Teknologi Hubungkan Hartanah Global, Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global Uoolu 2019 berjaya diadakan pada 14 Januari di Beijing

BEIJING, 18 Januari 2019 /PRNewswire/ — Pada 14 Januari 2019, Uoolu berjaya mengadakan Sidang Kemuncak Internet Hartanah Global (GREIS) kali ke-2 di Millennium Hotel, Beijing. Sidang kemuncak ini menghimpunkan ratusan pemaju dari 20 negara, selain begitu banyak rakan media ternama, termasuk The Wall Street Journal, South China Morning Post dan Bloomberg.

En. Huang Xiaodan, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Uoolu melancarkan sidang kemuncak ini dengan memperkenalkan secara strategik Laman Sesawang Global Uoolu yang mencakupi 13 bahasa dan 135 negara. Uoolu berdedikasi untuk membina jaringan yang dapat menghubungkan pengguna global dan hartanah global bagi memudahkan jualan serta perkhidmatan rentas sempadan untuk lebih 100,000 pemaju hartanah. Pada masa kini, pengunjung-pengunjung unik ke Laman Sesawang Global Uoolu meningkat dengan ketara. Sementara itu, tiga angka yang menarik ditunjukkan dalam ucapan En. Huang, 40% pengguna pelaburan global memerlukan pelaburan rentas sempadan, 70% pemaju mempunyai perniagaan antarabangsa dan 25% pendapatan adalah daripada jualan antarabangsa.
Selanjutnya, berdasarkan data raya pengguna global, Uoolu melancarkan dua produk serba baharu, U-data dan G-sale, yang dapat menyelesaikan masalah-masalah utama dalam pelaburan hartanah rentas sempadan. Dengan bantuan U-data, pemaju-pemaju dapat merealisasikan penguasaan potret pembeli rumah global pada waktu nyata. Dalam masa yang sama, G-sale, iaitu penyelesaian pemasaran global yang cekap, membolehkan pemaju melaksanakan dan meluaskan jualan global mereka.

Sidang kemuncak ini melibatkan dua perbincangan panel untuk meninjau isu-isu paling terkini dalam industri hartanah global, termasuk teknologi yang memperkasa pelaburan hartanah global dan peluang untuk hartanah dalam era warga global. Perkongsian dan pandangan daripada para tetamu memberi hala tuju baharu untuk pelaburan rentas sempadan.

Satu lagi kemuncak sidang kemuncak ini ialah majlis penandatanganan strategik Uoolu bersama 17 pemaju dari 7 negara termasuk Eco World dari Malaysia, Ananda dari Thailand, Landsea dari AS, Regal London dari UK, SMDC dari Filipina, Select Property Group dari UK, Oriental Pearl dari UAE, Balance Capital dari AS dan Royal Bridge Capital dari UK. Kerjasama signifikan ini menunjukkan bahawa strategi “Uoolu Global” telah diiktiraf oleh rakan-rakan kongsi seluruh dunianya.

Pada akhir sidang kemuncak, Uoolu memperkenalkan 2 anugerah penting: Jenama-jenama Hartanah Diglobalkan 2018 dan Projek-projek Populariti Diglobalkan 2018. Pautan berikut menunjukkan senarai penerima anugerah: https://mma.prnewswire.com/media/809134/UOOLU_awards.jpg

Senarai pemenang anugerah

Laman Sesawang Uoolu: www.uoolu.com
Facebook Uoolu: https://www.facebook.com/Uoolu/
LinkedIn Uoolu: https://www.linkedin.com/company/uoolu.com/

Sumber: Uoolu.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.