Locus Chain Bakal Lancar Platform Bursa Aset Digital Di Dubai

Locus Chain Foundation bersiap sedia lancar platform bursa aset digital pertama syarikat di Dubai, Bursa Aset Digital Locus Chain (Locus DAX)

SINGAPURA, 21 Disember 2018 /PRNewswire/ — Locus Chain Foundation yang beribu pejabat di Singapura, pembangun protokol rantaian blok revolusioner generasi berikutnya, hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan platform bursa aset digital inovatif, Locus DAX di Dubai, pada suku pertama tahun 2019.

Locus DAX akan membolehkan pengguna membeli, menjual dan mendagangkan mata wang digital termasuk mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Ethereum dan Locus Token (mata wang digital milik Locus Chain). Bursa ini juga akan menyediakan fungsi saling boleh kendali dan akaun kewangan, justeru membolehkan pengguna membeli mata wang kripto menggunakan mata wang fiat seperti USD dan AED.

Yang Maha Mulia Sheikha Moaza Obaid Suhail Al Maktoum, pengasas bersama Locus DAX dan penasihat kanan Locus Chain, berkata, “Terletak secara strategik antara Afrika, Asia dan Eropah, Dubai berada di persimpangan antarabangsa antara perniagaan dan pelaburan serta dengan pesat menjadi hab bursa digital rantau ini. Kami menjangka untuk menarik pelabur-pelabur dari seluruh rantau selain di peringkat antarabangsa, tatkala inovasi dalam rantaian blok terus menarik minat mendalam daripada kerajaan dan perniagaan persendirian. Apabila anda turut mengambil kira kecairan GCC, kami yakin bahawa Locus DAX berkedudukan unik untuk menyediakan perkhidmatan dalam bidang yang semakin berkembang ini, dan pantas menjadi bursa yang mendapat tempat di peringkat global.”

En. Sang Yoon Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Locus Chain dan pengasas bersama Locus DAX, berkata, “Strategi Rantaian Blok UAE 2021 adalah lebih bercita-cita tinggi berbanding mana-mana negara dalam membenamkan teknologi rantaian blok dalam bidang umum. Kami percaya pelancaran Locus DAX di Dubai dapat mengukuhkan lagi reputasi Dubai selaku salah satu pusat kewangan utama dunia sekaligus memberikan kami peluang untuk menjadi salah satu persimpangan kritikal dalam bidang teknologi, perdagangan dan pelaburan.”

Dubai telah memulakan rancangan bercita-cita tinggi untuk menjadi bandar pertama di dunia yang mempelopori sistem e-kerajaan yang beroperasi sepenuhnya pada rantaian blok menjelang tahun 2020. Kerajaan berharap dapat menjimatkan sebanyak USD 1.5 bilion dan 25.1 juta jam tenaga buruh setiap tahun apabila rancangan tersebut dilaksanakan sepenuhnya, dengan perkhidmatan seperti memproses permohonan visa, merekodkan maklumat pendaftaran tanah dan membuat bayaran bil, kesemuanya dijangka dapat dilakukan melalui rantaian blok.

Pengumuman Locus DAX dibuat susulan lebih 40 perjanjian dimeterai bersama organisasi dan kerajaan dari negara-negara berbeza untuk melaksanakan teknologi rantaian blok dan mata wang digital Locus Chain, seperti Bandar Ekonomi Tunisia dan Bandar Eko Uganda, selain projek-projek dengan negara-negara Afrika lain termasuk Republik Demokratik Congo, Malawi dan Mauritius. Baru-baru ini, Locus Chain turut menembusi pasaran India menerusi perjanjian untuk mengaplikasikan teknologi rantaian blok pada platform pengembaraan dan pelancongan Let’s Fly Free. Dengan pejabat-pejabat di Korea Selatan, Jepun, UAE dan Mauritius, Locus Chain Foundation Pte. Ltd. Singapore merupakan subsidiari Bloom Technology.

Latar Belakang Locus Chain Foundation

Locus Chain Foundation Pte, Ltd. ditubuhkan di Singapura pada tahun 2018, untuk membangunkan platform berasaskan Rantaian Blok dan perniagaan berkaitan. Dibina oleh sekumpulan pembangun Korea, rakan kongsi dan penasihat antarabangsa, Locus Chain Foundation akan menawarkan akses mampu milik kepada platform yang andal dan terjamin yang memastikan kebertanggungjawapan dan ketelusan. Ia menawarkan mata wang digital Locus Chain untuk menyelaraskan ekonomi platform menerusi sistem pembayaran yang amat boleh diakses meskipun dalam keadaan yang paling mencabar. Dengan pejabat-pejabat di Singapura, Korea Selatan, Jepun, Mauritius dan UAE, syarikat mempunyai jejak dan perkongsian global bagi merealisasikan rancangannya untuk menjadi penyelesaian rantaian blok untuk perniagaan antarabangsa dan warga dunia.

Sumber: Locus Chain Foundation

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.