Koleksi Crocs Reviva(TM) Baharu Berikan Lantunan Menyegarkan dan Keselesaan Sepanjang Hari

14 Februari 2019 /PRNewswire/ — Crocs, Inc. (NASDAQ: CROX), peneraju global bagi kasut kasual yang inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, hari ini mengumumkan penampilan sulung Crocs Reviva, teknologi keselesaan baharu dan koleksi untuk musim Bunga/Panas 2019. Menampilkan lapik dalam kasut dengan gelembung udara terbina dalam, teknologi Crocs Reviva™ memberikan lantunan yang menyegarkan, kesan urutan yang melegakan serta keselesaan sepanjang hari.

Flip Crocs Reviva™ baharu memberikan lapik dalam kasut dengan gelembung udara terbina dalam untuk kesan urutan yang melegakan.

 

Crocs Reviva kini boleh didapati di lokasi-lokasi jualan Crocs terpilih dan akan disediakan di Crocs.com bermula pada bulan Feburari. Koleksi ini termasuk tawaran gaya harian yang diperluas menerusi sandal, flip dan slide silhouette untuk wanita dan lelaki.

“Crocs terus menginovasi dalam aspek keselesaan pada tahap luar biasa dan Koleksi Crocs Reviva tidak terkecuali,” kata Michelle Poole, Ketua Pegawai Produk & Pembarangan Crocs. “Dengan lapik dalam kasut tersendiri yang sejajar dengan peta tekanan kaki, Koleksi Crocs Reviva memberikan pengguna dengan pilihan keselesaan sepanjang hari yang unik pada harga yang hebat.”

Kekal setia kepada ciri khas Crocs, Koleksi Reviva by Crocs™ bersifat ringan dan menyokong serta mempunyai bahagian atas kasut Croslite dibentuk untuk koleksi yang tahan lama, boleh dibasuh dan kalis air.

“Sama ada anda sedang melaksanakan tugasan atau bersantai di kolam, Koleksi Crocs Reviva semestinya menjadi penambahan selesa yang menyegarkan untuk koleksi kasut anda,” sambung Poole. “Di samping itu, dengan gelembung udara yang boleh dilihat, anda bukan sahaja dapat merasai keselesaan Crocs Reviva, tetapi juga dapat menyaksikan betapa Crocs Reviva akan menyuntik semangat kepada hari anda.”

Latar Belakang Crocs, Inc.

Crocs, Inc. (Nasdaq: CROX) ialah peneraju dunia bagi kasut kasual inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, menggabungkan antara keselesaan dan gaya dengan nilai yang diketahui dan disukai oleh pengguna. Setiap pasang kasut dalam koleksi Crocs mengandungi bahan Croslite™, iaitu teknologi kasut dibentuk yang proprietari, menyediakan keselesaan luar biasa dengan setiap langkah.

Pada tahun 2019, Crocs menyatakan bahawa mengekspresikan diri anda dan berasa selesa adalah saling melengkapi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crocs atau kempen Come As You Are global kami, sila layari www.crocs.com atau ikuti @Crocs melalui Facebook, Instagram dan Twitter.

Sumber: Crocs, Inc.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.