Kenapa Perlu Melabur Saham? Anak Muda Ini Berkongsi 5 Kelebihannya

Paling utama, dengan melabur saham, kita buat duit kita bekerja untuk kita untuk menghasilkan lebih banyak duit.

Pelaburan saham telah terbukti secara konsisten menjadi salah satu bentuk pelaburan yang paling menguntungkan! Sebab itu, institusi kewangan seperti KWSP, PNB, LTAT malah syarikat takaful/insurans juga melabur dalam pasaran saham untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.

Baca juga : Dekat mana KWSP laburkan RM700 bilion duit kita?

Dengan keuntungan tersebutlah, mereka akan berikan kepada pencarum dan pelabur dalam bentuk dividen.

5 Kelebihan Melabur Saham

  • Kita boleh membuat urusan jual dan beli saham pada bila bila masa. Kos transaksi juga agak rendah.
  • Kita juga bebas melabur di mana sahaja kita berada dan pada bila bila masa.
  • Untuk awasi pelaburan kita pun senang sekarang, tak kisah pergi melancong ke luar negara pun boleh tengok dengan menggunakan handphone sahaja.
  • Kita mampu mengawal pelaburan kita sepenuhnya untuk memaksimumkan pulangan dan juga mengawal risiko pelaburan.
  • Pelaburan saham boleh dijangka jika kita tahu apa yang kita buat.

Tapi Kena Ingat:

  1. Pasaran saham boleh mengalami keadaan yang volatile, di mana kadar naik turun saham boleh jadi terlalu tinggi dalam masa yang singkat.
  2. Kita WAJIB mempunyai ilmu, sama ada ilmu teknikal atau fundamental dan elakkan tips atau rumors dari sumber yang tidak dapat disahkan.
  3. Kena awasi pelaburan kita. Dengan adanya aplikasi saham Maybank Trade di handphone, kita juga boleh letakkan alert jika harga itu naik atau pun turun pada harga yang kita tetapkan.
  4. Melabur saham ni juga kena disiplin. Kita kena tahu bila kita patut beli dan bila kita patut jual berdasarkan harga signal beli dan jual yang telah kita tetapkan.

Boleh Ke Orang Biasa Dapat Untung Dari Pasaran Saham?

Saya selalu dengar ramai orang cakap ‘kalau saya ada banyak duit, memang saya nak sangat melabur dalam saham’ atau ‘saham ni untuk orang have-have je’. Ramai yang berpendapat nak dapat keuntungan dari pasaran saham kena jadi kaya dulu atau kena jadi trader sepenuh masa atau pun kena jadi pandai ‘gila’ dalam bab kewangan.

Sebenarnya tak pun.

Dari pengalaman saya, client yang buat keuntungan banyak bukannya yang jenis beli dan jual hari-hari. Ada juga yang masih belajar di universiti, melabur dalam saham dengan modal yang agak rendah dan keuntungannya setara dengan modalnya. Kena realistik. Saya bagi 1 senario:

Pak Kodi bekerja di sebuah kilang elektronik dengan pendapatan RM43,000 setahun. Selepas bayar sewa rumah, motor dan perbelanjaan harian, Pak Kodi berjaya menyimpan RM2,000 dalam tempoh 6 bulan dan dia ingin melabur dalam pasaran saham. Pak Kodi membeli 2,000-unit saham syarikat getah XYZ pada harga RM0.80/saham (RM1,600). Dia juga perlu membayar RM30.48 kos transaksi pembelian saham tersebut. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM1,630.48.

3 bulan kemudian, Pak Kodi ingin menjual sahamnya setelah melihat prestasi syarikat getah XYZ dan harga sahamnya telah meningkat menjadi RM1.00/saham. Jumlah jualan sahamnya adalah RM2,000. Dia juga perlu membayar RM30.60 kos transaksi penjualan tersebut, di mana hasil akhir penjualannya menjadi RM1,969.40. Jadi keuntungan yang Pak Kodi dapat adalah RM338.92.

RM338.92 mungkin tak banyak tapi kena ingat Pak Kodi cuma melabur RM1,630.48 je dalam tempoh 3 bulan. Itu bersamaan keuntungan sebanyak 20.79%, lagi elok dari dia biarkan duit dalam akaun simpanan.

Kesimpulannya, tak perlu pun modal yang besar untuk melabur. Ianya perlu bersesuaian dengan risiko dan jangka masa pelaburan anda. Jika pelabur mempunyai modal yang lebih besar, pelabur akan dapat lebih banyak pilihan saham yang lebih berkualiti untuk dibeli.

Belajar Dengan Anak Muda Yang Hensem, Berpengalaman Dan Bertauliah

Artikel ini ditulis oleh Tuan Azmi Mohd Amin yang turut mengendalikan kelas saham khas untuk pelabur baru yang zero knowledge. Bagi mereka yang di Sabah, bolehlah menuntut ilmu dengan beliau di Kota Kinabalu pada 19 Januari 2019.

Beliau juga mengadakan kelas setiap bulan di Dataran Maybank. Tarikh kelas saya seterusnya adalah pada 26 Januari 2019.

Sekiranya anda berminat menyertai kelas dan membuka akaun CDS dengan Maybank, boleh rujuk maklumat kelas di Facebook Azmi Mohd Amin Stockbroker atau hubungi beliau di 016-4469288.

Azmi Mohd Amin (MSTA, CFTe)
Remisier, Maybank Investment Bank Berhad

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.