Halodoc, Syarikat Baharu Penjagaan Kesihatan Paling Inovatif Asia Pasifik, Kumpul US$65 Juta

JAKARTA, Indonesia, 6 Mac 2019 /PRNewswire/ — Halodoc, platform penjagaan kesihatan yang utama di Indonesia, mengumpul US$65 juta dalam pusingan pembiayaan Siri B, yang dipimpin oleh pelabur baharu Venture Management. Pelabur-pelabur baharu yang lain dalam pusingan pembiayaan ini termasuk Singtel Innov8, Korea Investment Partners dan WuXi AppTec. Pelabur-pelabur sedia ada turut mengambil bahagian.

Halodoc ialah platform penjagaan kesihatan digital yang melibatkan aplikasi mudah alih dan laman sesawang yang membolehkan pelanggan di seluruh Indonesia mengadakan rundingan langsung dengan lebih 20,000 doktor berlesen di dalam negara, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Penggunaan platformnya meningkat sebanyak 2500% pada tahun 2018, seraya menunjukkan permintaan kukuh terhadap kemudahan penjagaan kesihatan. Pelanggan-pelanggan kami boleh memesan ujian makmal untuk dijalankan di dalam rumah mereka dan menggunakan aplikasi ini untuk memesan ubat-ubatan daripada 1,300 farmasi yang mengambil bahagian, yang boleh dihantar dalam masa sejam.

Halodoc bekerjasama dengan lebih 1,400 hospital dan penyedia penjagaan kesihatan menerusi perkongsian seluruh negara bagi meningkatkan pengalaman lawatan ke hospital. Perkongsian tersebut menyediakan pelanggan dengan tempoh menunggu yang dipendekkan di farmasi selepas temujanji dan lawatan ke hospital tanpa tunai dengan menghubungkan manfaat-manfaat hospital. Halodoc akan menggunakan dana baharu ini untuk menyempurnakan pengalaman penjagaan kesihatan dalam talian kepada luar talian bersama hospital-hospital dan rakan-rakan kongsi insurans tatkala pelancarannya diteruskan pada tahun 2019.

Halodoc dinamakan sebagai “Syarikat Baharu Paling Inovatif di Asia pada November 2018” oleh Galen Growth Asia, sebuah organisasi yang memantau ekosistem syarikat baharu penjagaan kesihatan di Asia Pasifik.

Jonathan Sudharta, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Halodoc, berkata, “Hari ini, kami menyediakan dua juta pelanggan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah dan andal setiap bulan, yang mana separuh daripada pelanggan menetap di luar Jawa. Terdapat potensi yang besar untuk teknologi memperluaskan jangkauan penjagaan kesihatan konvensional, menyediakan akses yang lebih baik kepada populasi luas kepulauan ini. Pelaburan dan perkongsian strategik akan membolehkan kami mempercepatkan usaha-usaha kami dalam membina platform yang dapat meningkatkan akses dan kemudahan kepada berjuta-juta pelanggan Indonesia.”

Kian-Wee Seah, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Venture Management, berkata, “Wawasan Halodoc adalah untuk menggunakan teknologi bagi mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti lebih mudah diakses buat semua orang dan bagi mengoptimumkan sumber penjagaan kesihatan yang tidak terhingga banyaknya dalam negara yang luas seperti Indonesia. Pelaburan dalam Halodoc ini memperlihatkan pendekatan pelaburan kami yang bertanggungjawab untuk menyokong pembangunan ekonomi dan sosial.”

Halodoc bekerjasama erat dengan pelabur-pelabur sedia adanya, Openspace Ventures, Clermont Group, Blibli.com dan InvestIdea yang berkongsi wawasan yang sama untuk masa depan penjagaan kesihatan. Tatkala rakan kongsi strategik Halodoc, GOJEK Group, meneruskan komitmennya terhadap kejayaan Halodoc, Andre Soelistyo, Presiden GOJEK berkata, “Di GOJEK, kami gigih memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah dan menjadikan kehidupan lebih baik untuk orang ramai di seluruh Indonesia dan Asia Tenggara. Halodoc benar-benar berkongsi etos ini, dan atas sebab inilah syarikat merupakan salah satu rakan kongsi ekosistem terawal kami. Kami bekerjasama untuk mencipta GO-MED, yang melaluinya perkhidmatan Halodoc dapat disediakan kepada berjuta-juta pengguna kami melalui aplikasi GOJEK. Kami berbangga untuk menyokong syarikat serta pasukan pengurusannya dan berharap dapat mengukuhkan integrasi antara kedua-dua platform kami.”

Sumber: Halodoc

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.