New World Berkolaborasi dengan ASTRI Cipta Platform Rantaian Blok Pembelian-Hartanah Pertama Hong Kong

HONG KONG, 22 Februari 2019 /PRNewswire/ — New World Development Company Limited (NWD) hari ini mengumumkan penciptaan platform rantaian blok pembelian-hartanah pertama Hong Kong, dengan kerjasama Hong Kong Applied Science and Technology Research Institute Company Limited (ASTRI). Bank of China (Hong Kong) (BOCHK) ialah bank pertama yang mengambil bahagian dan mengaplikasikan platform baharu ini kepada perkhidmatannya. Teknologi rantaian blok termaju membolehkan platform ini menyediakan perkhidmatan sokongan semua-dalam-satu kepada pembeli, bank dan badan berkaitan. Menerusi kerjasama ini, PropTech (Property Technology) menjadi pencapaian penting yang akan membentuk semula industri hartanah Hong Kong pada dasarnya, menjimatkan masa dan sumber dalam proses pembelian-hartanah. Pembeli kali pertama tidak lama lagi bakal menikmati pengalaman pengguna yang cepat dan mudah dalam era baharu Pembelian-Hartanah 2.0, bakal tersedia pada suku kedua tahun 2019.

Meneruskan kejayaan Teknologi Kewangan (FinTech) dalam sektor kewangan, PropTech memulakan satu revolusi dalam industri hartanah Hong Kong. En. Adrian Cheng, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengurus Besar NWD berkata, “Sejak 30 tahun lalu, pasaran hartanah sangat jarang diperkenalkan dengan teknologi tinggi dalam proses pembelian. Secara tradisi, pembeli, pemaju hartanah, bank dan firma guaman kesemuanya berfungsi secara berasingan – sehingga kini, tiada platform sehenti yang ada untuk menghubungkan kesemua pihak. Hari ini, NWD dan ASTRI mencipta platform rentas sektor yang pertama dan serba baharu, dengan BOCHK sebagai bank pertama yang mengambil bahagian. Kelebihan paling besar platform PropTech baharu adalah untuk membuka seluruh rantaian industri hartanah; ia turut menandakan pelaksanaan pertama teknologi rantaian blok ke dalam industri hartanah. Ini merupakan pencapaian penting dalam merevolusikan model tradisional sambil kekal selari sepenuhnya dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan bandar pintar dan era baharu PropTech.”

Hugh Chow, Ketua Pegawai Eksekutif ASTRI, berkata, “Teknologi Lejar Teragih (DLT – turut dikenali sebagai teknologi Rantaian Blok) pada dasarnya dapat mengubah dinamik sektor hartanah  – menjadikannya lebih cekap, berdaya tahan dan andal. Rantaian blok ialah bahagian tumpuan utama dalam usaha-usaha R&D keseluruhan ASTRI – menampung aplikasi FinTech dan sektor-sektor perindustrian yang lain. Kami berasa sukacita untuk bekerjasama dengan New World Development dalam memanfaatkan teknologi Rantaian Blok, bergantung kepada PropTech sebagai rangsangan kuat kepada pertumbuhan diterajui inovasi dalam sektor hartanah Hong Kong. Ia akan membantu meningkatkan kecekapan operasi pemaju, memberikan kemudahan dan keselamatan kepada pengguna dan memberi manfaat kepada seluruh ekosistem sektor hartanah”

Puan Ann Kung, Timbalan Ketua Eksekutif BOCHK, berkata, “BOCHK komited untuk menyokong dan memacu pembangunan teknologi kewangan bagi menyediakan perkhidmatan yang mudah untuk orang awam. NWD berkolaborasi dengan ASTRI untuk memperkenalkan platform rantaian blok pembelian-hartanah yang pertama di Hong Kong, yang membantu meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan penyepaduan lancar perkhidmatan gadai janji dalam perjalanan pembelian hartanah pelanggan kami. Kami berasa gembira kerana menjadi bank pertama di Hong Kong untuk menggunakan platform ini. Menuju masa depan, kami akan terus memacu inovasi dan mempromosi perkhidmatan FinTech berorientasi pelanggan.”

Kelebihan revolusioner dalam menyepadukan teknologi rantaian blok ke dalam platform pembelian-hartanah adalah ia akan membolehkan pengurangan masa dan kerja yang belum pernah terjadi sebelum ini antara penandatanganan perjanjian sementara dan pemuktamadan perjanjian. Platform rantaian blok sehenti itu dapat menjimatkan masa transaksi sehingga 8 jam dengan mengintegrasikan kesemua langkah perantaraan yang memakan masa: pengisian dokumen permohonan yang panjang dan rumit, ulang alik yang leceh antara bank dan peguam serta kajian terhadap maklumat yang memakan masa tentang pinjaman gadai janji. Tambahan pula, platform sehenti ini memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan dan menjimatkan masa kerja sekitar 47 jam. Seluruh rantaian industri akan dapat menjimatkan masa sekitar 55 jam secara keseluruhan.

