Seraphim Bina Kilang Modul Solar Sel-Separuh Termaju di Shanxi China Utara

CHANGZHOU, China, 13 Mac 2019 /PRNewswire/ — Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. (Seraphim) mengumumkan bahawa baru-baru ini ia menubuhkan loji baharu di wilayah Shanxi, utara China untuk mengeluarkan modul-modul sel-separuh berkecekapan tinggi khususnya.

Loji baharu tersebut, dibangunkan bersama-sama Shanxi Lu’An Photovoltaics Technology Co. Ltd., akan menggunakan jentera kilang termaju bagi mengeluarkan satu gigawatt modul-modul ultra cekap setiap tahun, termasuk modul-modul sel-separuh standard, sel-separuh dwikaca dan sel-separuh dwimuka, menurut Seraphim, pengeluar produk solar utama dunia di China.

Loji tersebut akan memulakan operasinya pada awal Mei 2019.

Seraphim berkata bahawa produk-produk dwimukanya menggunakan dua lapisan kaca yang digabungkan dengan sel-sel PV dua belah termaju, yang dapat menjana sehingga 25 peratus tenaga elektrik lebih bersih berbanding modul-modul standard. Teknologi dwimuka dijangka mendominasi pasaran solar disebabkan oleh kos tenaga teraras (LCOE) yang lebih rendah dan Seraphim mengambil langkah penting untuk membekalkan permintaan yang pantas berkembang ini.

“Kemudahan-kemudahan amat berautomatik Seraphim dan Lu’An mempunyai sistem kawalan kualiti terkini yang dibangunkan secara dalaman, yang kini dapat mengurangkan kos pengeluaran dan overhed pengurusan kira-kira sebanyak 50 peratus. Matlamat utama kami adalah untuk menjadikan jenama Seraphim sinonim dengan produk-produk yang berkesan kos dan andal kepada semua pengguna akhir kami,” kata Polaris Li, presiden Seraphim.

“Perkongsian dengan Seraphim melambangkan jalinan kerjasama antara perusahaan-perusahaan milik negara dan persendirian untuk menghubungkan rantaian bekalan huluan dan hiliran,” kata Deng Ming, pengerusi Lu’An Photovoltaics Technology Co. Ltd., dengan menambah bahawa beliau dapat meramalkan bagaimana jalinan kerjasama ini dapat membantu meningkatkan prestasi produk, memacu jualan dan mempertingkat daya saing.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, Seraphim mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran, inovasi dan jualan produk-produk fotovolta (PV). Setakat ini, lebih 6GW produk Seraphim telahpun dipasang di lebih 40 negara seluruh dunia.

Lu’An Photovoltaics Technology Co. Ltd., subsidiari Lu’an Group milik negara, mempunyai kapasiti pengeluaran integrasi PV 4.3GW.

Sumber: Seraphim

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.