Red Box Umum Perkongsian Dengan Global Relay, Luaskan Ekosistem Perkhidmatan Kewangan dan Tawaran Pematuhan

LONDON dan NEW YORK, 11 Februari 2019/PRNewswire/ —

Red Box, platform yang terkemuka untuk suara, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Global Relay, peneraju bagi pengarkiban dan pematuhan maklumat. Perkongsian ini membolehkan pelanggan-pelanggan menggunakan alatan carian, pengawasan dan analitik Global Relay bagi memanfaatkan nilai suara sepenuhnya, selain mematuhi kewajipan pematuhan.

Rakaman dan dapatan semula suara yang andal dan selamat adalah penting untuk organisasi-organisasi perkhidmatan kewangan yang berusaha untuk mematuhi dan bersiap sedia dengan peraturan dan jalinan kerjasama dengan Global Relay akan menyokong pematuhan kepada keperluan penyimpanan rekod yang dimandatkan oleh MiFID II dan peraturan global yang lain. Perkongsian ini menunjukkan komitmen Red Box dalam membangunkan ekosistem rakan kongsi yang terbaik dalam kelasnya dan menyediakan pelanggan-pelanggan dengan kedaulatan data yang lengkap.

Global Relay Archive ialah penyelesaian pengarkiban, pengawasan dan ePenemuan maklumat utama yang membantu organisasi-organisasi mengurus serta mengawal data komunikasi mereka dan membantu mereka memenuhi keperluan pengawalseliaan dan juga meningkatkan produktiviti. Pelanggan-pelanggan akan mendapat manfaat daripada penyepaduan lancar dengan Red Box menerusi penggunaan broker eksport mereka dan fungsi penghubung emel untuk menolak suara dan transkripsi perbualan yang amat tepat ke dalam Global Relay Archive dengan selamat yang membolehkannya dipelihara dan dianalisis bersama-sama data e-dagang dan perdagangan lain – termasuk emel, media sosial, IM dan teks.

Pete Ellis, Ketua Pegawai Produk Red Box mengulas: “Kami berasa gembira kerana berpeluang mengumumkan perkongsian bersama Global Relay ini. Ia memperlihatkan komitmen berterusan kami terhadap strategi API terbuka dan jalinan kerjasama dengan organisasi-organisasi yang terbaik dalam kelasnya bagi mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelanggan-pelanggan kami menerima sepenuhnya strategi ‘mengutamakan suara’ dan mematuhi peraturannya. Global Relay mempunyai kehadiran penting dalam bidang Perkhidmatan Kewangan dan dengan itu memahami tekanan tinggi yang dikenakan oleh peraturan terhadap organisasi-organisasi dari segi tadbir urus data.”

Ketua Pegawai Eksekutif Warren Roy daripada Global Relay berkata: “Kami benar-benar teruja kerana dapat bekerjasama dengan Red Box untuk meluaskan tawaran pengarkiban maklumat kami. Sebagai sebuah syarikat yang mengurus petabait data untuk organisasi-organisasi yang terbesar dan paling berkuasa di dunia, kami mempunyai platform yang menunjukkan kebolehskalaan, prestasi dan keselamatan. Kami berharap dapat membolehkan pelanggan-pelanggan bersama kami mendapatkan pandangan dan nilai baharu daripada data suara mereka.”

Latar Belakang Red Box 

Red Box ialah pakar suara khusus yang terkemuka, memperkasa organisasi-organisasi untuk merakam, menjamin dan merungkai nilai suara seluruh perusahaan. Dengan platform yang paling terbuka dan terhubung, kami merakam dan mentranskripsikan komunikasi suara daripada lebih 55 sistem (legasi dan baharu), merentas perusahaan global dan PKS. Pelanggan kami mengekalkan kedaulatan data yang lengkap dan kami menghubungkan mereka kepada ekosistem rakan kongsi yang paling luas bagi memaksimumkan nilai data suara yang dirakam.

Bekerjasama dengan saluran penjual global kami, kami dipercayai oleh organisasi-organisasi terkemuka daripada sektor kewangan, pusat perhubungan, kerajaan dan keselamatan awam (termasuk enam bank terkemuka dunia, 85% daripada broker antara penjual global, 1,700 pusat panggilan dan lebih 70% pasukan polis UK) dan kami merakam serta menjamin jutaan panggilan setiap hari untuk lebih 3,000 pelanggan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut kunjungi http://www.redboxvoice.com

Latar Belakang Global Relay

Global Relay ialah penyedia utama bagi penyelesaian pengarkiban awan, pengawasan dan ePenemuan untuk sektor kewangan global dan industri-industri dengan peraturan ketat yang lain. Global Relay menyediakan perkhidmatan kepada lebih 23,000 pelanggan di 90 negara termasuk 22 daripada 25 bank terkemuka. Global Relay Archive menyokong perkhidmatan emel, IM, Bloomberg®, Thomson Reuters, media sosial, pemesejan mudah alih dan banyak lagi – menerusi peranti mudah alih, Outlook dan akses web.

Sumber: Red Box and Global Relay

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.