Cara Buka Akaun CDS UOB Kay Hian

Diharapkan anda dah tahu perlunya akaun CDS untuk kita jual beli saham di Bursa Malaysia. Banyak sebenarnya pilihan yang ada kat mana nak buka akaun CDS seperti di bawah, ada yang menawarkan perkhidmatan “Islamic window” dan ada yang “full-fledged”.

1. Affin-Hwang Investment Bank (window)
2. AmInvestment Bank (window)
3. BIMB Securities Sdn Bhd (full-fledged)
4. CIMB Investment Bank (window)
5. Hong Leong Investment Bank (window)
6. Jupiter Securities Sdn Bhd (window)
7. Kenanga Investment Bank (window)
8. Malacca Securities Sdn Bhd (window)
9. Maybank Investment Bank (window)
10. RHB Investment Bank (window)
11. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd (window) – *Jun 2017
12. Public Investment Bank Bhd  (window) – *Julai 2017

“Boleh tak saya buka lebih daripada satu akaun CDS?”
Jawapannya boleh, bukalah sebanyak mana akaun CDS yang kita mahu daripada broker-broker yang berlainan.

Jika anda berminat menggunakan platform UTRADE semasa nak jual beli saham di Bursa Malaysia, kenalah buka akaun saham dengan UOB Kay Hian.

Ikut panduan bergambar seperti di bawah:

 

Itu saja, terima kasih.

Dan kalau nak buka akaun CDS dengan broker lain, boleh rujuk:

Nak buka akaun CDS dengan M+ secara percuma? Sila layari FB iSaham dan hadir seminar yang mereka anjurkan.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.