Penyedia Teknologi Kewangan Clickatell Rangkul Anugerah Menerusi Perbankan Sembangnya pada Tawaran WhatsApp

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 21 Disember 2018 /PRNewswire/ —

Clickatell telah merungkai kemungkinanan untuk beberapa bank besar di seluruh Afrika, mendorong Rangkuman Kewangan dan meraih pengiktirafan daripada organisasi-organisasi industri yang berprestij.

Usaha Clickatell ke arah perdagangan konvensional bermula pada tapak yang kukuh dengan kejayaan pengenalan Perbankan Sembang pada WhatsApp yang membolehkan bank-bank berhubung dan berurus niaga dengan pelanggan mereka di saluran pilihan mereka. Penyelesaian mereka hari ini memperkasa Perbankan Sembang untuk Absa, GT Bank, First Bank of Nigeria dan UBA dengan banyak lagi pilihan yang bakal muncul pada masa terdekat. Clickatell berbangga dapat menjadi peneraju pasaran yang menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman pengguna, mewujudkan rangkuman kewangan dan meningkatkan kemajuan teknologi dalam industri perbankan.

“Kami teruja dan rendah hati dengan pengiktirafan pasaran melalui anugerah-anugerah yang telah kami menangi pada tahun 2018. Kami berharap dapat terus menyampaikan misi kami untuk menjadikan perbualan antara perniagaan dan pelanggan mereka mudah, tepat pada masanya dan menyeronokkan,” kata Pieter De Villiers, Ketua Pegawai Eksekutif Clickatell.

Clickatell telah memenangi anugerah-anugerah berikut pada tahun 2018:

“Inisiatif, Aplikasi atau Program Pemberian Pinjaman Terbaik 2018 – Afrika Barat” daripada Asian Bankers.

Anugerah Asian Banker mempunyai kriteria penilaian yang ketat dan merupakan penanda aras untuk inovasi teknologi global, merupakan pasaran yang semakin bersemangat dan kompetitif, dengan lebih 150 penyertaan setiap tahun.

Anugerah “10 Syarikat Kewangan Terbaik” daripada FiNext

FiNext menyediakan platform untuk sektor Teknologi Kewangan global, membolehkan syarikat baharu, PKS, penyedia teknologi penting, pelabur, institusi kewangan dan pemegang kepentingan lain untuk berhubung dan berinteraksi di bawah satu bumbung. Anugerah FiNext Tech mengiktiraf usaha-usaha oleh para pemimpin pemikiran Teknologi Kewangan dan pencetus inspirasi untuk industri ini.

“Produk Rangkuman Kewangan Terbaik Tahun 2018” daripada Kalahari

Anugerah Kalahari dikhususkan untuk mengiktiraf daya kreativiti dan kecemerlangan dalam industri pembayaran digital dan pengiriman wang di seluruh Afrika.

“Penyelesaian Teknologi Kewangan Terbaik 2018” daripada Apps Africa

Anugerah AppsAfrica.com meraikan yang terbaik dalam mudah alih dan teknologi dari seluruh Afrika, menonjolkan inovasi-inovasi terbaik dari benua ini dalam 14 kategori. Dengan tumpuan pada inovasi dan impak sosioekonomi melalui teknologi dan inovasi, calon-calon berdepan dengan piawaian kriteria pertandingan dan penilaian yang tinggi.

Hubungi kami melalui [email protected] atau kunjungi kami di http://www.clickatell.com untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana Clickatell dapat membantu mempercepatkan keperluan komunikasi dan penglibatan pelanggan anda.

Sumber: Clickatell

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.