ZEE5 dan Dialog Umum Perkongsian Strategik Bawakan Himpunan Terbesar Kandungan Serantau Premium ke Sri Lanka

MUMBAI, India, 22 Februari 2019 /PRNewswire/ — Himpunan luas ZEE5 dengan 1,00,000 jam kandungan India premium kini akan disediakan melalui aplikasi Dialog ViU  

ZEE5, platform hiburan digital yang terbesar untuk kandungan bahasa, mengumumkan perkongsian antarabangsa pertama seumpamanya di rantau SAARC bersama Dialog Axiata PLC, penyedia infrastruktur ketersambungan ulung Sri Lanka. Perkongsian ini akan menyediakan pengguna aplikasi Dialog ViU dengan lebih 1,00,000 jam kandungan serantau premium. Pelanggan Dialog ViU akan berpeluang melanggan pada harga LKR 350 sebulan untuk mengakses salah satu pustaka kandungan terbaik rantau berkenaan.

Pelanggan Dialog akan berpeluang mengakses ZEE5 Originals seperti Karenjit Kaur, Zero Kms selain kisah jenayah seram baru-baru ini Rangbaaz and Abhay, rancangan hit Bollywood yang penuh semangat seperti Veere Di Wedding dan Toilet; pustaka kandungan Tamil yang luas termasuk rancangan-rancangan terkenal seperti Sembaruthi, Poove Poochoodavadan Yaaradi Nee Mohini, ZEE5 Tamil Originals termasuk Kallachirippu, America Mapillai dan D7 serta rancangan blokbuster baru-baru ini Mersal.

Bercakap tentang kerjasama, Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan – ZEE5 Global berkata, “Kami teruja untuk mengumumkan perkongsian kami dengan Dialog Axiata sempena pelancaran kami di Sri Lanka. Menerusi lebih 1,00,000 jam kandungan merentas pelbagai genre dan 12 bahasa, pelanggan Dialog kini mendapat akses kepada pustaka terbesar kandungan India yang tersedia di satu destinasi. Sri Lankaberkembang pesat menjadi pasaran yang menarik untuk kandungan hiburan dan kami berharap dapat bersama-sama meneroka peluang ini dengan Dialog Axiata.”

Mengulas tentang perkongsian, Mangala Hettiarachchi, Pengurus Besar Kanan – Perkhidmatan Global dan Kandungan, Dialog Axiata PLC berkata, “Kami berasa amat bangga kerana dapat bekerjasama dengan ZEE5 tidak lama lagi sempena pelancaran antarabangsa mereka. Gabungan ini mengukuhkan portfolio kandungan yang ditawarkan oleh Dialog ViU dengan membuka salah satu pustaka kandungan terbaik rantau kepada pelanggan kami. Pelanggan Dialog kini dapat menonton kandungan terbaik pada jaringan video terbaik di Sri Lanka pada bila-bila masa, dari mana-mana jua, pada sebarang sebarang skrin yang terhubung dengan Internet tanpa iklan.” 

ZEE5 menawarkan lebih 1,00,000 jam rancangan TV India, filem, video dan sebagainya merentas 12 bahasa kepada warga Asia Selatan di seluruh dunia. ZEE5 tersedia pada Google Play Store, iOS App Store, http://www.ZEE5.com dan melalui Samsung Smart TV, Apple TV, Android TV dan Amazon Fire TV.

Sumber: ZEE5

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI