Piëch Mark Zero Baharu – Keselesaan Pemanduan dan Inovasi untuk Era Elektrik Baharu

ZURICH dan GENEVA, 4 Mac 2019 /PRNewswire/ —

  • Piëch Automotive raikan pertunjukan perdana dunia kereta sport elektrik Piëch Mark Zero baharu di Pameran Motor Geneva pada hari Selasa, 5 Mac, jam 11:45 pagi
  • Piëch Automotive bawakan kajian kereta sport elektrik puristik, baharu dikenali sebagai  Piëch Mark Zero
  • GT elektrik sepenuhnya dengan jarak 500 km (311 batu) (WLTP)
  • Jenis sel bateri baharu: 80% pengecasan hanya dalam masa 4:40 minit
  • Kereta Konsep Piëch Mark Zero tonjolkan permulaan rangkaian produk baharu
  • Seni bina kenderaan fleksibel dan terbuka membolehkan pelbagai sistem pemanduan dan badan kenderaan
  • DESTEN Group ialah rakan kongsi bateri Piëch Automotive, manakala Qingdao TGOOD Electric Co. Ltd. menyumbang kepada infrastruktur pengecasan

Inovasi diganding dengan rasa pemanduan kereta sport. Satu kajian tentang kereta sport elektrik baharu Piëch Mark Zero menggabungkan ciri-ciri kereta sport biasa dan teknologi inovatif dengan badan kereta yang tak lapuk dek zaman dan menarik. Ia merupakan yang pertama dalam rangkaian produk yang bakal dibawa ke pasaran oleh Piëch Automotive dalam tempoh tiga tahun akan datang. Seni bina kenderaan yang fleksibel dan bersifat terbuka membolehkan penggunaan pelbagai sistem pemanduan – seperti pemanduan elektrik, sel bahan api atau enjin pembakaran dalaman. Jenis sel bateri serba baharu ini jarang sekali panas dalam fasa pengecasan dan nyahcas; ia mempunyai kadar pemulihan tinggi dan boleh dicas sehingga 80% dalam 4:40 minit. Ini bermakna pengecasan pantas hanya mengambil sedikit masa berbanding mengisi kereta biasa dengan minyak petrol.

Piëch Automotive ialah pengeluar kenderaan Jerman-Swiss yang berpangkalan di Zurich dan Munich. Tiga setengah tahun yang lalu, pengasas-pengasas dan pemilik-pemilik Piëch Automotive, Toni Piëch dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama/Pengarah Kreatif Rea Stark Rajcic mendapat idea untuk membangunkan seni bina kenderaan baharu yang fleksibel. Kereta pertama yang mereka cipta ialah Piëch Mark Zero, kenderaan yang membawa daya tarikan kereta sport ke dalam era elektrik. Ia akan dipamerkan buat julung kalinya di Pameran Auto Geneva 2019.

Piëch Automotive – kemewahan abadi

Jenama Piëch mewakili kemewahan abadi dan teknologi moden yang menjadikan individu sebagai keutamaan. Ketua kreatif Stark Rajcic menekankan hal ini: “Menjadi matlamat kami untuk menyokong pengalaman pemanduan penuh perasaan dengan teknologi terkini. Ia bertujuan untuk membantu pemandu, bukan untuk mengganggunya. Ia juga berkenaan perasaan terhadap kereta sport sebenar: memandu, bukan dipandu! Semestinya, seni bina kenderaan ini ditujukan kepada pemanduan berautonomi, namun demikian kami akan menangguhkannya untuk model-model selanjutnya.”

Pakej bolehkan pengendalian kereta sport 

Hasil daripada penggantian bateri-bateri (satu di terowong tengah dan selebihnya di gandar belakang), pengagihan berat dan pengendalian dijangka serupa dengan kereta sport konvensional menerusi enjin pembakaran. Berbanding penempatan luas di bawah lantai, ini membolehkan kedudukan tempat duduk rendah yang biasa pada kereta sport selain pengendalian yang tepat, seraya dapat memberikan pemandu dengan maklum balas serta merta. Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Piëch meringkaskan tentang keperluan produk untuk Piëch Mark Zero baharu berkata: “Kami membangunkan kereta sport yang kami sendiri ingin membelinya dan telah lama kami menyebutnya kepada ramai peminat tentang kekurangan yang ada dalam pasaran. Kami ingin menawarkan ciri klasik moden yang tidak tertakluk kepada kitaran pengguna. Pemandu kereta sport ini haruslah menikmati setiap detik yang boleh diluangkan dalam kereta tersebut.”

Prestasi bergaya dan pengecasan pantas – 80% dalam 4:40 minit 

Piëch Mark Zero ialah GT elektrik dengan jarak 500 km (311 batu) menurut WLTP. Jenis sel khas tersebut jarang sekali menjadi panas semasa dalam fasa pengecasan atau nyahcas. Arus lebih tinggi yang ketara boleh mengalir apabila suhu sel meningkat dengan sangat sedikit. Selain pengecasan CSC konvensional, mod pengecasan pantas membolehkan masa pengecasan pendek yang hebat iaitu hanya selama 4:40 minit untuk 80% kapasiti bateri dengan kadar pemulihan yang amat tinggi. Lantaran pengumpulan haba yang berkurangan, bateri-bateri boleh disejukkan hanya melalui udara. Ini menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan sekitar 200 kg, justeru menghasilkan berat kenderaan keseluruhan kurang daripada 1,800 kg. Di hadapan gandar depan, satu motor segerak dapat memberikan 150 kW, manakala pada gandar belakang, dua motor segerak menghasilkan 150 kW setiap satu – seraya menjamin rasa memandu kereta sport yang biasa!

