Siapa yang tak suka makan McDonalds kan? Ayam Goreng Spicy dengan Nugget, Aiskrim Sundae, Oreo McFlurry dan bermacam-macam lagi boleh kita nikmati di McDonalds.
Kalau ikut statistik makanan segera, McDonalds berada di tempat kedua di belakang KFC.
Dah bersedia untuk makan di McDonalds secara percuma? Jom kita dengar tips berikut yang disampaikan oleh Stallion Brothers.
SELALU BELI MAKANAN DI MCDONALDS TAPI KORANG TAU TAK SAHAM MCDONALDS DAH NAIK SEBANYAK 50% DARI TAHUN 2017?
Kalau korang suka sangat makan McD, apa salahnya korang tengok sikit saham McD di pasaran Wall Street tu. Kalau tengok statistik harga saham McD, ianya telah naik lebih 250% dalam masa 10 tahun. Pada tahun 2009, harga se-unit $50 je, tapi sekarang tahun 2019 dah cecah $180 se-unit.
Pemegang saham terbesar McD semuanya jerung gergasi global seperti Vanguard, Blackrock dan Fidelity. Korang yang makan, jerung global ni yang kaya. Alangkah lebih baik jika korang sendiri melabur dalam syarikat McDonalds.
Untung pelaburan tu korang boleh buat untuk belanja di McDonalds. Kan mudah tu nak dapat makan PERCUMA. Inilah tips yang korang kena tahu tu.
Total pendapatan McD satu dunia bagi tahun 2018 adalah sebanyak $21 billion. Semua sekali, McD ada 37,000 buah outlet.
Paling banyak of course la di US dengan 14,000 outlet diikuti dengan Jepan sebanyak 3000 outlets, China sebanyak 2,800 outlet dan Germany sebanyak 1,500. Kat Malaysia, McD ada lebih kurang 300 outlet dengan lebih 12,000 orang pekerja. McD Malaysia telah memperuntukan RM1.4 billion untuk membuka lagi 450 outlet baru sebelum 2025.
Pelaburan besar dan agresif daripada MCD dijangka akan memberi impak yang besar kepada saham McD dalam masa 3 ke 5 tahun dari sekarang. Secara purata, McD akan mengambil masa dalam 5-7 tahun untuk mencapai paras breakeven daripada modal yang dikeluarkan.
Pernah ke korang tengok McD tu tak ada orang? Pergi laa ceruk mana pun, confirm ada pelanggan. Dari situ je korang boleh nilai value yang ada pada McD. Perkembangan jualan atau sales growth dari emerging countries macam Malaysia dijangka akan terus meningkat sebanyak 15% ke 16% setahun.
Saham McD korang boleh jumpa di New York Stock Exchange dengan harga $172 se-unit. Saham ni juga adalah patuh Syariah dan memberi dividend sebanyak 2% ke 3% setiap tahun. Kalau korang beli saham McD, baru la berbaloi hari-hari nak pergi makan MCD.
Lagi ramai orang makan MCD, lagi tinggi la saham MCD akan naik. Tag and share kat kawan korang yang suka makan MCD!
Ada Yang Minat Nak Melabur Saham Global?
Siapa yang tak kenal nama-nama besar seperti Facebook, Apple, Amazon, Netflix dan Google (Alphabet) ni kan? Patuh Syariah pula tu saham-saham syarikat ini. Jemput datang ke 2 seminar percuma seperti berikut:
2 Seminar PERCUMA Di Lembah Klang
Tempat: MENARA PGRM, CHERAS Tarikh: Sabtu, 09 Mac 2019 Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Petang
Tempat: SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC) Tarikh: Sabtu, 23 Mac 2019 8.00 pagi – 1.00 petang
Berminat nak tahu lebih lanjut pasal peluang melabur saham-saham global seperti McDonalds, Starbucks, Facebook, Apple, Google dan bermacam-macam lagi.
Daftar segera Seminar Melabur Saham Global di sini.
Nak belajar dengan Stallion Brothers dengan lebih mendalam? Dapatkan promosi terbaik daripada mereka sekarang. Klik gambar di bawah untuk keterangan lebih lanjut.
Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.
Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.
Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.
Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu
Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).
Siapakah Securities Commission (SC)?
Sumber gambar: The Malaysian Reserve
Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:
Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
Meluluskan terbitan bon;
Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.
Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.
Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.
Ada Syarat Nak Jadi Remisier?
Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.
Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.
Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.
Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:
Modul 6 dan Modul 7
Modul 6 dan Modul 18
Modul 7 dan Modul 17
Modul 17 dan Modul 18
Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.
Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus
Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?
Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)
Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.
Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula
Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.
Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.
Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.
Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.
Yuran Peperiksaan
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.
Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.
Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja
Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.
Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!
Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier
1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?
Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?
Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.
3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?
Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.
4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?
Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.
5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?
Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.