Enam Kelebihan Utama Gabungan antara PropTech dan Teknologi Rantaian Blok

1.      Perkhidmatan Diselaraskan 24/7 tanpa Sekatan Masa atau Lokasi  

Dengan bantuan rangkaian tersulit berkualiti tinggi yang baharu, pembeli, pemaju hartanah, bank dan badan berkaitan akan dapat meninggalkan prosedur-prosedur tradisional dan akan mendapat manfaat daripada penyepaduan lancar setiap elemen dalam seluruh rantaian industri. Bebas sepenuhnya daripada sekatan lokasi, pembeli akan berpeluang menikmati perkhidmatan yang jauh lebih cepat dan lebih mesra pengguna dengan akses mudah kepada semua maklumat, turut mendapat manfaat daripada kemas kini status yang kerap tentang permohonan dan prosedur gadai janji.

2.      Jimat 6 Jam Prosedur Permohonan Gadai Janji

Pembeli kali pertama biasanya terlibat secara langsung dalam membandingkan cadangan gadai janji daripada sekurang-kurangnya empat bank, satu proses yang memerlukan kertas kerja yang berulang, rumit dan ekstensif. Platform rantaian blok akan menghantar perjanjian sementara pihak pembeli yang diberi kuasa, disulitkan dan ditandatangani secara digital kepada bank-bank terpilih, justeru dapat menjimatkan masa pembeli sekurang-kurangnya enam jam untuk mendapatkan susulan daripada bank-bank berbeza, memendekkan masa yang digunakan dalam proses permohonan dengan ketara.

3.       Kecerdasan Segera – Pastikan Pembeli Mengikut Jadual

Pembeli kali pertama perlu menandatangani dokumen undang-undang dan menyelesaikan bayaran dalam tempoh waktu yang diberikan. Mudah untuk terlepas tarikh akhir atau tertinggal langkah-langkah tertentu dan ini akan membawa kepada kerugian dan kelewatan yang tidak perlu. Pembeli juga perlu membuat susulan dengan peguam bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang status, setiap transaksi memerlukan sekurang-kurangnya 15 panggilan telefon secara purata, mengakibatkan banyak kesulitan kepada pembeli. Platform rantaian blok menggabungkan pemberitahuan prosedur untuk mengingatkan pembeli tentang tarikh-tarikh penting seperti penyelesaian deposit, tarikh perjanjian penting dan penghantaran akhir kertas kerja formal. Platform baharu ini memberikan pengalaman pembelian serba baharu yang mudah kepada semua pelanggan, yang mana pembeli dengan mudah dapat mengakses maklumat terkini dengan segera dan maklumat berkaitan, menjimatkan sekitar 2 jam semasa proses tersebut.

4.     Pengesahan Digital Pantas untuk Maklumat Pembeli

Menerusi model lama, pemaju, bank dan badan berkaitan setiap satunya perlu memasukkan maklumat pembeli dan mengesahkannya secara manual dan berasingan. Semua maklumat memerlukan input yang teliti dan pengesahan secara peribadi. Namun demikian, dengan sistem baharu, pembeli boleh membenarkan pihak bank dan badan berkaitan untuk mengakses maklumat tersulit mereka secara selamat melalui platform rantaian blok. Ini dapat mengurangkan masa dan prosedur dengan ketara, menjadikan proses tersebut jauh lebih cekap.

5.     Prosedur Mesra Alam dan Tanpa Kertas

Pada masa lalu, sama ada untuk permohonan gadai janji bank, dokumen persediaan peguam atau laporan kemajuan pemaju, sekiranya pembeli memohon gadai janji dengan empat bank berbeza, perlu untuk mencetak sejumlah besar dokumen, melibatkan sekurang-kurangnya 120 helai kertas. Dengan pengenalan kepada platform rantaian blok, kesemua pihak dapat mengurangkan cetakan dokumen yang tidak perlu dan seluruh proses menjadi jauh lebih mesra alam, di samping menjimatkan masa dan sumber berharga.

6.     Buka Lebih Banyak Peluang Menarik untuk Industri Hartanah

NWD aktif dalam memperbaharui industri-industri tradisional. Tahun lalu, NWD mencipta perkhidmatan pendaftaran dalam talian serba baharu untuk pembeli kali pertama. NWD memperkenalkan deposit awal menggunakan kad kredit bagi menggantikan bayaran cek, seraya mengelakkan masa yang terbazir kepada pembeli yang terpaksa menunggu dalam barisan di bank. Melalui cara ini dan banyak lagi, platform rantaian blok NWD akan membentuk semula seluruh industri hartanah dan mewujudkan era baharu: Pembelian-Hartanah 2.0.

BOCHK ialah bank pertama yang mengambil bahagian dalam platform rantaian blok pembelian-hartanah di Hong Kong. NWD mengundang bank-bank lain untuk menyertai platform tersebut agar pelbagai pelan gadai janji yang lebih luas dapat ditawarkan kepada pembeli hartanah NWD baharu, seraya dapat memenuhi pelbagai keperluan mereka dengan lebih berkesan.

Teknologi Rantaian Blok Selamat dan Andal 

Rantaian blok ialah satu teknologi yang inovatif. Ia menggunakan sistem teragih bagi mengesahkan setiap transaksi agar pemindahan dijamin selamat. Maklumat yang terdapat pada rantaian blok wujud sebagai pangkalan data, dikongsi oleh pembeli, penjual, bank dan peguam. Rekod berkenaan benar-benar bersifat terbuka, telus dan boleh dikesan maka sukar untuk rekod transaksi berkenaan disalah guna. Dengan itu, keselamatan maklumat ditingkatkan dengan ketara.

Sumber: New World Development

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.