Rakan-rakan kongsi bateri dan pengecasan inovatif DESTEN dan TGOOD 

Rakan kongsi bateri Piëch Automotive ialah DESTEN Group Ltd., yang berpangkalan di Hong Kong, China, dengan pusat penyelidikan dan pembangunan terletak di Qingdao, China. DESTEN menawarkan patrum sel dan bateri inovatif yang memberikan masa pengecasan yang amat singkat, digabungkan dengan perkembangan suhu yang rendah. Kini, DESTEN ingin memperkenalkan kecekapan bateri dan sel mereka yang diperoleh dalam sektor pengguna daripada industri automotif.

Infrastruktur pengecasan yang diperlukan dibekalkan oleh QingdaoTGOOD Electric Co. Ltd. dari Qingdao, China, dan Hong Kong, China. Kumpulan syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2004 oleh jurutera-jurutera Cina dan Jerman, tersenarai dalam bursa saham di Shenzhen, China, dan merupakan peneraju pasaran untuk penyelesaian eRumah. TGOOD mengendalikan 210,000 stesen pengecasan di lebih 300 bandar.

Kata Piëch: “Kami berasa bangga kerana menemui dua rakan kongsi yang begitu mantap dan inovatif. Bersama-sama rakan-rakan kongsi kami, kami terbuka untuk menjalin kerjasama, tanpa mengira sama ada ia berkenaan seni bina kenderaan modular baharu kami atau sel bateri inovatif mahupun infrastruktur pengecasan.”

Pasukan pakar-pakar yang tetap mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai sektor industri dan pernah bekerja untuk pengeluar-pengeluar automobil yang terkemuka di seluruh dunia. Bersama-sama kira-kira 200 kakitangan luar, ia mewujudkan platform kenderaan modular yang membolehkan pembangunan pelbagai variasi badan kenderaan dan rangkaian pemacu.

Hasil daripada konsep modular, kenderaan-kenderaan yang dikeluarkan oleh Piëch Automotive boleh dikemas kini dalam tempoh yang panjang memandangkan kedua-dua perisian dan perkakasan (sebagai contoh blok-blok sel bateri) boleh dikemas kini atau digantikan sebagaimana diperlukan. Dalam masa yang sama, struktur modular memberikan pilihan sistem pemanduan yang luas: enjin pembakaran dalaman konvensional, jenis hibrid yang berbeza, pemanduan elektrik atau sel bahan api sebenar – kesemua sistem pemanduan ini dapat direalisasikan menggunakan seni bina kenderaan yang sama. Untuk langkah berikutnya, struktur modular ini juga akan ditawarkan kepada pengeluar-pengeluar lain dalam perniagaan B2B.

Tiga variasi kenderaan juga sedang dirancang: kenderaan dua tempat duduk, empat tempat duduk dan SUV bergaya. Konsep-konsep lain seperti kereta berhud atau pikap juga dalam perancangan pengeluaran.

Proses pengeluaran akan dibuat dengan kerjasama rakan-rakan kongsi berpengalaman dengan sejarah kejayaan yang panjang dalam pengilangan kontrak. Piëch Mark Zero akan dibangunkan dan dikeluarkan dengan ketat mengikut piawaian kualiti Jerman. Keputusan tentang rakan-rakan kongsi pengilangan akan diumumkan pada peringkat seterusnya.

Pengurusan:

Toni Piëch, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama dan Ketua Pegawai Pemasaran Piëch Automotive:

Selepas menamatkan pengajian dari Princeton University dalam pengajian Asia Timur, Toni Piëch meluangkan masa selama dua belas tahun di Chinadan bersama-sama memiliki agensi media sebelum beliau kembali ke Eropah dan menubuhkan Piëch Automotive pada tahun 2016. Piëch menetap di Zurich.

Rea Stark Rajcic, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama dan Pengarah Kreatif Piëch Automotive:

Rea Stark Rajcic menubuhkan syarikat-syarikat pertama beliau sebelum beliau berusia 18 tahun. Beliau memasuki sekolah seni St. Gallen dan dilatih sebagai jurutipografi dan jurulito di Neue Zürcher Zeitung. Kemudian, beliau mereka bentuk produk-produk untuk Panasonic, Sony dan Canon di Jepun, antara lain. Stark Rajcic menetap di Zurich.

Spesifikasi Piëch Mark Zero*

Dimensi

  • Panjang/Lebar/Tinggi  4,432/1,991/1,250 mm (tanpa cermin sisi)
  • Juntaian:            depan: 897 mm/belakang: 915 mm
  • Berat:                 kurang 1,800 kg
  • Jarak roda:          2,620 mm

Prestasi:

  • Output sistem:        Gandar depan: satu motor segerak memberikan 150 kW
  • Gandar belakang: dua motor segerak (dinyahganding secara mekanik) memberikan 150 kW setiap satu
  • Pemecutan:                       0-100 km/j dalam 3.2 saat
  • Kelajuan tertinggi:           250 km/j

* Spesifikasi merupakan nilai sasaran/status projek

Sumber: Piëch

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI