Bangunan Empire State dan EarthCam Tawar Rakaman Langsung

NEW YORK, 22 Mac 2019 /PRNewswire/ — Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan bahawa ia akan menggunakan dua kamera video EarthCam untuk memberi peminat di seluruh dunia akses 24/7 kepada rakaman ESB dan pemandangan dari ESB melalui pemstriman langsung di www.empirestatebuilding.com.

Satu kamera dipasang di atas bumbung One Grand Central Place, sebuah hartanah dalam portfolio Empire State Realty Trust, syarikat yang memiliki dan menguruskan Bangunan Empire State. Rakaman EarthCam membolehkan peminat di seluruh dunia untuk melihat cahaya menara ESB kesukaan mereka, matahari terbenam di Bandaraya New York, dan kesan kilauan setiap jam yang istimewa yang berlaku setiap hari selama lima minit pada setiap jam antara matahari terbenam dan 2:00 pagi Masa Timur dalam masa nyata.

Kamera kedua dipasang di penjuru selatan tingkat 103 ESB dan akan merakam pemandangan Bandaraya New York dan kawasan sekitarnya yang menakjubkan. Pengguna akan berpeluang untuk melihat keadaan cuaca yang melampau dan menyaksikan matahari terbit dari tengah-tengah Bandaraya New York.

Dua sudut pandangan yang berbeza membolehkan para pelawat menyaksikan Bangunan Paling Terkenal di Dunia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, dan menikmati pratonton pemandangan panorama 360-darjah Balai-balai Cerap ESB.

Para peminat digalakkan untuk memanfaatkan fungsi tangkapan skrin yang disediakan oleh EarthCam dan berkongsi imej di media sosial dengan mengetag Empire State Building pada hantaran mereka.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke puncak antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan “Bangunan Paling Terkenal di Dunia.” Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh American Institute of Architects. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.comwww.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldghttp://weibo.com/empirestatebuildingwww.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, “Bangunan Paling Terkenal di Dunia.” Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 31 Disember 2018, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Sumber: Empire State Realty Trust, Inc.

Pautan Berkaitan:

Saham Berkaitan: NYSE:ESRT

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.