Tahniah Setengah Juta Bumiputera Yang Dah Ada Akaun CDS!

Setakat penghujung Januari 2019, khabarnya ada 1.9 juta akaun CDS yang dimiliki pelabur runcit. Kalau mengikut kepada golongan:

1. Bumiputera – 26.5% = 503,500 orang

2. Bukan Bumiputera – 71.5% = 1,358,500 orang

3. Warga Asing – 2.0% = 38,000 orang

Sumber: FB Bursa Malaysia-i

Sejak tahun 2015 juga, akaun CDS telah berkembang dengan pesatnya, di mana:

  • Bumiputera: Meningkat 35.6%
  • Bukan Bumiputera: Meningkat 21.7%
  • Warga Asing: Meningkat 20.4%

Alhamdulillah terbaik dan tahniah semua yang dah ada akaun CDS tu. Ini menunjukkan bahawa semakin ramai orang di Malaysia yang semakin celik tentang kewujudan pelaburan saham di Bursa Malaysia yang SAH dan PATUH SYARIAH.

Terima Kasih Juga Sifu-Sifu Saham Yang Tak Jemu Mengajar

Selain daripada usaha yang dijalankan badan berautoriti seperti di atas, kita patut berterima kasih juga kepada sifu-sifu saham yang tak henti-henti mengadakan seminar bagi menyedarkan orang ramai khususnya Bumiputera mengenai ilmu pelaburan saham patuh syariah.

Tengok saja mereka yang di dalam Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia. Kita ada nama-nama besar dalam industri seperti Tuan Hj. Mohd Asri AhmadDato Dr. Nazri KhanTuan Nazarry RosliTuan Faizal Yusup dan Tuan Norizam Tukiman @ “Zamsaham”.

Bagi Yang Belum Ada, Jom Buka Akaun CDS

Bagi yang berminat nak buka akaun CDS dan mulakan langkah pertama dalam pelaburan saham, dapat perincian yang lebih seperti di bawah:

Ambil tahu juga Perbezaan Akaun CDS Islamik dan Konvensional, jangan tersalah buka, termakan riba pula.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.