat dan pengguna Shopee membeli produk yang ditawarkan khas oleh selebriti kegemaran mereka dengan mudah.

Setakat ini, terdapat lebih 20 selebriti yang memanfaatkan platform ini dan lebih ramai lagi yang akan turut serta pada bulan-bulan akan datang.

Dengan matlamat untuk meluaskan pendedahan jenama masing-masing, Skuad Selebriti Shopee akan menggunakan pelbagai saluran pemasaran termasuk portal dalam aplikasi, media sosial dan banyak lagi. Selain daripada menyediakan platfrom digital untuk selebriti mengetengahkan jenama mereka, Shopee juga bekerjasama dengan selebriti dalam pelbagai aktiviti luar talian yang merapatkan hubungan antara peminat dan selebriti. Ini termasuk sesi bertemu peminat, pameran bergerak dan acara.

“Menerusi pelbagai inisiatif ini, Shopee telah membantu meningkatkan jualan kedai-kedai yang turut serta sebanyak 10 kali ganda. Sebagai bukti, SIMPLYSITI oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin mencatatkan peningkatan pesanan sebanyak 112% pada Shopee 9.9 Super Shopping Day (Hari Beli-Belah Hebat 9.9 Shopee) berbanding hari biasa. Pada hari Shopee 11.11 Big Sale (Jualan Besar-Besaran 11.11 Shopee), Skuad Selebriti Shopee menerima purata 7 kali peningkatan pengunjung berbanding hari biasa. Dengan penyertaan The Joke Factory oleh Harith di platform ini, Shopee boleh menambah satu lagi pilihan produk menarik kepada pengguna kami. Pengguna kami pasti gembira untuk mendapatkan maklumat terkini dan juga promosi menarik yang ditawarkan oleh The Joke Factory menerusi platfrom ini,” kata Rachel Tan, Ketua Pemasaran, Shopee Malaysia.

Tiket persembahan menerusi kedai rasmi The Joke Factory di Shopee boleh didapati mulai 20 Disember 2018 untuk persembahan yang akan diadakan pada 2019 kerana tirai pementasan pada tahun ini sudah dilabuhkan. Dari 20 Disember hingga 27 Disember 2018, pengguna Shopee berpeluang untuk mendapat potongan 30%, terhad kepada RM20 untuk tiket persembahan. Taip kod promosi HARITH20 sebelum membuat pembayaran; terhad kepada satu kod setiap pengguna.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/thejokefactory.os


Mengenai The Joke Factory

The Joke Factory dijangka menjadi tempat persembahan stand-up komedi utama di Asia yang menampilkan pelawak tempatan dan antarabangsa. Selain menjadi sebuah gelanggang untuk persembahan live komedi di Lembah Klang, The Joke Factory bertujuan untuk menjadi sebuah hab komunal untuk Pendidikan Komedi & Kesenian serta pusat pergerakan belia untuk menggalakkan program tanggungjawab sosial dalam usaha untuk mewujudkan tujuan kedermawanan di sebalik penubuhannya. Ia juga bertujuan untuk menyokong program pembangunan dan kesedaran mengenai isu-isu sosial mengenai kanak-kanak berkeperluan khas, yang kurang bernasib baik serta isu-isu kesihatan yang menjejaskan kesejahteraan komuniti hari ini.

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.