Pendapatan RM2,000 Menjadi RM200,000 Sebulan. Apa Nak Buat?

Kita biasa dengar ramai yang kehilangan atau berkurang punca pendapatan di kala pandemik melanda dunia, tetapi bagaimana sekiranya pendapatan kita naik berkali-kali ganda pula?

Jom kita dengarkan perkongsian Tuan Zhafir Anuar yang merupakan seorang remisier dengan salah sebuah institusi kewangan terkenal tanahair.

“Andai anda dari income bulanan RM2,000 tiba-tiba terima income RM200,000 setiap bulan mulai bulan ini.”

Apa yang anda akan lakukan dengan duit yang banyak tadi?

1. KERETA, terus tukar kereta, yelah kawan kata masa muda ni la kena merasa pakai kereta mewah. Apa barang pakai Saga kan?

2. KAD KREDIT, jika anda bukan kaki boros, boleh apply tapi guna secara berhemah. MaklumlaH, sekarang ini tiap-tiap bulan ada sales online. Ada pelan bayaran ansuran lagi.

3. RUMAH, terus beli rumah yang selesa, atau pelaburan atau rumah idaman yang mewah.

4. BERCUTI LUAR NEGARA, akhirnya dapat juga pergi bercuti negara dalam watchlist.

5. GAJET, upgrade telefon pintar, iPad, laptop dan TV paling mahal dalam kedai.

6. MAKAN MEWAH, dulu terpaksa makan berjimat-cermat, sekarang hari-hari makan mewah. Delivery kan ada, pilih saja yang berkenan.

7. BANYAKKAN SEDEKAH, bantu ahli keluarga dan jiran-jiran yang susah.

8. MELABUR, supaya boleh gandakan duit. Duit pula bekerja untuk kita.

9. HIBAH, ambil pelan hibah RM1 juta.

10. SAVINGS, dulu simpanan apa pun tak ada, sebab cukup-cukup saja duit untuk hidup. Sekarang boleh mula menyimpan.

Anda rasa yang mana akan kita buat dahulu?

Jawapan saya;
Tak payah sembang 6 angka, income 4 angka pun jika tak pandai uruskan dengan bijak pun boleh jatuh muflis.

Tahukah anda golongan muflis sebanyak 25.3% ialah dalam lingkungan umur 25-34 tahun, dan 35% yang muflis adalah dalam lingkungan umur 35-45 tahun.

Pendapat saya, kesemua impian di atas tak salah, tapi utamakan Savings – Takaful – Melabur dahulu. Mulakan yang ini dahulu. Normal untuk kita rasa ingin ada apa yang orang lain ada. Gunakan rasa itu untuk keep doing better, keep improving.

Saya pernah mendapat nasihat daripada orang-orang yang berjaya. Selalu mereka katakan RM1 juta is nothing. Usaha buat RM1 juta dan jangan belanja lagi, tapi gandakan lagi untuk dapat RM2 juta.

Belum pernah lagi saya dengar nasihat dari golongan yang jutawan suruh beli kereta dan rumah mewah dahulu.

Jangan terlalu cepat selesa dengan apa yang kita ada sekarang, bila-bila saja Tuhan boleh tarik dalam sekelip mata. Ramai yang pandang rendah benda ini.

Saya lihat, ada yang income tiap-tiap bulan 5 angka, tapi bila datang COVID- 19 habis tak ada job, terpaksa teruskan hidup dengan simpanan yang ada. Jadi persoalannya, cukupkah duit simpanan tadi?

Olahan dari penulisan: FB Zhafir Anuar

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA