Program Perkongsian Kos Bil Perubatan Pertama Di Malaysia Patuh Syariah

Kami dari Life Engineering dengan berbesar hati ingin memaklumkan pada orang ramai dan juga komuniti Islam bahawa program Perkongsian Kos Perubatan Pertama di Malaysia “Life Engineering” adalah program Patuh Syariah.

Sijil Patuh Syariah telah dikeluarkan oleh Afsha Shariah Advisory Sdn.Bhd (818106-X) “Afsha Shariah” yang merupakan badan yang memastikan aspek Syariah adalah dipatuhi sepenuhnya termasuklah dari segi matlamat program, tatacara pengendalian, perniagaan, simpanan dan pelaburan.  Untuk makluman, Afsha Shariah juga merupakan syarikat penasihat syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Afsha Shariah telah bertindak dengan meneliti, menyemak dan memeriksa keseluruhan struktur, garis panduan, syarat, terma dan segala urus niaga dokumen yang berkaitan dengan Program Life Engineering.

Oleh itu, setelah mengambil kira dan meneliti keseluruhan aspek program Life Engineering ini, ‘Afsha Shariah’ telah bersetuju untuk mengeluarkan sijil Patuh Syariah bagi program Life Engineering ini.

Kami dari Life Engineering sangat berpuas hati dengan tatakerja, komitmen dan professionalisme yang di tunjukkan oleh pihak Afsha Shariah dalam menyelia dan meneliti program ini.  Jutaan terima kasih di tujukan pada mereka.

Selain dari itu, di bawah ini kami juga menyenaraikan mengapa perlunya Sijil Syariah dalam menjayakan program Life Engineering ini: –

Apakah kepentingan Syariah pada umum dan juga Life Engineering: –

  1. Memastikan transaksi di antara dana kesihatan dan Pekongsi adalah sah dari sudut urusniaga dan muamalat
  2. Memastikan perjanjian antara Life Engineering dan Pekongsi tidak terlibat dalam elemen-elemen yang di larang dalam syariah seperti riba’, gharar (ketidak-tentuan dan penipuan), dan maisir (perjudian).
  3. Meningkatkan keyakinan umat Islam terhadap program ini tanpa perlu rasa bimbang dan ragu-ragu.

Program Perkongsian kos perubatan yang Pertama di Malaysia ini dibangunkan khusus untuk golongan yang memerlukan bantuan terutama dalam meringankan beban kos perubatan. Program ini menjalankan kos perkongsian perubatan yang mana maksima perkongsian sebulan hanya serendah RM50 dan RM0 jika tiada komuniti ini yang membuat tuntutan ke hospital.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan Life Engineering ni, jemput baca Had Limit Perubatan Sehingga Satu Juta, Hanya Dengan Maksimum Bayaran RM1.66 Sehari.

Untuk pengetahuan anda, Life Engineering kini dikenali sebagai Gather Care. Untuk maklumat lanjut, layari Pilihan Selain Takaful

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.