ZEE5 dan Dialog Umum Perkongsian Strategik Bawakan Himpunan Terbesar Kandungan Serantau Premium ke Sri Lanka

MUMBAI, India, 22 Februari 2019 /PRNewswire/ — Himpunan luas ZEE5 dengan 1,00,000 jam kandungan India premium kini akan disediakan melalui aplikasi Dialog ViU  

ZEE5, platform hiburan digital yang terbesar untuk kandungan bahasa, mengumumkan perkongsian antarabangsa pertama seumpamanya di rantau SAARC bersama Dialog Axiata PLC, penyedia infrastruktur ketersambungan ulung Sri Lanka. Perkongsian ini akan menyediakan pengguna aplikasi Dialog ViU dengan lebih 1,00,000 jam kandungan serantau premium. Pelanggan Dialog ViU akan berpeluang melanggan pada harga LKR 350 sebulan untuk mengakses salah satu pustaka kandungan terbaik rantau berkenaan.

Pelanggan Dialog akan berpeluang mengakses ZEE5 Originals seperti Karenjit KaurZero Kms selain kisah jenayah seram baru-baru ini Rangbaaz and Abhay, rancangan hit Bollywood yang penuh semangat seperti Veere Di Wedding dan Toilet; pustaka kandungan Tamil yang luas termasuk rancangan-rancangan terkenal seperti Sembaruthi, Poove Poochoodavadan Yaaradi Nee Mohini, ZEE5 Tamil Originals termasuk KallachirippuAmerica Mapillai dan D7 serta rancangan blokbuster baru-baru ini Mersal.

Bercakap tentang kerjasama, Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan – ZEE5 Global berkata, Kami teruja untuk mengumumkan perkongsian kami dengan Dialog Axiata sempena pelancaran kami di Sri Lanka. Menerusi lebih 1,00,000 jam kandungan merentas pelbagai genre dan 12 bahasa, pelanggan Dialog kini mendapat akses kepada pustaka terbesar kandungan India yang tersedia di satu destinasi. Sri Lankaberkembang pesat menjadi pasaran yang menarik untuk kandungan hiburan dan kami berharap dapat bersama-sama meneroka peluang ini dengan Dialog Axiata.”

Mengulas tentang perkongsian, Mangala Hettiarachchi, Pengurus Besar Kanan – Perkhidmatan Global dan Kandungan, Dialog Axiata PLC berkata, “Kami berasa amat bangga kerana dapat bekerjasama dengan ZEE5 tidak lama lagi sempena pelancaran antarabangsa mereka. Gabungan ini mengukuhkan portfolio kandungan yang ditawarkan oleh Dialog ViU dengan membuka salah satu pustaka kandungan terbaik rantau kepada pelanggan kami. Pelanggan Dialog kini dapat menonton kandungan terbaik pada jaringan video terbaik di Sri Lanka pada bila-bila masa, dari mana-mana jua, pada sebarang sebarang skrin yang terhubung dengan Internet tanpa iklan.” 

ZEE5 menawarkan lebih 1,00,000 jam rancangan TV India, filem, video dan sebagainya merentas 12 bahasa kepada warga Asia Selatan di seluruh dunia. ZEE5 tersedia pada Google Play Store, iOS App Storehttp://www.ZEE5.com dan melalui Samsung Smart TV, Apple TV, Android TV dan Amazon Fire TV.

Sumber: ZEE5

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).