Akses Kepada Perkhidmatan Kesihatan Ketika Melancong

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Februari 2019 /PRNewswire/ — Sejak kebelakangan ini, aktiviti pelancongan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada tahun 2016, dianggarkan sebanyak 11.9 juta perjalanan antarabangsa telah dilakukan oleh rakyat Malaysia dan angka ini dijangka akan meningkat kepada 14.2 juta pada tahun 2021.

Jatuh sakit ketika melancong merupakan sesuatu perkara yang tidak diingini terutamanya apabila berkunjung ke luar negara. Kebimbangan utama yang sering dihadapi ketika berada di luar negara adalah masalah komunikasi di antara doktor dengan pesakit serta kos yang bakal dikenakan untuk sesi konsultasi. Komunikasi yang baik merupakan kunci yang sangat penting sewaktu sesi konsultasi di antara seseorang doktor dengan pesakit. Penjelasan yang terperinci berkenaan masalah yang dihadapi akan membantu doktor memberikan diagnosis dan preskripsi perubatan yang baik.

Berita baik! Tune Protect, syarikat penyedia insurans am telah menjalinkan kerjasama dengan DoctorOnCall.com.my, penyedia perkhidmatan doktor dalam talian yang pertama di Malaysia. Dengan kerjasama ini, setiap pemegang polisi AirAsia Tune Protect Travel Protection akan mempunyai akses untuk berhubung dengan doktor yang bertauliah di mana sahaja mereka berada, sama ada di dalam negeri ataupun luar negara secara percuma.

DoctorOnCall merupakan sebuah platform atas talian yang menyediakan perkhidmatan konsultasi kesihatan bersama doktor-doktor yang berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. Melalui perkhidmatan yang disediakan, pesakit hanya memerlukan peranti yang mempunyai akses internet untuk berhubung terus dengan seorang doktor secara atas talian. Lebih daripada 70 orang doktor yang terdiri daripada pelbagai kepakaran bersedia untuk memberikan konsultasi berkenaan penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, demam, masalah kulit seperti kudis buta, penyakit jangka panjang seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol dan lain-lain.

Melalui kerjasama ini, pemegang polisi AirAsia Tune Protect Travel Protection yang berlepas daripada Malaysia akan menikmati konsultasi perubatan dengan seorang doktor daripada Malaysia di mana-mana sahaja secara percuma! Pemegang polisi domestik pula akan menikmati penghantaran ubat terus ke pintu sekiranya doktor mengeluarkan preskripsi ubat. Hal ini sangat membantu sekiranya ubat-ubatan penting yang memerlukan preskripsi diperlukan seperti ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis dan migrain diperlukan ketika sedang mengembara.

“Dengan kerjasama yang telah dimeterai bersama Tune Protect, kini para pelancong boleh berhubung terus dengan doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan memegang sijil Annual Practising Certificate (APC) yang sah di mana-mana sahaja, bila-bila masa.” Maran Virumandi, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama DoctorOnCall.

Pelancong boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan perjalanan dengan memilih pelan tahunan bermula daripada serendah 50 sen sehari atau pelan terbang bersama AirAsia serendah 80 sen sehari. Untuk maklumat lanjut berkenaan kerjasama AirAsia Tune Protect Travel Protection bersama DoctorOnCall, sila layari terus https://www.tuneprotect.com/airasia/en/doctoroncall/.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan DoctorOnCall, lawati laman web mereka pada www.DoctorOnCall.com.my ataupun hubungi terus 03-84082000.

Sumber: DoctorOnCall

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.