MyFinB, Syarikat Malaysia Pertama Guna A.I Untuk Bantu Perniagaan dan Pelaburan

Pernah dengar syarikat bernama MyFinB ni tak? Saya percaya mesti ramai yang pertama kali dengar syarikat yang sedang berkembang maju ini.

Guna Big Data dan AI

Sumber: FB MyFinB

Big Data atau data raya dan Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan adalah terma yang seringkali digunakan sejak akhir-akhir ini. Di sinilah kita dapat lihat MyFinB menggunakan teknologi terkini ini bagi membantu institusi kewangan dan pemilik perniagaan menyelesaikan masalah yang sering mereka hadapi.

MyFinB Ada Di Seluruh Dunia, Termasuklah Malaysia

Eh, MyFinB adalah merupakan syarikat global ya. Mereka ada di merata dunia, Amerika Syarikat, Eropah, Australia, Afrika dan Asia, termasuklah Malaysia.

Oh, rupanya Datuk Dr. Mohd Daud Bakar merupakan pengerusi MyFinB ni, patutlah power semacam.

Bagi mereka yang tak kenal siapa gerangan beliau, Datuk Dr. Daud merupakan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan bagi Amanie Advisors, sebuah firma penasihat Syariah yang mempunyai pejabat di Kuala Lumpur, Dubai, Luxembourg, Kaherah, Tunis dan Dublin.

Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa. Beliau juga merupakan bekas Naib Canselor bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan merupakan ahli lembaga pengarah untuk Sime Darby Property Berhad.

Sebelum itu, pada 2014, Datuk Dr. Mohd Daud telah dianugerahkan gelaran ‘Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul 2014’ oleh Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.

Kenapa AI Penting?

Siapa yang menguasai teknologi, merekalah yang berkuasa. Sebab itulah banyak syarikat berlumba-lumba untuk bangunkan teknologi data mining, big data, AI dan sebagainya.

Di sini jugalah AI dapat membantu ekonomi orang Islam, kerana ianya memberi kesan yang besar daripada segi sosial sesama manusia, perbankan Islam, zakat dan waqaf, pendidikan dan banyak lagi.

Syarikat AI Pertama yang Bakal Disenaraikan di Bursa Amerika OTC

Dahlah syarikat AI pertama di Malaysia, kini MyFinB pula nak jadi syarikat AI pertama yang bakal disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat iaitu OTC QB di fasa pertama dan kemudian di NASDAQ di fasa kedua. Kalau kita tengok pun, lima pasaran utama mereka adalah insititusi kewangan, pakar akauntan, bursa saham, kerajaan dan syarikat swasta.

Jadi Bagaimana MyFinB Boleh Bantu Para Pelabur di Malaysia?

Yang tadi tu dah level antarabangsa dan terlalu tinggi sangat, nak juga tahu bagaimana MyFinB ni boleh bantu kita pelabur runcit ni kan?

Memperkenalkan SITI (Stock Intelligence & Tracking Insights).

SITI ni Robo Analyst – Sistem analitik A.I. berteraskan syariah yang pertama di dunia yang dapat membantu para pelabur membuat keputusan terhadap sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Ianya merupakan data-data penting berkenaan syarikat dan diberikan skor, bagi membantu kita untuk menentukan samada saham ini sesuai untuk dibeli sebagai pelaburan. Dalam erti kata lain, ianya adalah sebuah laporan Fundamental Analysis yang juga mempunyai analisa daripada mereka yang pakar berkenaan syarikat ini.

Nak tahu berapa rating bagi prestasi perniagaan syarikat? Berapa nilai (value) kepada pemegang saham syarikat? Jualan syarikat meningkat ke menurun? Bagaimana dengan pendapatan syarikat pula?

Semuanya dah ada rumusan, senang nak buat keputusan.

Dapatkan SITI Di Seminar Labur Saham

SITI baru saja dilancarkan, dan dengan kerjasama Asri Ahmad Academy; dapatkan laporan SITI secara percuma (tawaran terhad) apabila anda hadir ke Seminar Berani Melabur pada Shad, 21 Julai ini di SACC, Shah Alam.

Belajar dengan mentor saham #1 Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri dan mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham patuh syariah Bursa Malaysia.

Takde alasan lagi untuk tidak melabur saham yang SAH dan PATUH SYARIAH.

Daftar sekarang di laman web Asri Ahmad Academy.

Previous ArticleNext Article

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.