4 Tips Urus Kewangan Seperti Oprah Winfrey

Siapa tidak kenal dengan tokoh yang bernama Oprah Winfrey ini. Beliau merupakan ikon dan jutawan media yang disegani kerana beliau terkenal dengan kelantangan bersuara.

The Oprah Winfrey Show merupakan siaran yang sangat popular di peringkat antarabangsa dari tahun 1986 hingga 2011 sehingga beliau digelar sebagai “The Queen of Media”.

Setelah itu, beliau melancarkan rangkaian televisyennya sendiri yang bernama OWN. Beliau kini berusia 67 tahun dan memiliki kekayaan yang bernilai USD2.7 bilion.

Jom kita contohi kebijaksanaan beliau dalam menguruskan kewangan.

Tips 1: Merancang Terlebih Dahulu

Untuk berjaya dalam perancangan kewangan, anda harus merancang terlebih dahulu. Anda perlu tahu apa yang anda ingin dan sasaran yang anda mahu kecapi.

Itu tidak bermakna anda tidak boleh “self-reward”, tetapi pastikan anda tidak membelanjakan wang lebih cepat daripada apa yang anda dapatkan. Sediakan satu simpanan khas untuk “keseronokan” setiap bulan untuk dibelanjakan.

Bergantung kepada apa lagi yang anda lakukan pada bulan itu, setiap dana harus dibelanjakan dengan berhemah.

Tips 2: Sentiasa Bawa Tunai

Keluarkan tunai apabila berbelanja berbanding dengan pengunaan kad debit atau kad kredit. Anda harus memilih pasaraya yang menawarkan kaunter bayaran tunai dan kad debit juga.

Cara ini berkesan untuk mengawal nafsu berbelanja anda apabila anda memilih untuk membayar tunai. Ini kerana, anda tahu berapa jumlah wang tunai yang anda ada untuk membayar kelak.

Tips 3: Catat Perbelanjaan

Apabila anda membeli sesuatu barang, anda perlu mencatat segala perbelanjaan anda. Pastikan anda sertakan tarikh dan lokasi anda membeli supaya ia boleh dijadikan rujukan kelak.

Sekiranya mahu beri hadiah kepada diri sendiri, pastikan anda membeli sekali dalam sebulan. Ini adalah penting untuk mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan yang boros.

Tips 4: Rujuk Perunding Kewangan

Yang terakhir sekali, dapatkan khidmat pakar yang bertauliah dan berlesen. Mereka ini mampu memberikan nasihat yang baik dan tunjukkan jalan yang benar untuk anda berjaya mengurus kewangan dengan bijak.

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.