Allianz Malaysia Teruskan Kepelbagaian Di Tempat Kerja Dengan 23 Orang Kurang Upaya

Kuala Lumpur, 5 Mac 2019 – Manusia wujud dalam kepelbagaian, dan dengan kelainan tersebut, adanya variasi perwatakan, fizikal, dan kebolehan. Nelson Mendela pernah berkata bahawa masa depan yang cemerlang adalah milik semua orang termasuk orang yang kurang upaya.

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), telah lama mempraktikkan sifat terbuka kerana tidak pernah mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa yang memasuki pintu kami, sama ada pekerja, ejen atau pelanggan. Syarikat ini mengekalkan kesaksamaan dan kepelbagaian dalam setiap aspek pekerjaan termasuk menggajikan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai pekerja.

Allianz4Good (AZ4G) Bahagian tanggungjawab sosial korporat syarikat, sentiasa bekerja keras untuk memberikan komuniti kurang bernasib baik liputan media yang secukupnya. Usaha AZ4G untuk meningkatkan kesedaran kepada golongan yang didiskriminasi telah mencapai lebih 40, 000 penerima, termasuk masyarakat kurang bernasib baik, warga emas, dan banyak lagi dari Semenanjung ke Timur Malaysia.

“Di Allianz Malaysia, kami menerima setiap lapisan  sosial dalam banyak cara dan membantu komuniti yang kurang bernasib baik melalui pelbagai inisiatif, salah satunya ialah pelantikan dan integrasi Orang Kurang Upaya (OKU) dalam tenaga kerja Allianz sejak 2015. Satu lagi cara yang telah kami pamerkan sokongan untuk komuniti OKU adalah melalui pembiayaan untuk Abilympics, persaingan berasaskan kemahiran untuk OKU sejak tahun 2015.

Selain itu, kami juga menyokong masyarakat yang terpinggir  yang lain seperti masyarakat Orang Asli serta kanak-kanak pelarian yang tinggal di Malaysia.” kata Ng Siew Gek, Ketua Allianz4Good di Allianz Malaysia.

Sempena Hari Tiada Diskriminasi pada 1 Mac, Allianz Malaysia telah memilih untuk menyokong masyarakat yang kurang bernasib baik dengan meningkatkan kesedaran tentang mereka di laman-laman media sosial Allianz Malaysia; Instagram, Facebook dan LinkedIn.

Jabatan Sumber Manusia Allianz Malaysia berbesar hati melaporkan bahawa kami mempunyai 23 orang kakitangan OKU di Allianz Malaysia yang bertugas di pelbagai jabatan seperti Pengunderaitan dan Perkhidmatan Pelanggan. Allianz Malaysia bukan sahaja berbangga dengan inisiatif –inisiatif  Syarikat tetapi ingin menggesa orang ramai supaya lebih terbuka dan lebih mesra sesama manusia yang mempunyai keunikan tersendiri.

Pada masa hadapan, syarikat ini berharap untuk mengembangkan tenaga kerja OKU untuk mencari bakat-bakat yang tersembunyi untuk membantu melonjakkan syarikat ini ke era yang seratus peratus telus dan menerima semua lapisan maysarakat. Syarikat bukan sahaja berharap dapat mengurangkan stigma yang menindas komuniti yang kurang bernasib baik tetapi juga berharap dapat berganding bahu saling membantu  syarikat penanggung insurans yang lain. Di Allianz Malaysia, kami percaya bahawa umat manusia patut mendapat peluang untuk berkembang dengan pesat.

Mengenai Allianz di Malaysia

Syarikat pemegang pelaburan, Allianz Malaysia Berhad, subsidiari Allianz SE, mempunyai dua subsidiari insurans – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life).

Allianz General adalah salah satu syarikat insurans am di Malaysia dan mempunyai spektrum yang meluas bagi perkhidmatan dalam talian peribadi; perniagaan perusahaan sederhana dan kecil (SME) dan industri yang berisiko besar. Premium Bertulis Kasar (GWP) untuk perniagaan insurans am pada tahun kewangan 2018 telah mencapai RM2.12 bilion.

Allianz Life menawarkan insurans hayat dan kesihatan dan produk-produk berkaitan pelaburan dan bagi tahun kewangan 2018, Allianz Life mencatatkan Premium Bertulis Kasar (GWP ) sebanyak RM2.38 bilion dan merupakan salah satu daripada penanggung insurans hayat yang paling pesat berkembang di Malaysia.

Allianz Malaysia mempunyai 33 cawangan di seluruh negara.

Pada tahun 2018, Allianz Malaysia telah dianugerahkan Pengurusan Hubungan Pelanggan untuk Pusat Panggilan Terbaik (Perak) dan Anugerah Penggunaan Inovatif Terbaik (Merit), iklan Allianz Road Rangers: 24 Hours Call Centre oleh Allianz General juga telah memenangi Iklan Terbaik dalam Perkhidmatan dan Institusi Kewangan di Anugerah YouTube Malaysia 2018. Pada tahun 2017, Allianz Malaysia Berhad telah dianugerahkan Inisiatif Tanggungjawab Korporat Terbaik (permodalan pemasaran bawah RM10 bilion) pada Anugerah Kelab Bilion Ringgit The Edge (The Edge Billion Ringgit Club Awards) 2017, manakala Allianz General tekah diperakui sebagai Syarikat Takaful Motor Terbaik dan Syarikat Insurans Motor Terbaik pada 2016 oleh iBanding.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai Allianz Malaysia,layari allianz.com.my

Facebook: facebook.com/AllianzMalaysia/ | Instagram: instagram.com/allianzmalaysia/

Mengenai Allianz

Kumpulan Allianz merupakan salah satu syarikat insurans dan pengurus asset terbesar di dunia yang menyediakan perkhidmata untuk 92 juta pelanggan runcit dan korporat. Pelanggan Allianz mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan insurans peribadi dan korporat, yang terdiri daripada insurans harta dan kesihatan kepada perkhidmatan bantuan kepada insurans kredit dan insurans perniagaan global. Allianz merupakan salah satu pelabur terbesar yang menguruskan lebih 673 bilion euro bagi pihak pelanggan insuransnya. Selain itu, pengurus aset kami AllianzGI dan PIMCO mengurus lebih 1.4 trilion euro aset pihak ketiga. Terima kasih kepada penyepaduan kriteria ekologi dan sosial yang sistematik dalam proses perniagaan dan keputusan pelaburan kami, kami memegang kedudukan utama untuk penanggung insurans dalam Indeks Kelestarian Dow Jones (Dow Jones Sustainability Index). Pada 2018, lebih 142,000 pekerja di lebih 80 buah negara mencapai jumlah pendapatan sebanyak 131 billion euro dan keuntungan operasi sebanyak 11.5 bilion euro.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.